Satu langkah inklusif yang positif dibawa oleh syarikat penerbangan British Airways apabila memperkenalkan Hijab sebagai salah satu pilihan unform untuk digayakan oleh pramugari beragama Islam yang mahu menutup aurat.
Langkah British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu untuk kakitangannya merupakan satu penambahbaikan pakaian yang pertama kali dilakukan di syarikat penerbangan global itu dalam tempoh dua dekad.
Kini kru kabin wanita akan dapat memilih untuk memakai tunik dan tudung, serta jumpsuit. Selain itu terdapat sut tiga lapisan yang disesuaikan untuk lelaki, serta pilihan pakaian seperti skirt dan seluar untuk kru kabin wanita yang tidak mahu memakai jumpsuit.
ARTIKEL BERKAITAN: Pushing The Boundaries. Ini Hijab Khas Untuk Dipakai Anggota Polis Wanita Muslim Di New Zealand.
Walau bagaimanapun British Airways memutuskan untuk tidak membenarkan juruterbang dan anak kapal lelaki memakai skirt, berbeza dengan dasar seragam neutral jantina syarikat penerbangan pesaing Virgin Atlantic.
Pakaian seragam itu direka oleh tukang jahit British Savile Row, Ozwald Boateng, yang meluangkan masa memerhati kakitangan BA dalam peranan mereka di syarikat penerbangan itu. Menjadikan rekaannya lebih Inklusiof, Ozwald sendiri mendengar pandangan yang dikongsikan oleh kakitangan syarikat terbabit.
Sean Doyle, pengerusi dan ketua eksekutif British Airways berkata. pakaian seragam itu merupakan perwakilan utama jenama itu dan “sesuatu yang akan membawa kita ke masa depan kita, mewakili yang terbaik dari Britain yang lebih moden”.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Skirt & Kasut Bertumit, Syarikat Penerbangan Ukraine Perkenal Uniform Yang Lebih Selesa & Sopan
“Dari awal lagi ini adalah mengenai orang kita. Kami mahu mencipta koleksi seragam yang bangga dipakai oleh warga kami dan dengan bantuan lebih 1,500 rakan sekerja, kami yakin kami telah menyampaikannya,” kongsinya.
Semasa percubaan seragam, kakitangan British Airways dapat memberi maklum balas tentang nilai praktikal pakaian sebelum setiap rekaan dimuktamadkan. Sebagai contoh, pekerja di lapangan meminta fabrik teknologi skrin sentuh dalam sarung tangan mereka supaya mereka boleh menggunakan peranti dalam iklim sejuk tanpa perlu menanggalkannya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: The National News