
Dah ada inspirasi tema warna untuk Hari Raya ni? Brick Orange sis, itu katanya warna paling trending menurut Pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri.
Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum Ramadan meninggalkan kita. Selain meningkatkan ibadah 10 malam terakhir, waktu ni juga mesti ramai yang sibuk buat persiapan menyambut Aidilfitri, kan?
Pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri, memberikan pandangan kepada Hijabista tentang tema warna raya yang bakal mendominasi musim perayaan tahun ini.

Katanya, warna-warna berani atau bold seperti brick orange mendapat permintaan tertinggi, mengalahkan rona-rona pastel yang pernah trending beberapa tahun kebelakangan ini.
Selain brick orange, rona berani termasuklah merah, hijau, biru dan ungu. Warna-warna terang seperti ini tidak hanya mencerminkan keceriaan musim perayaan tapi juga menonjolkan personaliti pemakainya.
Nak tengok koleksi skarf Bawal Exclusive berharga ratusan hingga ribuan ringgit? Jom tengok video ni…
8 Tip Hijab Dengan Warna Terang
1. Pilih material tudung dari fabrik sifon atau sutera untuk memberikan kesan mewah.
2. Pilih warna terang yang sesuai dengan warna kulit sis. Warna-warna merah seperti maroon dan hijau zamrud dapat menonjolkan kecantikan si pemakai.
3. Padankan dengan baju raya berwarna neutral seperti putih, hitam atau kelabu.
4. Kenakan aksesori minimalis seperti kerongsang perak.
5. Buat lilitan atau stail tudung yang elegan. Gaya yang terlalu ‘berkepuk’ menyembunyikan keindahan hijab.
6. Sesuaikan solekan dengan hijab anda. Riasan pastel dan sweet menciptakan look yang harmoni.
7. Pakai inner hijab dalam warna neutral untuk menambah kesan sopan dan rapi.
8. Usah takut bermain dengan warna. Ciptakan kombinasi kontras antara hijab dan baju raya.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/harap-menjadi-trendsetter-lesti-kejora-keluarkan-koleksi-fesyen-muslimah-sempena-ramadan-syawal/
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Inspirasi Fesyen Serba Hitam, Penampilan RIA RICIS Semakin Menawan

Ria Ricis adalah pencipta kandungan yang telah memberi impak besar di Indonesia. Auranya terus menarik perhatian ramai sehingga kini. Dia bukan sahaja terkenal dengan karya menarik bahkan gaya fesyennya juga sentiasa mencerminkan keperibadiannya yang unik.

Salah satu tema fesyen yang sering diperagakannya ialah pakaian serba hitam. Pakaian hitam pilihan Ria Ricis bukan sahaja memberikan kesan elegan, malah sangat fleksibel untuk pelbagai acara.
Daripada aktiviti kasual sehinggalah ke perayaan istimewa, YouTuber ini membuktikan hitam boleh menjadi pilihan yang tepat. Berikut gaya ouitfit Ria Ricis yang kelihatan menawan dengan pakaian hitam.
Sedondon Dengan Anak Perempuan
Ria Rici baru-baru ini berkongsi detik manis bersama anak perempuannya, Moana, dalam salah satu muat naik.

Ibu dan anak ini kelihatan serasi memakai gaun hitam rekaan pereka @skybutikofficial. Pakaian ini menggabungkan elemen kesederhanaan dengan sentuhan perincian yang elegan.
Gaya Kasual Di Pantai
Ketika berkunjung ke sebuah pantai di Batam, Ricis mempamerkan penampilan yang ringkas namun tetap kelihatan bergaya. Dia memilih untuk memakai jubah hitam digabungkan dengan tudung coklat dan cermin mata, mencipta kesan menarik. Gabungan pakaian yang dipakai Ricis membuktikan “pakaian ringkas pun boleh tampil bergaya walau hanya di pantai.
‘Outfit’ Ikonik
Ria Ricis tampil dengan gaun hitam digabungkan dengan sayap putih.

Penampilannya yang berbeza di pantai mencerminkan watak Ria Ricis yang santai dan menghiburkan.
BACA JUGA: 5 Rahsia Kejayaan RIA RICIS Sebagai ‘Content Creator’ Terkenal & Berilmu
Makin Cantik Pada Usia 29 Tahun
Pada hari istimewa meraikan ulang tahunnya yang ke-29, Ricis memakai pakaian hitam dari @mazulabel dan selendang bertemakan Palestin daripada @mazuscarf ditambah dengan solekan yang menawan. Gabungan pakaian dan aksesori pilihannya bukan sahaja menyerlahkan gaya ibu muda ini.
Glamor Dengan Gaun Merah
Ricis juga kelihatan memukau saat mengenakan dress hitam mewah hasil karya @kursien.karzai

Penampilannya yang anggun dalam busana tersebut mencerminkan sisi glamor yang tetap elegan dan tidak berlebihan.
Sederhana Namun Menawan Ketika Umrah
Semasa umrah, Ricis memilih pakaian kelabu kehitaman yang ringkas namun tetap anggun. Biarpun dalam aktiviti kerohanian namun Ricis tetap menjaga penampilannya walaupun ringkas.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mendahului Agama Bukan Budaya, Himpunan 200 Orang Saudara Baru Islam Tarik Perhatian

Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan warga Antarabangsa, hadir pada majlis rumah terbuka yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru Enstek baru-baru ini, tarik perhatian ramai!
Antara tetamu yang diundang seperti hijabi yang terkenal di aplikasi TikTok, Aisha Tan, pemilik akaun @soyabelacan, yang terkenal dengan masakan cina muslim dan Muhammad Mikhael Sathayah pemilik akaun @mukagangster yang menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka! Terkesima Jumpa Ustaz Wadi Depan Mata, Tindakan ‘Spontan’ Mualaf Ini Runtun Hati Netizen
Raya Dalam Budaya uniknya tradisi dan etnik masing-masing

Islam adalah agama yang bersifat universal (‘alamiyyah). Tidak membeza-
bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang berkulit putih mahupun hitam. Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, dimana seorang mualaf perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.
Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi
Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila
mengadakan rumah terbuka bertemakan “Raya Dalam Budaya” yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.

Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, selaku Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan berkata,
Raya Dalam Budaya bererti perayaan Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari
kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa. Menariknya program ini ukhwah yang terbina bukan dipandang dari segi budaya tapi agama yang menyatukan mereka.
“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.

“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Adapun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai

Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.
“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya
bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.
“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah
dilapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.
“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus
dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.
“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan
pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.
Aisya antara hijabi yang mempunyai pengikut ramai, berkongsi resepi masakan bangsanya buat ramai yang tertarik dengan perkongsiaan hijabi ini. Soya Belacan terkenal apabila Aisya sendiri menyakinkan orang ramai masakan cina boleh dihasilkan dengan bahan-bahan yang halal.
ARTIKEL BERKAITAN: Resepi Masakan Cina ‘Simple’ Bersulam Dakwah, Wanita Mualaf Gemar Kongsi Ilmu Meski Ada Serba Kekurangan

Serentak berjalan pada majlis rumah terbuka penuh kemeriahan itu, adalah majlis pelancaran program bersiri Selera Rasa Mualaf yang bakal bersiaran di saluran TV Alhijrah bermula 14 Mei 2023, setiap ahad jam 8.00 pagi. Keunikan program ini kerana hidangan yang disajikan variasi sebagaimana majmuknya rakyat negara ini. Ia bertepatan dengan kecenderungan masyarakat kita yang gemar mencuba resipi baru.

“Kepelbagaian dan keunikan bumi Malaysia, mencetuskan ilham untuk kami mengetengahkan setiap masakan dari kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Yang menariknya ia bukan hanya sekadar masakan tetapi didalamnya ada perkongsian
mualaf bagaimana mereka menerima hidayah Allah dan iltizam mereka dengan Islam,”
katanya yang dibesarkan oleh seorang ibu berstatus mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata

Tidak hanya penglibatan dilapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih 2 tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka. Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif
mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan.

“Makanan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup manusia. Apabila kami mengkaji maka kami dapati bahawa orang zaman sekarang suka melancong dan suka perkara yang cepat dan segera. Sebab itu sambal ikan bilis yang dinamakan TERIaak diperkenalkan bagi menyokong pembangunan Kompleks Tahfiz Dakwah Anak-anak Mualaf yang memerlukan dana sebanyak RM25 juta.
“Bukan itu sahaja apabila siap nanti kos pengurusan dan jagaan kebajikan anak-anak mualaf juga perlu difikirkan dari sekarang bagi melahirkan daie mualaf pada masa akan datang supaya dapat berdakwah kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa mereka sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berpendidikan Tinggi & Cemerlang Dalam Sukan, MEGAWATI HANGESTRI Kian Menyinar Di Liga Bola Tampar Korea Selatan

Kejayaan luar biasa pasukan bola tampar Daejeon CheongKwanJang Red Sparks dalam Liga Korea Selatan sekali lagi membuktikan kehebatan atlet bola tampar, Megawati Hangestri Pertiwi. Atlet dari Jawa Timur ini semakin menyerlah di persada antarabangsa.

Menariknya, perjalanan kariernya yang penuh inspirasi bermula sebagai hobi ketika masih di bangku sekolah menengah.
Megawati yang dilahirkan pada 20 September 1999 mempunyai postur badan yang ideal sebagai pemain bola tampar, dengan ketinggian 185 cm dan berat 65 kg. Megawati memulakan karier profesionalnya pada usia 14 tahun dengan menyertai Surabaya Bank Jatim di Bahagian Perdana Livoli 2015 sebagai opposite spiker.

Sejak itu, kariernya kian menyinar dalam dunia bola tampar Indonesia. Megawati pernah bermain untuk kelab ternama seperti Jakarta Pertamina Fastron dan Jakarta BNI 46 Putri.
Kemuncak kerjayanya dicapai apabila dia menyertai Daejeon CheongKwanJang Red Sparks di Korea Selatan pada 2023. Ia merupakan bukti jelas kepada bakat dan keupayaannya yang diiktiraf di peringkat global.
Kerjaya Cemerlang Di Pentas Kebangsaan & Antarabangsa
Megawati memulakan kariernya dalam dunia bola tampar pada usia 14 tahun apabila menyertai Surabaya Bank Jatim di Livoli Premier Division 2015. Megawati berjaya menarik perhatian kelab-kelab besar di Indonesia.
Kemuncak kariernya apabila berpeluang bermain untuk Daejeon CheongKwanJang Red Sparks di Korea Selatan sekaligus diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kejayaannya dalam liga kali ini yang mampu mendominasi statistik kuota pemain Asia dan Eropah memberikan cabaran tersendiri buat pemain bola tampar tempatan.
Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan, malah memberi inspirasi kepada ramai atlet muda bola tampar di Indonesia untuk mengejar impian mereka.
BACA JUGA: Digelar ‘Megatron’ MEGAWATI HANGESTRI Atlet Bola Tampar Berhijab Pertama Beraksi Di Liga Korea
Dalam pasukan kebangsaan Indonesia, Megawati menyarung jersi nombor 3, manakala di kelabnya dia menyarung jersi nombor 4. Komitmennya terhadap sukan bola tampar amat terserlah melalui dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkan.

Dia berjaya membuktikan dengan usaha dan keazaman yang kuat mampu merealisasikan segala impian.
Pencapaian & Anugerah Berprestij
Kejayaan Megawati dalam dunia bola tampar tidak datang dengan serta-merta. Beliau telah mengumpul pelbagai anugerah berprestij antaranya: –
Best Opposite Spiker ASEAN Grand Prix 2022
Medali Perunggu SEA Games 2023
Best Opposite Spiker Asian Challenge Cup 2023
MVP Liga Voli Korea 2023-2024

Dalam saingan Liga Korea, Megawati berjaya menduduki tangga keenam dengan memperoleh mata terbanyak, serta menjadi pemain ASEAN dengan ranking tertinggi, mengatasi beberapa pemain dari Amerika, Eropah dan Afrika.
Berpendidikan Tinggi
Selain cemerlang dalam bidang sukan, Megawati juga berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Program Pengajian Pengurusan, Universiti Kahuripan Kediri pada 2020.

Ini membuktikan kejayaan dalam dunia sukan boleh seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang sekaligus menjadikan Megawati ‘role model’ kepada generasi muda khususnya para atlet yang lain agar sentiasa mengutamakan pendidikan.
Ia juga mencerminkan dedikasi, kerja keras dan kemahiran pengurusan masa yang cemerlang.

Megawati bukan sahaja dikenali sebagai atlet cemerlang, malah menjadi inspirasi generasi muda di Indonesia.
Memetik kata-kata Megawati “Kejayaan bukan sahaja diukur dengan pencapaian dalam bidang yang diceburi tetapi juga pendidikan.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di



