Biasanya jika mereka yang mengamalkan diet akan cuba untuk skip makan atau hanya ambil bahagian tertentu sahaja. Tetapi bagi lelaki ini lain kisahnya. Dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 40 kg dalam tempoh 3 bulan tetapi tidak pernah sesekali skip jadual pemakanannya. Malah dia makan enam kali sehari tetapi portion pemakanannya tidak semudah yang disangka.
Mengalami berat badan berlebihan.
Arif Sukri yang juga dikenali dengan gelaran Ustaz Fitness Nasional memberi jadual pemakanannya untuk dikongsi kepada mereka yang berminat untuk menurunkan berat badan berlebihan.
Perubahan mendadak.
1. Sarapan pagi
Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.
Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula.
Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa sesuai untuk sarapan.
Dulu dan kini.
2. Minum pagi
Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.
3. Makan tengahari
Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.
Ads
Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.
Berjaya kurangkan hampir 40 kg.
4. Minum petang
Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.
Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.
Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.
Kisahnya jadi inspirasi.
5. Makan malam
Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.
Ads
Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.
6. Minum malam
Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe
Orang sama, raut wajah berbeza.
Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.
Saya tidak makan apa-apa suplimen.
Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya berjaya hilangkan 5-7 kg.
Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau pedas cukup seteguk dua.
Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
Jangan tinggal buah.
Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga saya tak sentuh.
Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan santai sahaja. (Nanti saya kongsikan waktu bila sesuai timbang)
Bahagikan portion makan dengan bijak
Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul.
Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.
Jangan sesekali skip makan.
Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.
Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
Protein (Ayam, daging, ikan)
Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.
Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.
Ads
Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.
Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda.
Menu dan portion disarankan.
Boleh lah cuba formula pinggan nutrisi ini.
Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.
Arif Sukri
Ustaz Fitness Nasional
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pastinya ramai Hijabi yang mengikuti laman digital Hijabista acapkali membeli belah di butik Zara bukan? Kini jenama fesyen antarabangsa yang popular ini menjadi ‘panas’ apabila ketua rekaannya, Vanessa Perilman, mengeluarkan kenyataan anti-Palestin terhadap seorang model warganegara Palestin, Qaher Harhash.
Qaher yang merupakan seorang model antarabangsa pernah membintangi kempen Jean Paul Gaultier awal tahun ini bersama Bella Hadid. Insiden anti-Islam dan anti Palestin Vanessa Perilman didedakan oleh model ini apabila pereka fesyen itu menyerangnya di Instagram dengan mesej yang tidak prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin dan menyokong kekejaman Israel.
Vanessa yang merupakan ketua rekaan bahagian fesyen wanita jenama asal Sepanyol itu menghantar mesej menerusi aplikasi Instagram kepada Qahar berkata, “Mungkin jika bangsa anda terdidik dengan baik, mereka tidak akan meletupkan sekolah dan hospital yang mana Israel bantu membiayai pembinaannya di Gaza.”
Selain itu sebahagian lagi mesej yang dihantar menyatakan pendiriannya jelas, “Orang Israel tidak mengajar kanak-kanak untuk membenci atau melempar batu ke arah tentera seperti yang dilakukan orang Palestin. Mereka dalam industri fesyen tahu kebenaran tentang Israel dan Palestin dan saya tidak akan berhenti membela Israel. Orang seperti anda akan datang dan pergi akhirnya.”
Sedar atau tidak orang Muslim terutamanya wanita berhijab merupakan sebahagian dari pembeli busana dari jenama tersebut dan menyumbang kepada keuntungan syarikat terbabit. Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi dari Zara mengenai kedudukan Vanessa sebagai ketua pereka jenama tersebut.
Qahar menyifatkan perkara ini berat sebelah, dahulu John Galliano mengeluarkan kenyataan anti-semitik dia serta merta dipecat dari kedudukannya sebagai pengarah kreatif Dior. Namun berbeza pula dengan Zara yang dilihat tidak berbuat apa-apa terhadap kenyataan yang dikeluarkan Vanessa. Sebaliknya jenama tersebut hanya mengeluarkan kenyataan yang kononya Vanesa telah pun memohon maaf kepada Qaher dan Qaher menerima permohonan maaf tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kadang kala, kita memang tidak dapat mengelak daripada berlakunya kejadian malang seperti terputus anggota tubuh badan dalam kemalangan.
Jika berlakunya sebegitu, sebenarnya masih ada lagi harapan dan peluang untuk anggota badan yang terputus itu seperti jari, telinga dan sebagainya untuk diselamatkan. Ikuti kaedahnya menerusi perkongsian Public Health Malaysia ini.
– Untuk jari yang terputus, basuh dengan air bersih. Balut dengan kain/ kapas utk hentikan pendarahan.
– Tinggikan jari dari aras jantung dan bawa ke hospital.
Ini pula perkara yang anda perlu elakkan daripada melakukannya untuk bahagian anggota yang terputus
Photo by Anna Shvets from Pexels
-Jangan letak dalam air
-Jangan letak terus dalan ais batu -Jangan sapu sebarang krim, gamat, ubat gigi sebaliknya bergegaslah ke hospital segera!
Inara Rusli kembali menarik perhatian ramai menerusi gambar percutiannya di Jepun yang dikongsikan di Instagram miliknya. Inara bukan sahaja menikmati masa bersama anak-anak malah turut menarik perhatian dengan penampilannya.
Dalam satu gambar, Inara berada di Fushimi Inari Taisha, Kyoto. Penampilannya yang serba hitam mencipta kontra yang ketara dengan warna merah gerbang bangunan ikonik itu.
Berbaju kot kulit labuh, tudung hitam dan beanie kelabu, Inara tampil bergaya walaupun dalam suasana klasik. Gaya yang ditunjukkannya itu serta-merta menarik perhatian pengguna media social lantas dibanjiri komen-komen pujian.
Malam di Kyoto memancarkan lebih banyak keajaiban dengan suasana malap lampu jalan. Inara berdiri di satu sudut bandar, dikelilingi bangunan kayu tradisional Jepun dan anak tangga menuju ke kawasan membeli-belah klasik.
Dengan kot hitam labuh dan tudung rona senada, Inara kelihatan anggun dengan siluetnya di bawah lampu mencipta kesan dramatik yang menjadikan detik ini lebih menarik.
Mengunjungi Omikuji
Inara turut merakam kenangan di salah sebuah kuil Jepun berlatar belakangkan Omikuji. Ekspresi tenangnya digabungkan dengan pakaian serba hitam memberi kesan elegan di tengah-tengah suasana keramat.
Berlatar belakangkan bangunan kuil tradisional yang tipikal, gabungan pakaian dan persekitaran sekeliling mencipta penampilan yang sangat estetik. Ramai netizen mengagumi penampilan Inara yang kekal bergaya walaupun berada di pelbagai lokasi.
Menyusuri Arashiyama
Dalam sekeping gambar, Inara dilihat berbasikal di kawasan Arashiyama yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Dia memakai kot kulit hitam, seluar lebar dan beanie kelabu yang menambah kesan stylish pada penampilan.
Dengan latar belakang pokok tanpa daun, suasana musim sejuk memberikan rasa tenang. Gabungan gaya kasual menunjukkan “keselesaan dan fesyen boleh seiring”.
Pose Di Pinggir Sungai
Di tebing sungai yang dikelilingi pergunungan, Inara kelihatan sangat menikmati keindahan alam di sekelilingnya. Dia mengambil gambar dengan pose ceria, menunjukkan sisi gembiranya ketika menghabiskan percutian bersama keluarga.
Biarpun berada dalam suasana santai, pakaian serba hitam pilihannya tetap menampakkan gaya elegan yang sentiasa dikekalkan. Muat naik foto ini menguatkan lagi tanggapan bahawa Inara sentiasa menjaga penampilannya.
Memanfaatkan Pengangkutan Awam
Di stesen kereta api Jepun, Inara tampil dengan memakai kot hitam labuh. Dia bergambar di hadapan kereta api berwarna merah marun memberikan kontra visual yang menarik.
Beg kecil yang disandang di bahu memberikan unsur edgy. Dengan tudung hitam digabungkan dengan beanie kelabu, Inara berjaya mengekalkan gaya yang konsisten pada setiap kesempatan semasa cuti.
Momen Manis Bersama Anak-Anak
Inara bukan sahaja kelihatan gembira dan bahagia, malah kali ini dia benar-benar menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak.
Penampilan terbaharu penyanyi, pelakon dan tokoh politik terkenal Indonesia Desy Ratnasari dibanjiri pujian warga maya dalam satu muat naik di media sosialnya.Dalam hantaran itu,...