Buah Melaka Dragon Fruit, Sedap & Yang Penting Warna Ungu Asli Bukan Pewarna Tiruan

Share

Bagi penggemar kuih berintikan manisan pastinya menyukai buah Melaka. Buah Melaka atau Onde-onde sememangnya menjadi kesukaan pelbagai peringkat usia. Jika biasanya buah Melaka menggunakan daun pandan tapi apa kata sesekali ubah cita rasa menggunakan buah naga.

Sama ada dimakan pada waktu pagi atau petang, ia tetap membangkitkan rasa dan aroma enak apatah lagi sekiranya dinikmati bersama minuman panas.

Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Juraini Mohd Zabidi ini.

BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1 biji buah naga – kisar dengan sedikit air 
Gula melaka – potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut – ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit air kapur

CARA MEMBUAT: 

1.Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan buah naga yang telah siap dikisar.

Kisar buah naga dengan sedikit air, sama macam bancuhan guna daun pandan.

2.Campurkan dengan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.

Beginilah hasilnya.

3.Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul-betul cair semasa direbus.

Bulat-bulatkan dengan kemas.

4.Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bebola tepung. Tunggu sehingga bebola timbul di permukaan air. Ini menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.

5.Toskan. Golek-golekkan dengan kelapa parut yang telah siap digaul bersama sedikit garam.

6.Siap untuk dihidangkan.

 

Sumber kredit: Juraini Mohd Zabidi

Published by
Norhasliza