Perasaan seronok itu pasti hadir apabila kita mendapat tahu teman baik kita bakal berkahwin! Tambah-tambah lagi bila kita diberi tugas khas sebagai bridesmaid. Dapatlah bergaya sedondon bersama di atas pelamin nanti. Tapi, apa fungsi bridesmaid ini sebenarnya?
Ramai yang mengatakan bridesmaid ini sebenarnya tiada fungsi dan hanya tahu melawa sahaja. Hal ini diakui di twitter oleh seorang jurusolek @OwToTheZie, apabila melihat sendiri bridesmaid pengantin yang disoleknya langsung tidak membantu apa-apa.
Moga lepas ini sesiapa yang akan ditugaskan menjadi bridesmaid itu lebih mengambil tahu mengenai perkara ini. Kita tak bolehlah kalau nak melawa sahaja tapi kerja tak nak buat. At least, tolong sikit pun tidak mengapa. Take note ya girls!
kredit: twitter @OwToTheZie