Rasa di hati memang teringin nak berubah. Namun, selalu ada benda yang mengganggu di minda. Mampukah aku istiqomah? Macam mana pula nanti kalau orang mengata? ‘’Alah, acah-acah alimlah tu’’
Bila terfikir begitu, terus tangguhkan niat untuk berubah. Chop! Refleks diri kita semula sis. Untuk siapa sebenarnya kita nak berubah? Kerana ‘dia’ atau ‘Dia’?
Jika kerana manusia, kau mungkin akan kalah. Namun, jika kerana Tuhan, insyaAllah kau pasti menang walau sehebat mana rintangannya. Buat anda yang terdetik di hati ingin berubah, teruskan usaha. Mulakan dari sekecil-kecil langkah dahulu. Anda mampu mengubahnya!
1.Tukar gambar DP.
Ganti gambar DP yang tak tutup aurat.
2.Delete segala gambar yang menggoda.
3.Pakai tudung, handsock(sarung lengan), stokin ke mana mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan kita sedang mahu menuju ke Syurga. Sedang.
4.Dekatkan diri dengan perkara baik. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Dengar ceramah, di you tube pun boleh. Join usrah dan lain lain.
5.Dekatkan diri pada yang Esa supaya ditetapkan hati. Tetapkan iman dalam perubahan ini. Berjaya untuk yang last ni? TAHNIAH!
Moga istiqamah selamanya.
Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi-mimpi.
Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Jika tiada USAHA, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah “wanita solehah”.
Kita yang perlu mencari.
HIDAYAH tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari bidadari syurga.
“Walaupun aku tak menutup aurat, tapi aku baik.”
Bukan isu baik atau tak. Tapi Orang yang taat perintah Allah mesti akan menutup aurat.
PERGELANGAN TANGAN itu dah aurat. Nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan.
KAKI pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.
TUDUNG tu. Tak kisah anda nak pakai jenis yang macam mana pun. It’s up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya anda labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari saya.
Saya tau anda masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Saya pun perempuan. Faham. Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Anda Islam, tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustazah, atau aliran agama sahaja.
Islam tu untuk SEMUA.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.
Maaf kalau terasa, saje pesan untuk kebaikan semua. Biar cantik pada pandangan Allah, indah di mata manusia ❤️