Bagi seorang wanita, memilih calon suami perlulah berhati-hati. Jangan kerana terdesak melihat rakan-rakan sudah mendirikan rumah tangga maka sesiapa sahaja jejaka yang datang melamar terus sahaja terima.
Sebagai seorang wanita, kita berhak untuk cerewet memilih calon suami. Ini kerana suamilah yang akan memimpin kita bukan sahaja di dunia tetapi juga ke akhirat.
Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melalui entri di Facebooknya memberi pesanan buat wanita yang ingin mencari calon suami.
Sedikit pesanan untuk wanita di luar yang sebelum berkahwin. Anda bukan sahaja sedang mencari seorang suami tetapi anda juga sedang memilih bakal ayah kepada anak-anak anda!
Bila Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam kata kahwini seseorang kerana agamanya, ianya juga meliputi akhlak!
5 CIRI SUAMI PILIHAN MENGIKUT ISLAM
Ads
Bagi seorang wanita solehah , mencari calon suami tentunya memerlukan banyak pertimbangan dan tapisan sesuai dengan kehendak Islam . Di sini ada beberapa ciri – ciri yang diperlukan mengikut turutan kepentingannya . Antaranya:
PASTIKAN CALON ITU SEORANG MUSLIM SEJATI
Konteks muslim di sini ialah berilmu, beriman dan beramal soleh serta menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya dari api neraka . Sekiranya calon itu bukan Muslim, pastikan dia memeluk Islam kerana sayangkan Allah dan Rasulullah bukan kerana sayangkan kekasihnya semata-mata.
Allah berfirman : ”Wahai orang – orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.”
( Al – Tahrim 66 : 06 )
SIKAP CALON SUAMI TERHADAP KELUARGANYA TERUTAMA IBU BAPANYA
Rasulullah SAW bersabda : “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
( Sahih Sunan al – Tirmizi , no : 1899 )
Ads
Calon suami yang baik tidak akan menderhakai ibu bapanya kerana anda serta memainkan peranannya di pertengahan diantara ibu bapanya dan anda .
Sabda Rasulullah : “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya ( ibu ).”
( Sahih Sunan al – Nasa ‘ e no : 3104 )
Seorang lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keperihatinan besar kemungkinan akan melayan isterinya dengan penuh keperihatinan juga dan begitulah sebaliknya .
CIRI KEMPIMPINAN
Firman Allah yang bermaksud : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” ( al – Nisa 4 : 36 )
Berikan calon suami satu senario, perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan, perhatikan bagaimana dia menyelesaikan. Berikan dia satu perancangan, perhatikan bagaimana dia mengaturnya . Berikan dia satu amanah, perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya .
Ads
KEWANGAN
Sabda Rasulullah SAW : “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri – isteri kalian … mereka memiliki hak di atas kamu , iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.”
( Sahih Muslim , no : 2137 )
Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri . Suami tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan .
AKHLAKNYA
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia ( sikap santun ) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya . “
( Sahih Muslim no : 2594 )
Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tegang, tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak yang perlu diperhatikan .
Benarlah hidayah itu milik Allah dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia berkehendak. Seperti itu jugalah yang boleh kita kaitkan dengan penghijrahan Joram Van Klaveren, seorang bekas ahli parlimen parti PVV dari Belanda yang dahulu anti Islam, kini menjadi saudara baru dalam agama itu.
Joram Van Klaveren dilaporkan memeluk agama Islam selepas tersentuh hati ketika sedang menulis sebuah buku yang bertujuan mengkritik agama tersebut.
Namun, sebaliknya lain pula yang terjadi apabila pandangannya berubah dan ketika detik itulah dia secara rasminya menjadi seorang muslim.
“Ketika sedang menulis, saya bertemu dengan banyak perkara yang telah membuatkan pandangan saya terhadap Islam menjadi goyah,” katanya kepada Dutch Radio.
“Jika anda percaya dengan satu tuhan dan Muhammad merupakan seorang utusan, bersama dengan Jesus dan Moses, maka anda seorang Muslim,” kata Van Klaveren yang sebelum ini merupakan penganut Kristian Ortodok bermazhab Protestant, lapor dutchnews.nl
Tindakannya itu dilapor mengikut jejak langkah Arnoud van Doorn, seorang lagi bekas ahli parlimen Parti PVV yang telah memeluk Islam sebelum ini.
Van Doorn turut menyampaikan ucapan tahniah dan pujian kepada Van Klaveren menerusi akaun Twitter.
Sepanjang tujuh tahun menjadi ahli parlimen untuk parti PVV yang anti-Islam, Van Klaveren merupakan seorang pengkritik Islam yang lantang, sering menyebut “Islam satu penipuan,” dan “Quran adalah racun,”.
Ditanya bagaimana dia berdepan sentimen anti Muslim yang pernah diciptanya dahulu, Van Kleveren mengakui kesalahannya yang lalu.
“Saya telah menyumbang di dalam mencipta dan mengekalkan imej buruk terhadap Islam, namun anda tidak boleh bayangkan bagaimana prasangka berlaku, sehingga anda berdepan dengannya sendiri,” katanya.
Biduanita, Salamiah Hassan yang enggan membicarakan tentang perjalanan hijrah yang dimilikinya, sebaik sahaja mengumumkan tentang khabar baik berkenaan, kini mengakui bahawa salah satu faktor dia terbuka hati mengambil keputusan menutup aurat adalah diatas dorongan Allahyarham suaminya, Gery Hughes.
Terdahulu, penyanyi veteran berusia 72 tahun itu telah mendapat hidayah untuk mengenakan hijab dan menutup aurat sepenuhnya sejak Mac lalu.
Salamiah Berhijab Atas Kemahuan Sendiri, Arwah Suami Antara ‘Pendorong’ Utama
Tegas Salamiah, keputusan berkenaan dibuat atas kerelaan hatinya sendiri, tanpa sebarang paksaan oleh sesiapa pun.
“Saya berhijab bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah SWT dan arwah pun pernah suruh. Sebelum ini saya sering mewarnakan rambut kerana ingin menutup uban-uban halus yang tumbuh. Apabila melihat situasi itu, arwah bertanya kenapa tidak berhijab untuk menutup uban.
“Imbas kembali perbualan itu, arwah turut memuji anak saudara saya yang bertudung kerana dilihat cantik dan manis. Saya menegaskan kaum wanita bertudung bukan untuk menutup uban sebaliknya atas tuntutan agama.
“Namun arwah menjelaskan kenapa tidak bertudung untuk menutup aurat dan dalam masa yang sama sembunyikan uban,” katanya lapor sebuah akhbar tempatan.
Rasa Sedih Kehilangan Suami Masih ‘Berbekas’ Di Hati!
Mengulas berhubung perkembangan terbaharunya, Salamiah berkata, perasaan sedih kehilangan suami masih berbekas dihatinya. Meskipun terpaksa kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa suami tercinta dan menerima ketentuan yang maha esa.
“Saya sudah berjanji dengan diri untuk tidak menangis apabila berbicara mengenai arwah. Saya harus kuat dan bangkit meneruskan hidup.
“Jika bercerita mengenai arwah banyak kenangan yang kami kongsikan bersama. Sebagai saudara baru dalam Islam, arwah membaca Al-Quran dan penterjemahan dalam Bahasa Inggeris, malah dia juga turut merujuk kepada saya setiap kali membaca,” kata Salamiah mengimbau kenangan bersama Arwah Gery.
Impikan kulit putih dan sesegar yogurt, tak perlu beli masker yang dijual di pasaran tetapi, masker yang dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan alami lebih memuaskan hati serta dijamin lebih bersih tambahan pula dengan buah strawberi yang penuh khasiat semulajadi.
Kali ini, Hijabista akan menunjukkan bagaimana cara untuk membuat masker Yogurt Strawberi.
Manfaat Buah Strawberi
Strawberi kaya dengan vitamin C, vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kulit. Khasiatnya adalah dapat mengetatkan, menghaluskan dan meremajakan kulit.
Untuk kulit yang berjerawat, strawberi mengandungi asid salsilat yang dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati lalu memberi hasil kulit yang lebih cerah dan mulus.
Kenapa Yogurt?
Yogurt dikatakan memiliki banyak manfaat untuk kulit kerana ia mengandungi asid hidroksi yang dapat membantu pengelupasan, melembapkan, mencerahkan serta menjaga kulit agar tetap mulus.
Yogurt juga dapat mencegah keradangan kulit dan memudarkan noda pada wajah. ia juga bertindak sebagai pembasmi jerawat dan sangat efektif melawan radikal bebas.
Cara Membuat Masker Yogurt Strawberi
1.Siapkan bahan yang diperlukan: 3 biji strawberi dan 1 sudu makan yogurt asli
2.Cuci buah strawberi dengan bersih dan cabut daun-daunnya.
3.Kemudian, potong strawberi kepada dua bahagian dan letakkan di dalam mangkuk yang sesuai.
4.Hancurkan potongan strawberi menggunakan garpu, tapis dan buang hampasnya. Ambil air sahaja.
5.Campurkan satu sudu yogurt dan kacau hingga sebati
6.Masker Yogurt Strawberi siap untuk dipakai!
Cara-cara Memakai Masker
Cuci wajah menggunakan air untuk memastikan ia bebas daripada minyak dan kotoran
2. Sapukan masker pada seluruh wajah menggunakan tangan yang bersih atau berus
3. Biarkan masker tersebut pada wajah selama 10 – 15 minit.
4. Bila sudah kering, cuci wajah menggunakan air suam dan cuci lagi wajah menggunakan air sejuk untuk menutup pori-pori.
Mudah sahaja kan? Jom cuba lakukannya di rumah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu