Terus menawarkan kemudahan seperti bayaran balik pinjaman secara cashless, kempen MyPTPTN Mudah, Cepat & Selamat kini berlangsung dengan tawaran ganjaran lumayan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa melaksanakan inisiatif bersepadu dan mempelbagaikan pendekatan mesra pelanggan untuk membantu serta memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman.
Antaranya dengan mengadakan kempen-kempen yang memberi manfaat istimewa
kepada peminjam PTPTN.
PTPTN dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menganjurkan Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat bertujuan untuk menggalakkan peminjam membuat bayaran balik melalui saluran tanpa tunai sekaligus dapat mendidik orang ramai mengenai kelebihan bayaran tanpa tunai yang lebih cepat, mudah dan selamat melalui aplikasi myPTPTN.
Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang menggunakan aplikasi myPTPTN.
Ads
LUMAYAN
Menyediakan kemudahan seperti bayaran balik pinjaman secara cashless, kempen MyPTPTN Mudah, Cepat & Selamat kini berlangsung dengan tawaran ganjaran lumayan.
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM120,000 untuk 120 orang pemenang. Setiap pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Tempoh kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Julai 2024 sehingga 30 September 2024.
Ads
Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat 10 cabutan dan penyertaan adalah secara automatik. Selain itu, pengguna myPTPTN yang baharu mendaftar dalam tempoh kempen layak mendapat 20 cabutan.
Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, “Sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN akan terus komited dalam agenda pendigitalan untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik.
Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat adalah kempen untuk menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka agar kesinambungan pinjaman PTPTN dapat diteruskan untuk generasi akan datang.
Ads
Selain itu, melalui kempen ini juga peminjam PTPTN yang memenangi hadiah wang tunai akan menerima tambahan kewangan yang secara tidak langsung membantu mereka membayar balik pinjaman,” ujar beliau lagi.
PTPTN berharap dengan penganjuran kempen ini akan meningkatkan kesedaran peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui aplikasi myPTPTN. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi myPTPTN untuk mendapatkan notifikasi dan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di mana sahaja dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Wajahnya pernah menghiasi barisan busana dan hijab Muslimah. Tidak dapat dinafikan kerjaya sebagai model Muslimah menjanjikan pendapatan yang lumayan. Disimbahi dengan bidikan cahaya kamera umpama makanan harian buat wanita pemilik nama Arina Ayuni Md Zolbahrem.
Namun itu cerita dahulu. Arina Ayuni atau lebih mesra dengan sapaan Arina kini mencabar diri dengan menerokai kerjaya alternatif sebagai ejen takaful atau lebih dikenali sebagai Perancang Hayat dengan AIA Malaysia. Berusia 27 tahun, Arina berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
Satu kelebihan buat Arina apabila dia juga dikenali sebagai seorang social influencer. Akaun Instagram Arina iaitu yunizolbahrem kini mencecah sehingga 116,000 pengikut. Arina menggunakan kesempatan ini dengan menjadikan platform media sosial sebagai strategi pemasaran yang paling ampuh.
“Bagi saya media sosial merupakan platform yang paling berkesan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan perlindungan takaful. Selalunya saya akan memuatnaik video yang memberi informasi kepada orang ramai tentang takaful sama ada di Instagram dan juga Instagram Story,” ujar Arina.
Jelas Arina, dia merasakan bidang kerjaya ini bukan sahaja sesuai dengan dirinya namun dalam masa yang sama dapat menguji keupayaan ‘membuat jualan.’ Apa yang lebih penting, dia dapat membantu orang ramai membina masa depan yang lebih terjamin.
PELUANG TERBENTANG DI DEPAN MATA
“Pertemuan dengan salah seorang rakan suami merupakan titik permulaan saya berkecimpung dalam dunia kerjaya sebagai Perancang Hayat. Saya begitu teruja dan ikut ceramah kerjaya yang dianjurkan oleh sebuah agensi insurans dan takaful yang bernaung di bawah AIA.
“Dari situ saya lihat peluang untuk saya pergi jauh dalam bidang ini terbentang luas di depan mata. Kerjaya sebagai Perancang Hayat AIA bukan sahaja memberi ganjaran yang menarik, tetapi juga fleksibiliti dalam mengatur kehidupan harian.
Alhamdulillah hanya dalam tempoh tiga bulan pertama menyertai kerjaya sebagai Perancang Hayat, pendapatan bulanan yang saya peroleh hampir 3 kali ganda berbanding pendapatan tetap yang dahulu. Paling menarik saya juga berpeluang mengikuti insentif percutian ke Chiang Mai, Thailand. In Shaa Allah tidak lama lagi saya akan melancong ke Gold Coast, Australia pula,” ujar Arina yang baharu setahun menjadi ‘ahli keluarga’ AIA.
TERPIKAT DENGAN AIA ELITE ACADEMY
Memulakan latihan pada hujung tahun 2018, Arina secara rasminya bergelar Perancang Hayat pada Januari 2019. Melalui AIA Elite Academy yang menawarkan program selama 18 bulan, Arina bukan sahaja diberikan latihan pengkhususan dan pengetahuan kewangan malah selok belok pemasaran media sosial.
Program pertama seumpama ini turut menyediakan latihan individu serta pementoran kepada Perancang Hayat yang terpilih disamping menawarkan pelbagai sokongan lain termasuk skim pembiayaan yang bertujuan membantu mereka memulakan kerjaya dengan asas yang kukuh di AIA.
“Bulan pertama sahaja saya sudah dapat rasakan tekanannya. Memang ia agak mencabar memandangkan saya terpaksa mendekati orang tidak dikenali dan mengalami penolakan yang bagi saya ‘menyakitkan.’ Pengalaman ‘ditolak’ oleh seorang rakan membuatkan saya rasa putus asa sehingga saya menangis. Saya tidak pernah mengalami situasi orang ‘lari’ dari saya dan ia suatu yang menyedihkan.
“Saya bersyukur kerana di kelilingi senior-senior yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar. Bergerak di bawah agensi PJ Luna Stella, saya belajar memperbaiki diri dari hari ke hari. Jika pada mulanya saya merasakan yang penolakan itu satu perkara yang memberikan impak sangat besar dalam hidup saya namun sekarang penolakan itu saya anggap sebagai peluang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
“Secara jujurnya AIA Elite Academy banyak membantu memperbaiki kemahiran saya untuk menjadi Perancang Hayat yang lebih baik. Bayangkan sekecil-kecil skil seperti membina dialog, cara berhadapan dengan prospek klien sehinggakan etika dan adab ketika makan pun didedahkan, pendek kata A-Z semuanya diajar,” jelas Arina.
AIA Elite Academy sangat mengalu-alukan Perancang Hayat baharu yang bersemangat untuk menjadi yang terbaik dalam profesion ini. Dalam masa yang sama juga turut berkongsi misi yang sama dengan AIA untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
“Saya akui kerjaya sebagai Perancang Hayat ini amat berbeza dengan kerjaya sebagai sebagai model Muslimah. Jika sebelum ini orang mencari saya tetapi kali ini saya pula mencari orang. Ibu pada mulanya tidak menggalakkan saya menyertai bidang ini namun selepas saya mengikuti ceramah daripada pihak agensi AIA, saya terfikir, kalau orang lain boleh buat mengapa saya tidak.
“Sememangnya saya amat ‘terpikat’ dengan program AIA Elite Academy. Di samping insentif yang menarik seperti elaun dan komisen serta trip perjalanan percuma, bagi saya kerjaya sebagai Perancang Hayat merupakan pilihan kerjaya untuk jangka masa panjang,” tutur Arina.
SESUAI UNTUK GENERASI MUDA
Bercerita lebih lanjut lagi, kongsi Arina, untuk tiga bulan pertama, dia perlu mengikuti kelas tiga kali seminggu diikuti dua kali seminggu. Melalui program AIA Elite Academy, semua Perancang Hayat berkongsi kemahiran dan pengalaman masing-masing. Tiada istilah ‘simpan sendiri’ walaupun berlainan agensi.
“Bukan mudah untuk menukar pemikiran daripada ‘makan gaji’ kepada pendapatan berasaskan komisen. Memang ada yang takut dan tertanya-tanya bolehkah mereka berjaya apabila ‘terjun’ dalam industri takaful. Bagi saya jika kita tidak cuba, kita tidak akan tahu hasilnya. AIA sudah sediakan semuanya jadi tinggal kita untuk melaksanakannya, pendek kata antara mahu atau tidak sahaja,” ungkap Arina.
“Kerjaya sebagai Perancang Hayat ini sebenarnya umpama memiliki bisnes sendiri. Perlu bekerja keras untuk mendapatkan hasilnya. Buat generasi muda, tidak rugi untuk melibatkan diri dalam kerjaya ini. Yang penting ada minat dan usaha untuk mengembangkan kerjaya, In Shaa Allah anda boleh pergi lebih jauh,” akhiri Arina.
Inginkan kerjaya yang lebih fleksibel dengan tawaran ganjaran yang menarik?
Kulit wajah yang sihat, lembut dan berseri sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air.
Amat penting untuk kita memastikan air diambil dalam jumlah yang mencukupi agar tubuh kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat. Air mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Selain untuk tujuan kesihatan, air juga merupakan medium penting untuk kulit yang sihat dan cantik. Kulit memerlukan air untuk menjaga kelembapannya. Jika tubuh kekurangan ‘bekalan’ air maka kulit akan kelihatan kusam, berkedut, dan pori-pori wajah pun jelas kelihatan.
Air penting untuk menjaga kelembapan kulit secara optimum di samping memberikan nutrisi penting untuk sel-sel kulit. Pendek kata, air melengkapi keperluan jaringan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. Ia amat membantu menunda kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
TEKNOLOGI TANPA TANGKI (TANKLESS)
Meskipun sibuk dengan tugas seharian, seorang hijabi perlu memastikan air perlu diambil dalam jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Jika anda sedang mencari penulen air yang moden dan pratikal, LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier sememangnya sesuai untuk anda.
LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier dilengkapi dengan teknologi tanpa tangki bagi menyediakan air minuman bersih di rumah dengan cara mudah dan sihat. Menggunakan trend teknologi terkini dari Korea Selatan, penulen air ini nyata meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan air bersih. Ia bukan sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan tetapi juga untuk faedah kecantikan.
Teknologi tanpa tangki akan menulen air secara terus dari sumber paip tanpa memerlukan tangki yang dilihat berpotensi membiak mikroorganisma berbahaya. Ia sekaligus menawarkan kesegaran dan penghidratan yang sihat kepada pengguna. Keistimewaaan teknologi tanpa tangki ini juga membolehkan pengguna minum air yang lebih jernih secara terus dari paip tanpa perlu dimasak.
LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier sangat praktikal dengan kehidupan moden masa kini yang sentiasa diburu kesibukan. Menggunakan ‘Inverter Compressor and Induction Heating (IH) System’ LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier menawarkan air minuman bersih sama ada pada suhu sejuk, suhu panas dan suhu bilik dengan fungsi kawalan paparan sentuh (one-touch function).
Anda boleh menikmati secawan kopi, susu atau minuman teh hijau mengikut suhu pilihan anda dengan suhu 40°, 75° dan 85.° Bukan itu sahaja anda juga boleh menetapkan kuantiti air yang diingini mengikut keperluan sama ada 120 ml, 500 ml dan 1000 ml. Dengan teknologi pemanasan segera, ia memang sangat menjimatkan penggunaan tenaga elekrik. Secara tidak langsung ia memberikan penjimatan kepada poket anda bagi mendapatkan keperluan air bersih.
NOZZLE BERPUTAR 180 DARJAH DAN BERGERAK EMPAT ARAH
Nak tahu apa lagi keistimewaan yang ada pada LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier? Satu ciri moden yang ditawarkan melalui LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier ini ialah nozzle air boleh bergerak sama ada ke atas dan ke bawah secara automatik. Ia dapat mengesan ketinggian cawan, botol atau jag supaya dapat disesuaikan dengan kedudukan paip atau nozzle. Jadi tiadalah risiko air terpercik keluar bagi menjamin kebersihan.
Paling istimewa nozzle bukan sahaja boleh bergerak secara automatik ke atas dan ke bawah sahaja tetapi turut boleh berputar ke kiri dan kanan (180 darjah). Dengan cara ini, pengguna boleh memasang penulen air secara mendatar atau menegak.
PANTAU MELALUI TELEFON PINTAR
Sebagai penulen air yang ‘bijak’ LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier menggunakan sistem penapisan tiga peringkat yang inovatif. Ia berfungsi untuk membuang zarah dan kuman berbahaya serta menghilangkan mikroorganisma dan tujuh jenis logam berat yang terdapat di dalam air. Ini berdasarkan hasil yang diuji oleh institusi ujian di Korea. Paling utama, LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier juga disahkan Halal oleh JAKIM.
Didatangkan dengan ciri pintar melalui reka bentuk ‘ramping’ 17 sentimeter, cukup hanya ruangan yang kecil diperlukan bagi membolehkan pengguna mengakses air dengan mudah daripada arah yang diingini. Jadi anda dapat menjimatkan ruang di dapur.
Melalui aplikasi LG ThinQ yang disambungkan dengan Wi-Fi, pengguna boleh memantau penggunaan air pada setiap hari, minggu, bulanan dan tahunan serta memeriksa pensterilan UV dan menerima peringatan untuk sebarang masalah melalui telefon pintar. Ia bagi memastikan penulen air berada dalam keadaan ‘tip-top.’ Apa yang perlu dilakukan, hanya download apps dan anda boleh pantau fungsi kebersihan air di hujung jari.
Pensterilan UV diaktifkan setiap jam secara automatik atau pengguna boleh memilih untuk sterilisasi manual selama 5 minit pada bila-bila masa memastikan kebersihan air. Total Service Care pula menyediakan pelan perkhidmatan komprehensif yang merangkumi perkhidmatan penggantian paip setahun sekali bagi menjamin pengguna mendapat kualiti air yang terbaik.
Turut ditawarkan servis setiap 3 bulan sekali kepada pengguna secara percuma untuk proses sanitasi dan juga penukaran alat penapisan air. Untuk penggantian komponen teras dan kunjungan servis ke rumah secara tetap, ia akan dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
Seperti yang kita sedia maklum, sumber air yang bersih bukan sahaja baik untuk faedah kesihatan tetapi juga menjadi medium untuk penjagaan kecantikan terutama kulit wajah dan tubuh. Air adalah pengganti yang tepat untuk semua rawatan anti-penuaan. Jika tubuh mendapat bekalan air yang cukup, kulit akan sentiasa terhidrat. Hasilnya anda akan memiliki kulit yang lembut dan anjal.
Pengambilan air yang cukup juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dan memudahkan sistem pencernaan untuk menyingkirkan toksin di dalam badan. Hasilnya bukan sahaja tubuh sihat, kulit pun sihat dan bersinar. Dengan LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier, anda boleh menikmati air bersih pada bila-bila masa sahaja.
Seluruh dunia sememangnya terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada saat ini. Ada yang hilang kerja, tempat tinggal dan lebih menyedihkan lagi kehilangan insan yang tersayang.
Mengabadikan kisah bersejarah ini, Astro telah menerbitkan sebuah dokumentari khas iaitu ‘Malaysia vs Covid-19’. Ia menampilkan beberapa kisah istimewa mengenai rakyat Malaysia yang berjuang untuk terus hidup dan menentang wabak ini seperti Cikgu Nazmi, Sugu Pavithra dan pereka fesyen terkenal Melinda Looi.
Berkesempatan menemu bual Melinda, beliau akui sangat teruja untuk terlibat sama dalam dokumentari ini dan berharap agar rakyat Malaysia turut dapat mengambil iktibar daripada rancangan tersebut.
“Dokumentari ini merupakan satu peringatan kepada rakyat Malaysia yang kita semua bersatu melawan wabak ini. Ia adalah musuh yang kita tidak boleh nampak. Jadi kita mestilah ikut SOP, jaga kebersihan dan sebagainya kerana kita masih belum menang. Ada yang lepak tidak mengikut SOP dan tidak melanggar kuarantin.
“Sepatutnya kita kena ingatlah setiap tindakan kita itu akan memberikan kesan pada orang lain. Ia akan menyusahkan frontliners dan perniagaan juga akan terkena impaknya.
“Sekarang ini risau angka tiba-tiba naik mendadak. Kita kena ingat jika berlaku lockdown, ramai yang akan kehilangan pekerjaan di saat masing-masing sedang mencari kestabilan dalam hidup semula pada masa ini,” jelasnya.
Selain itu, Melinda juga mengakui perniagaannya terjejas disebabkan wabak ini namun tetap berusaha menanganinya dengan sebaik mungkin.
“Sebagai pereka fesyen pastinya saya sangat terkesan kerana pakaian saya banyak dibuat khas untuk majlis, parti dan sebagainya. Sewaktu raya juga kami tidak dapat keluarkan koleksi istimewa kami. Pereka lain juga mengalami nasib yang sama jadi kerana itulah ramai yang mengeluarkan produk lain seperti face mask dan sebagainya.
“Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani masalah ini dengan begitu baik. Tidak seperti rakan saya yang berada di luar negara, dia langsung tidak kisah untuk ke luar rumah tanpa memakai mask dan sebagainya. Seperti tiada apa-apa yang berlaku baginya,” tambahnya lagi.
Gembira dapat menolong petugas barisan hadapan dengan menghasilkan sut PPE, beliau juga rasa teruja apabila menerima respon positif daripada kakitangan hospital yang mengenakan sut yang dihasilkannya.
“Terharu bila ramai frontliners mesej terima kasih. Sebelum ini mereka rasa tertekan terpaksa buat sut PPE gunakan plastik sampah namun tidak lagi selepas memakai sut PPE yang kami buatkan. Rasa seronok sangat! Mereka terus ada rasa semangat untuk pergi bekerja.
“Ada yang kata seperti ada persembahan fesyen pula di hospital apabila masing-masing memakai sut PPE daripada pereka fesyen. Ini adalah penghargaan yang begitu besar buat saya. Ada juga pereka lain yang tidak menghasilkan sut PPE namun mereka tetap menyumbang dengan cara lain seperti wang.
“Kesimpulannya, tidak kisahlah bagaimanapun caranya, kita sentiasa ada cara tersendiri untuk membantu mereka yang memerlukan.”
Rasa tidak sabar pula untuk menonton dokumentari ini. Pastinya banyak perkara yang akan terungkai nanti.
Anda juga jangan lupa saksikannya pada 12 September ini, Sabtu jam 6 petang di saluran Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello & Awani atau strim sahaja di Astro GO. Rugi kalau terlepas!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...