Dah ada inspirasi tema warna untuk Hari Raya ni? Brick Orange sis, itu katanya warna paling trending menurut Pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri.
Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum Ramadan meninggalkan kita. Selain meningkatkan ibadah 10 malam terakhir, waktu ni juga mesti ramai yang sibuk buat persiapan menyambut Aidilfitri, kan?
Pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri, memberikan pandangan kepada Hijabista tentang tema warna raya yang bakal mendominasi musim perayaan tahun ini.
Katanya, warna-warna berani atau bold seperti brick orange mendapat permintaan tertinggi, mengalahkan rona-rona pastel yang pernah trending beberapa tahun kebelakangan ini.
Selain brick orange, rona berani termasuklah merah, hijau, biru dan ungu. Warna-warna terang seperti ini tidak hanya mencerminkan keceriaan musim perayaan tapi juga menonjolkan personaliti pemakainya.
Nak tengok koleksi skarf Bawal Exclusive berharga ratusan hingga ribuan ringgit? Jom tengok video ni…
8 Tip Hijab Dengan Warna Terang
1. Pilih material tudung dari fabrik sifon atau sutera untuk memberikan kesan mewah.
2. Pilih warna terang yang sesuai dengan warna kulit sis. Warna-warna merah seperti maroon dan hijau zamrud dapat menonjolkan kecantikan si pemakai.
3. Padankan dengan baju raya berwarna neutral seperti putih, hitam atau kelabu.
4. Kenakan aksesori minimalis seperti kerongsang perak.
5. Buat lilitan atau stail tudung yang elegan. Gaya yang terlalu ‘berkepuk’ menyembunyikan keindahan hijab.
6. Sesuaikan solekan dengan hijab anda. Riasan pastel dan sweet menciptakan look yang harmoni.
7. Pakai inner hijab dalam warna neutral untuk menambah kesan sopan dan rapi.
8. Usah takut bermain dengan warna. Ciptakan kombinasi kontras antara hijab dan baju raya.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/harap-menjadi-trendsetter-lesti-kejora-keluarkan-koleksi-fesyen-muslimah-sempena-ramadan-syawal/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI