Bagi anda penggemar buah-buahan, apa kata anda jadikan buah aprikot sebagai menu hidangan setiap hari! Bukan sahaja memiliki aroma manis dan lembut, malah buah aprikot kaya dengan kandungan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin K dan lain-lain lagi.
Oleh kerana itu, ia memberi banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh badan! Nak tahu lebih lanjut? Jom baca mengenai kebaikan buah aprikot ini!
Mengubati masalah sembelit
Oleh kerana buah aprikot tinggi kandungan serat, ia amat sesuai dimakan apabila anda sedang mengalami masalah sembelit. Ia akan merangsang dan menyucikan sistem pencernaan dan sekali gus akan mengelakkan masalah sembelit dengan mudah!
Memberi kesihatan mata
Buah aprikot kaya dengan kandungan vitamin A yang membantu untuk memperbaiki penglihatan mata. Sama juga seperti sayur lobak, ia dapat mencegah radikal bebas yang biasanya menyerang sistem kekebalan tubuh.
Menjaga kesihatan jantung
Selain dapat mengubati masalah sembelit, buah aprikot juga dapat mengurangkan kandungan kolesterol jahat yang akan menjejaskan kesihatan jantung! Oleh itu, bagi anda yang sudah berada di tahap awal penyakit jantung, amatlah disarankan untuk memakan buah ini sekerap mungkin!
Menyembuhkan masalah demam
Jus aprikot sangat baik untuk diminum bagi mereka yang sedang mengalami masalah demam. Tahukah anda, buah aprikot ini mempunyai unsur menenangkan dan anti inflamasi untuk mengurangi rasa sakit yang disebabkan oleh demam.
Mencantikkan kulit
Buah aprikot mengandung vitamin A, vitamin C, dan fitonutrien. Semua nutrisi ini berguna untuk memperlambatkan proses penuaan dan mempercantikkan kulit.
Menurunkan berat badan
Pasti ramai yang tidak tahu! Sebenarnya, setiap 100 gram aprikot mengandung 45 kalori dan serat. Tidak hairanlah jika memakan buah ini dapat membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama dan juga amat berguna untuk anda yang sedang dalam proses menurunka berat badan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe