Tular baru-baru ini mengenai video seorang penyanyi tanah air yang cukup terkenal membuang gula-gula di atas pentas ketika sedang membuat persembahan di Konsert Merdeka 65. Shila Amzah tidak berniat bertindak sedemikian dan memohon maaf atas tindakannya itu.
Orang ramai sangat terkejut dengan aksinya itu malah ada juga yang melontarkan komen kepadanya menerusi ruangan posting perkongsiannya di Instagram. Ada juga yang telah faham keadaan Shila kerana ini bukan kali pertama.
Menerusi perkongsian video yang di muat naik oleh Shila Amzah di posting Instagram, penyanyi itu sedang menyanyikan lagu berjudul Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65. Sewaktu asyik membuat persembahan, Shila kelihatan tidak selesa dan dapat di lihat dia mengeluarkan sesuatu dari mulutnya yang di fahamkan merupakan gula-gula berangin lalu membuangnya di atas pentas.
Shila Amzah atau nama sebenarnya NurShahila binti Amir Amzah, 32, itu tidak berniat untuk membuat tingkah laku sedemikian. Jelas terlihat di wajahnya ketika itu kurang selesa dan katanya lagi di posting itu bahawa dia baru sahaja pulih dari sakit, jadi dia perlukan sesuatu untuk segarkan badannya.
“Sorry sebab lupa buang gula-gula again. The aftermath of being demam, makan ubat batuk, selsema and panadol then minum coffee at 11.30 p.m., dapatlah kita menikmati video bts ini.” katanya di ruangan caption sebagai titipan buat warganet.
Di fahamkan bahawa ini bukan kali pertama Shila Amzah membuat sedemikian. Melalui caption dia juga telah berkata dia membuat kelakuan ini sekali lagi. Penyanyi lagu Patah Seribu itu telah melakukan aksi ini buat kali pertama sewaktu dia menanyi di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-36 tahun lalu.
Artikel berkaitan: “Jika Nak Saya, Harus Terima Saya Seadanya”- Pernah Disuruh Buka Hijab, Shila Amzah Tegas Pendirian & Kekal Istiqomah!
Menerusi temubual bersama OhBulan!, Shila menegaskan bahawa dia sememangnya mempunyai tabiat kunyah gula-gula sebelum membuat persembahan. Bagaimanapun, sewaktu hari kejadian dia terlupa untuk mengeluarkan gula-gula tersebut dari dalam mulutnya dan terpaksa membuat aksi tersebut kerana khuatir tercekik.
“Saya memang ada satu tabiat sebelum membuat persembahan, iaitu saya suka mengunyah gula-gula berangin untuk menyejukkan tekak,
“Selepas dah menyanyi bahagian ‘adlip’, rasa macam nak tercekik dan terganggu. Nak telan, takut tersekat pula. Bila tengah tak sihat, ruang udara macam terbatas, jadi, saya kena buang gula-gula itu.” kata Shila.
Ramai juga orang memberikan respon melalui posting di Instagram miliknya. Pelbagai reaksi yang telah di terima dan ramai juga yang cuba menasihatkan penyanyi tersebut supaya tidak memakan gula-gula sebelum menyanyi. Tetapi ada juga peminat Shila yang sudah tahu tabiatnya yang suka mengunyah gula-gula itu.
Shila Amzah juga selalu beringat untuk di membuat perkara sedemikian kerana ramai juga yang telah memberikan pesanan kepadanya. Malah, ini bukan sahaja kali pertama dia ‘kantoi’ membuat perkara sedemikian.
“Sebelum ini, saya dah pernah ‘buat hal’ di acara akhir Anugerah Juara Lagu yang mana, turut ‘tertangkap’ oleh kamera. Selalunya, saya memang ingat dan tak pernah buat dah,
“Bila dah berlaku sekali lagi dan tular, saya tak boleh nak buat apa sebab benda dah jadi. Bagi saya, ini adalah hiburan. Orang nak cakap apa pun, cakaplah.” katanya lagi.
Persembahan Shila Amzah yang menyanyikan lagu Khilaf Asmara serta pakaian yang di kenakan sewaktu membuat persembahan pada Konsert Merdeka 65 banyak mendapat respon yang positif. Orang ramai sangat tak sangkal lagi kebolehan Shila yang mampu memberi vokal yang hebat.
Artikel berkaitan: Pernah Dikecam Di Laman Sosial, Shila Amzah Tak Ambil Kisah & Kekal Positif!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.