Brisk Walking 30 minit Setiap Hari, 5 Hari Dalam Seminggu, Rendahkan Risiko Serangan Sakit Jantung & Strok

Share

Akhir-akhir ini ramai yang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Maka sudah masanya untuk kita mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat. Marilah kita mula bersenam. Salah satu bentuk senaman yang boleh kita lakukan ialah senaman brisk walking.

Jangan pandang ‘sebelah mata’ aktiviti senaman berjalan laju (brisk walking) kerana ia juga boleh memberikan manfaat kesihatan yang optimum kepada tubuh. Tidak seperti senaman lain, berjalan laju lebih selamat kerana risiko kecederaan rendah selain dianggap aktiviti berkos rendah.

Photo by andrea-piacquadio from Pexels.

Brisk walking atau berjalan laju adalah contoh aktiviti aerobik intensiti sederhana. Aktiviti berjalan laju ini ialah salah satu daripada senaman kardio yang paling mudah dan berkesan.

Berikut perkongsian Dr Zubaidi tentang faedah brisk walking. Jom kita amalkan demi untuk kesihatan yang lebih baik.

BRISK WALKING AMALAN TERBAIK INDIVIDU BERUSIA 50 TAHUN KE ATAS

Ramai yang beranggapan bahawa berjalan kaki adalah suatu aktiviti yang biasa, tidak boleh dikategorikan sebagai senaman.

Photo by andrea-piacquadio from Pexels.

Tetapi banyak kajian menunjukkan berjalan kaki dapat memberikan banyak manfaat jika dilakukan dengan betul.

Berjalan laju (brisk walking) 2.5 jam setiap minggu dapat merendahkan risiko untuk mati lebih awal akibat serangan sakit jantung dan stroke. Risiko mendapat kanser tertentu juga menjadi rendah.

Brisk walking membantu kesihatan otak dan minda. Pemeriksaan MRI selepas melakukan aktiviti anaerobic akan meningkatkan pengaliran darah ke otak dan mengembangkan saluran darah di leher.

Photo by maksim-goncharenok from Pexels.

Amalkan berjalan kaki laju (brisk walking) 30 minit setiap hari untuk 5 hari dalam seminggu pada individu berusia 50 tahun ke atas.

Lakukan secara bersederhana dan jangan gopoh. Yang penting sabar dan istiqamah. Lakukan di awal pagi. Bagi yang ada penyakit kronik dapat pemeriksaan dari doktor sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Semoga bermanfaat. Jom kita jadikan amalan ke arah kesihatan yang lebih baik.

Rujukan:
Tully M.A.Cupples M.E.Chan W.S.Mcglade K.
Young I.S. Brisk walking, fitness, and cardiovascular risk: A randomized controlled trial in primary care.Preventive Medicine. 2005; 41: 622-628

Boone-Heinonen J.Evenson K.R.Taber D.R.
Gordon-Larsen P. Walking for prevention of cardiovascular disease in men and women: A systematic review of observational studies.

Obesity Reviews. 2009; 10: 204-217

Sumber kredit: Dr Zubaidi Top image: Photo by vicky-tran from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza