Bukan sahaja menambahkan rasa lazat pada menu makanan ataupun bahan tambahan sebagai pencicah, malah tomato juga memberi banyak khasiat pada kecantikan tubuh badan.
Tahukah anda tomato mampu untuk mengurangkan masalah berat badan? Ha! Banyak lagi tau kebaikan buah tomato ni. Nak tahu lebih lanjut? Jom ketahui pelbagai rahsia kebaikan tomato yang boleh anda rasai!
1. Menurunkan berat badan
Jangan terkejut ya sis! Percaya atau tidak, tomato mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan. Ini adalah kerana ia mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Mudah terasa kenyang apabila dimakan kerana tomato mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Anda boleh menjadikan tomato sebagai snack jika terasa lapar.
2. Elak insomnia
Oleh kerana tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene, ia mampu untuk mengelakkan masalah tidur ataupun insomnia. Caranya, jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.
Ads
3. Membaiki kesihatan kulit
Kesihatan kulit dan sebiji tomato pastinya tidak mampu dipisahkan! Selain bertindak sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Malah, ia mampu untuk menegangkan kulit wajah anda supaya tampak muda! Tahukah anda, memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%? Ha jadi selalulah makan tomato ya!
4. Menajamkan mata
Bukan hanya lobak, malah tomato juga mampu membaiki kesihatan mata. Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
5. Merawat Batu Karang
Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memang banyak khasiatnya minum air kosong. Malah ia adalah cara diet mudah dan bagus untuk elak pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, sebenarnya minum air masak ini juga ada caranya kerana silap minum perut boleh jadi buncit.
Oleh sebab itu orang tua selalu pesan jangan minum selepas makan, tunggu beberapa minit barulah boleh minum.
Nah, ini dia, empat cara minum air kosong yang patut kita amalkan. Jika diamalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik.
Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat akan membuatkan kita tampak awet muda.
Bangun Tidur
Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semula jadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
30 Minit Sebelum Makan
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
Sebelum Mandi
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.
Sebelum Tidur
Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 mungkin agak berbeza dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak. Fasa PKP ini sebenarnya membuka peluang rakyat Malaysia untuk cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung.
Garis panduan yang boleh diamalkan
Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
Gunakan susu rendah lemak
Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
Pilih makanan yang sihat.
Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula
Rancang menus sihat untuk tetamu
Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.
Cadangan Pakar Pemakanan
Cik Nurul Aziah Musa, pakar pemakanan bertauliah berpendapat bahawa kismis adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan”
Sementara itu Cik Rushda Adiba Ismail, seorang pakar diet dari KPJ Damansara Hospital berkongsi “Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan”.
Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan.
Resepi mudah berasaskan kismis boleh mengantikan gula dalam makanan
PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DAN SOS KASTAD (Resepi Nurul Aziah Musa)
Bahan-bahan Puding Roti
4 sudu besar Kismis California
2 sudu makan mentega dicairkan
8 keping roti sandwich
500 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Sos Kastard
Susu segar 400 ml
Air 50 ml
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan tepung kastard
Cara Penyediaan Puding Roti
Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
Tambah 3 biji telur
Masukkan mentega yang dicairkan
Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
Taburkan Kismis California
Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius
Cara Penyediaan Sos Kastard
Tuangkan susu segar
Masukkan air
Tambah gula
Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api
Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat.
DADIH DENGAN SOS MANGGA DAN KISMIS CALIFORNIA (Resepi Nurul Aziah Musa)
Sos Buah Mangga dan Kismis California
3 sudu besar Kismis California
1 biji mangga dipotong kiub
½ biji mangga puree
Bahan Dadih
2 cawan air
10 g serbuk agar-agar
1 litre susu segar
3 sudu makan gula perang
Cara Penyediaan Dadih
Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
Masukkan susu segar dan gula
Apabila sudah mendidih tutup api
Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais
Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
Kisar mangga hingga menjadi pureed
Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib
Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.
Makanlah secara sihat dengan hidangan resepi sihat untuk anda mahupun tetamu yang dating. Kita jaga kita, mana tahu tetamu gemar dengan hidangan yang dihidangkan, jadi rakyat Malaysia akan kekal sihat bukan sahaja di hari perayaan malah dalam menjalani kehidupan seharian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Warna kulit yang tidak sekata, bintik-bintik gelap dan melasma yang sukar disembunyikan, tetapi jangan lupa tentang rakan sejawatnya yang sama menjengkelkan, tekstur kulit yang tidak sekata.
Benjolan, serpihan, lubang dan tompok kasar pada kulit anda yang mudah dirasai dan boleh menjadi lebih sukar untuk dilihat, sehingga anda menggunakan solekan yang tebal untuk menyembunyikan pelbagai kecacatan. Begitu juga perubahan warna kulit, tekstur kulit yang tidak sekata boleh disebabkan oleh sejuta perkara yang berbeza.
Walaupun kulit licin sempurna tanpa liang adalah mustahil pori anda mempunyai tujuan yang sangat penting untuk mengekalkan kulit anda lembap. Ya! Anda boleh menjadi cantik dengan produk dan rawatan tekstur kulit yang betul, tetapi anda perlu mengetahui apa yang menyebabkan tekstur berasa sedikit kasar terlebih dahulu dan nasihat terbaik pakar tentang cara melicinkan tekstur kulit pada muka.
Apakah masalah tekstur kulit?
Tekstur kulit termasuk benjolan, liang membesar, tompok kasar, apa-apa sahaja yang membuatkan kulit anda kelihatan kurang licin dan bercahaya. Dan jika anda mengalami mana-mana masalah kulit di atas, anda juga mungkin akan sedikit perubahan warna atau kemerahan dan tekstur kulit yang tidak sekata lazimnya berlaku seiring dengan tona kulit yang tidak sekata atau hiperpigmentasi.
Penyebabkan tekstur kulit mengerutu
Benjolan pada kulit anda boleh jadi banyak perkara yang berbeza, tetapi lazimnya, seiring dengan peningkatan usia, kitaran ganti sel kulit (pembentukan sel kulit mati) semakin perlahan, yang boleh meningkatkan kekusaman dan tekstur kulit yang tidak sekata. Tekstur kulit anda juga mungkin mengerutu akibat psoriasis, dermatitis kontak, keratosis pilaris, atau juga parut jerawat dan bintik-bintik. Akhir sekali, mungkin matahari penyebab di sebalik kebanyakan masalah kulit.
Sedia maklum pendedahan matahari boleh mengacaukan warna kulit anda, tetapi perkara yang sama juga boleh dikatakan tentang kesannya pada tekstur kulit . Sinaran UVB menyebabkan kematian pramatang sel-sel kulit hidup, yang boleh menyebabkan peningkatan kekasaran kulit, manakala sinaran UVA meningkatkan pengeluaran pigmen yang akan memberikan kulit anda keseluruhan tekstur berbintik-bintik dan tona kulit berubah.
Bagaimanakah memperbaiki tekstur kulit?
Anda bukan tiada pilihan, tetapi perlu mempunyai produk dan bahan yang tepat. Di bawah ini, beberapa cara anda boleh mula menangani masalah tekstur kulit hanya di rumah.
1. Mengelupas dengan asid glikolik
Mengelupas wajah adalah langkah yang sangat penting untuk mencapai dan mengekalkan tekstur kulit yang optimum dan mencegah ketidaksamaan dengan menanggalkan sel kulit yang kusam dan kasar. Walau bagaimanapun, lakukan dengan sangat ringan iaitu, hanya pengelupasan kimia seperti asid dan pengelupasan pada dos yang rendah dan bukannya skrub yang keras. Elakkan menggosok secara agresif atau menggunakan pengelupasan dengan tekstur yang terlalu kasar, kerana ini boleh menyebabkan melecet dan kecederaan kulit. Pengelupasan berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan dan mengeringkan kulit anda. Sebaiknya mulakan dengan satu pengelupasan di rumah yang lembut seperti serum asid glikolik 10 peratus hanya beberapa kali seminggu, diikuti dengan pelembap.
2. Gunakan asid salisilik jika kulit mudah berjerawat
Jika anda cenderung mempunyai liang yang membesar, itu juga boleh menyebabkan liang tersumbat dan masalah tekstur kulit. Pengelupasan ringan, adalah kunci untuk tekstur kulit yang tidak sekata dan jika anda mudah berjerawat, Dr. Ciraldo mengesyorkan pengelupasan dengan asid salisilik untuk membantu membuka sekatan pori-pori tersumbat dan bintik hitam yang boleh menjadikan pori-pori anda kelihatan lebih besar.
3. Melembutkankulit dengan asid laktik
Jika kulit kasar anda juga kulit kering, bantu lembutkan dengan sedikit asid laktik. Asid pengelupasan lembut ini adalah pengelupasan kimia yang paling menghidratkan dalam keluarga asid alfa hidroksi (AHA), jadi anda boleh menghidrat semasa anda mengelupaskan kulit mati. Gunakan pelembap penghidratan yang mengandungi asid laktik untuk pendekatan yang lebih lembut.
4. Tambahkan retinoid ke dalam rutin
Penambahan retinoid pada rutin anda untuk membantu mempercepatkan pusing ganti selular anda dan melicinkan tekstur kulit anda. Retinoid bukan sahaja boleh memberikan anda kulit yang lebih licin, cerah, tetapi ia juga boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dan menguatkan dinding liang-liang anda. Jika anda baru menggunakan retinoid, masukkan secara beransur-ansur ke dalam rutin dengan mengurut picitan sebesar kacang ke atas kulit yang bersih dan lembap satu malam seminggu selama satu minggu, kemudian dua malam selama dua minggu, dan kemudian tiga malam. selama tiga, sehingga anda menggunakannya setiap malam tanpa kekeringan atau kerengsaan.
Memakai SPF spektrum luas akan sangat membantu dengan menghalang semua kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV yang menyumbang kepada tekstur kulit yang tidak sekata. Pakai pelindung matahari anda dan gunakan semula sepanjang hari.
6. Dapatkan pengelupasan yang lebih mendalam dengan pengelupasan di rumah
Satu peningkatan daripada serum asid glikolik anda, versi pengelupasan muka di rumah menggunakan bahan yang sama pada kepekatan yang lebih tinggi yang masih selamat untuk anda gunakan sendiri untuk hasil yang lebih baik.
7. Berhati-hati menggunakan peranti dermarolling di rumah
Dermarolling ialah rawatan di rumah yang melibatkan tusukan kecil pada kulit dengan roller jarum bertutup untuk membantu menjana kulit yang lebih baharu, licin dan cerah. Ia lebih baik diserahkan kepada profesional, tetapi anda boleh melakukannya di rumah dengan berhati-hati untuk membantu memperbaiki tekstur kulit anda dan menambah baik sejauh mana serum muka anda menyerap ke dalam kulit anda. Penyerapan yang lebih baik sama dengan hasil yang lebih baik.
Nah, itu bergantung pada punca tekstur kulit anda. Ia boleh menjadi sangat bermanfaat untuk mendapatkan diagnosis daripada pakar dermatologi. Jika masalah tekstur kulit anda disebabkan oleh keadaan seperti ekzema atau psoriasis, anda memerlukan rawatan yang sangat berbeza daripada jika anda berhadapan dengan liang tersumbat.
Apabila masalah tekstur disebabkan oleh penumpukan sel mati, rawatan di seperti HydraFacial (mengelupas, mengekstrak dan menghidrat), kulit asid glikolik berkekuatan lebih tinggi berkesan hanya lakukan di rumah anda. Pengelupasan kimia dangkal sangat selamat, tidak perlu masa yang lama dan cara yang berkesan untuk melicinkan tekstur kulit anda.
Banyak faktor berpotensi yang menyumbang kepada kulit tidak sekata, seperti parut jerawat, kerosakan matahari dan penuaan, sukar untuk menyatakan dengan tepat apa yang menyebabkan ketidakteraturan pada tekstur kulit khusus anda. Walaupun pengelupasan kimia yang lembut dan perlindungan matahari yang betul mungkin membantu, satu-satunya cara sebenar untuk mengetahui perkara yang anda alami adalah dengan penilaian dan diagnosis yang betul, jadi lihat kulit anda untuk benar-benar menyelesaikan masalah.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sopan menawan, gaya aktres Cut Syifa terima anugerah SCTV 2024 dalam persalinan dress biru rekaan Dimas Singgih raih pujian peminat.Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab...