Kecantikan

Buah Tomato Mampu Untuk Menjadikan Wajah Awet Muda Dan Menurunkan Berat Badan! Ini 5 Khasiat Lain Buah Tomato!

Share

Bukan sahaja menambahkan rasa lazat pada menu makanan ataupun bahan tambahan sebagai pencicah, malah tomato juga memberi banyak khasiat pada kecantikan tubuh badan. 

Sumber gambar: Any Lane

Tahukah anda tomato mampu untuk mengurangkan masalah berat badan? Ha! Banyak lagi tau kebaikan buah tomato ni. Nak tahu lebih lanjut? Jom ketahui pelbagai rahsia kebaikan tomato yang boleh anda rasai!

Sumber gambar: Ketut

1. Menurunkan berat badan
Jangan terkejut ya sis! Percaya atau tidak, tomato mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan. Ini adalah kerana ia mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Mudah terasa kenyang apabila dimakan kerana tomato mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Anda boleh menjadikan tomato sebagai snack

jika terasa lapar.

2. Elak insomnia
Oleh kerana tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene, ia mampu untuk mengelakkan masalah tidur ataupun insomnia. Caranya, jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.

Sumber gambar: Shiny Diamond

3. Membaiki kesihatan kulit
Kesihatan kulit dan sebiji tomato pastinya tidak mampu dipisahkan! Selain bertindak sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Malah, ia mampu untuk menegangkan kulit wajah anda supaya tampak muda! Tahukah anda, memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%? Ha jadi selalulah makan tomato ya!

Sumber gambar: Wendel Moretti

4. Menajamkan mata
Bukan hanya lobak, malah tomato juga mampu membaiki kesihatan mata. Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

Baca juga: Bila Tengah Hari Je Kulit Berminyak! Ini 8 Petua Ringkas Untuk Atasi Masalah Kulit Berminyak!

5. Merawat Batu Karang
Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra