Pelakon popular Indonesia ini cukup ligat dalam aktiviti hariannya walaupun kini sarat hamil anak ketiganya. Jika diintai di laman instagramnya, ada bermacam-macam aktiviti yang dilakukan dan Oki yang juga dipanggil ustazah ini melakukan dakwah dengan cara tersendiri. Melihat senyuman terukir dengan kata-kata nasihat yang cukup lembut dilontarkan di bibirnya menjadikan hadirin yang datang akan terpaku dan terpesona.
Oki yang merupakan juri Gema Gegar Vaganza musim lalu ini lahir pada 1989 dan popular dengan watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Ternyata watak itu meninggalkan kesan amat mendalam di jiwa penonton yang menyaksikan filem berkenaan.
Sejak mengambil keputusan untuk berhijab pada 2005, Oki dilihat lebih banyak menumpukan perhatian pada aktiviti kemasyarakatan dan menumpukan perhatian pada bisnes. Penampilannya yang dilihat cukup stailo biarpun dengan dress
dan hijab labuh, namun agak lain daripada kebiasaan yang kita selalu lihat.Sememangnya Oki yang juga dipanggil ustazah ini cukup bijak berfesyen. Jadi tidak hairanlah, Oki kemudiannya melebarkan sayap dalam perniagaan fesyen dengan membuat rekaan couture untuk fesyen pengantin Muslimah pada 2016 lalu. Menurutnya Okisetianadewibridal dilancarkan kerana dia suka melihat wanita berpakaian cantik umpama bidadari di hari perkahwinan mereka,.
Sangat menarik sekali Bridal Couture yang diketengahkan Oki yang mempunyai follower 6 juta di laman IGnya. Masih nampak bergaya biarpun rekaannya labuh, longgar dan memang memenuhi ciri-ciri pengantin Muslimah. Apa yang penting, Oki menerapkan eleman sopan, anggun dan memilih rona pastel dalam setiap rekaannya.
Jom kita lihat koleksi pengantin Muslimah dari Oki Setiana Dewi berkonsepkan ‘fairy tale princess’ yang boleh dijadikan idea buat mereka yang mahu bergelar Raja Sehari. Tidak perlu rekaan yang menampakkan susuk tubuh, sebaliknya Bridal Couture ini mampu memenuhi cita rasa penggemarnya.
Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Ini Tetap Stailo Walaupun Berjubah & Hijab Labuh
KREDIT FOTO: INSTAGRAM OKISETIANADEWIBRIDAL