Mengalami masalah breakout di wajah pasti akan membuatkan kita tak senang duduk. Selain hilang keyakinan diri, masalah ini juga membuat kita rasa tidak selesa. Malah kulit wajah terasa gatal hingga menyebabkan kita senang untuk menyentuhnya. Perkongsian gadis ini di twitter dengan nama @eyaatul_ yang turut mengalami masalah ini disebabkan tersalah pakai skincare. Namun dia tidak putus asa dan berusaha mencari produk bersesuaian.
Nak mekap pun tiada keyakinan.
Breakout sebab salah pakai skincare.
Lepas seminggu jerawat kecil-kecil membiak di wajah hingga menyebabkan kegatalan.
Walaupun jerawat kecil tetapi perit menanggungnya.
Ads
Lihat muka di cermin pun sampai tak bersemangat bila jerawat tumbuh macam ini.
Bila teman ajak keluar pun memang tak layan sebab kalau mekap pun jerawat masih tetap kelihatan.
Gatalnya sampai garu kepala kat dinding.
Ads
Semua yang cadangkan pakai produk itu dan ini, memang tak ambil endah.
Sampailah adik cadangkan guna satu produk skincare.
Ads
Bila pakai tak sampai berapa bulan kulit semakin elok.
Memang confident nak keluar rumah bila kulit dah cantik macam ini.
Tip ekstra, gunakan skrub kunyit dicampur tomato buat muka rasa lega terutama bila balik dari kerja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan macam-macam petua kecantikan yang dikongsi oleh pengguna laman sosial. Ada yang boleh diikuti dan salah satunya adalah perkongsian wanita ini yang membuat cara membuat liptint ala-ala Korea. Dengan hanya bajet tak sampai RM10, liptint ini boleh dipakai bila-bila masa sahaja dan tak payah risau jika tertelan.
Perkongsian yang dimuat turun ini juga telah menerima butang share lebih 6 ribu melalui dan rata-rata memberi komen positif.
Ayuh kita lihat cara membuatnya yang cukup mudah.
HARI NI KAMI NAK SHARE LIPTINT ALA2 KOREA NI BUAT SENDIRI KAT RUMAH SIAP BOLEH TELAN LAGI TAW
1-Sediakan bekas kosong yg kecik ataupun bekas lipstik yg dh xguna n dah habis.pastikan bekas tu ada berus kecik yaa.dlm pic ni kami guna bekas highbeam yg dh xpkai.
2-Sediakan sirap rose ni yg pekat punya tau.yg ni benda wajib
3-Lepastu hampa tuang ja sirap rose tu dlm bekas.terpulang hampa la nak bg penuh ka skit ka kn
4-Last skali hampa ambik berus tu sapu atau dot satu titik kat bawah bibir tu kemam dan SIAP!
JANGAN RISAU LIPTINT NI KALAU MINUM AIQ PUN TAHAN LAMA
TIPS NI UNTUK PEREMPUAN SAHAJA NA.SELAMAT MENCUBA TQ
Kredit: Suha Nasuha VIA Tips Wanita Cantik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diam tak diam, kanak-kanak yang pernah diiktiraf antara bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea Binti Stumbrys kini sudahpun berusia dua tahun. Dalam posting yang dimuat turun dalam instagram milik ibunya, Siti Safuraa Hamzah, mengucapkan selamat ulang tahun kedua yang disambut secara sederhana bersama mereka sekeluarga. Namun yang lebih bermakna apabila Dhuhaa Sophea bakal ada teman kerana akan menjadi kakak tidak lama lagi. Ibunya kini sedang hamil anak kedua dan bakal melahirkan anak tahun depan.
Nampaknya Dhuhaa Sophea tidak lagi keseorangan bermain kerana dia bakal mempunyai kawan tidak lama lagi. Jika dlilihat selama ini dunainya hanya keluarga dan kenalan terdekat, tetapi mulai tahun depan kanak-kanak comel ini bakal ada teman baru.
Malah si cilik ini yang dilahirkan atas perkongsian cinta dua benua ini jaga bakal menjalani alam persekolahan tidak lama lagi. Walaupun baru berusia dua tahun Dhuhaa Sopeha dilihat cepat matang berbanding kanak-kanak lain seusia dengannya.
Malah dia bukan sahaja menjadi kesayangan kedua ibu bapanya, tetapi juga ibu bapa sebelah bapanya, Asadullah Stumbrys. Baru-baru ini dia yang pulang ke kampung halaman bapanya di Lithuania telah disambut dengan begitu meriah oleh keluarga Asad.
Ibu dan bapa Asad begitu menyayangi cucu pan-asian mereka ini dan sering dilihat menghabiskan masa bersama sepanjang percutian itu.
Sempena sambutan hari lahirnya juga, Dhuhaa Sophea turut menerima ucapan tahniah daripada follower yang juga turut setia mengikuti perkembangan dia di laman instagram ibunya. Masing-masing mendoakan agar dia sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Apa pun Hijabista ucapkan Selamat Hari jadi, moga jadi anak yang solehah pada kedua ibu bapa.. Tak sabar nak tengok baby pan-asian nombor dua dalam keluarga campuran ini.
eiyz22 Happy bday sanahelwa bby dhuha sophea,,, may Allah bless u,,,
__nrhdyu Happy birthday dhuha sophea ..May Allah bless you always .. Semoga menjadi ank solehah ye syg
wan.arisa Hb Dhuhaa Sophea, semoga sntiasa dlm lindungan n rahmat Allah,membesar jd ank yg solehah utk mummy n daddy…aamiin
Sebagai wanita kita tidak pernah lari dari mengalami masalah keputihan. Kadang-kadang keputihan ini buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika mahu solat. Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah keputihan ini dianggap najis dan bolehkah ia membatalkan wuduk hingga menjejaskan solat kita.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung permasalahan ini.
Hukum keputihan yang biasa dialami oleh wanita adalah seperti berikut :
1. Apabila cairan tersebut keluar dari mulut faraj yang zahir maka hukumnya suci. Ia tidak membatalkan wuduk.
2. Apabila cairan tersebut keluar dari dalam faraj tetapi dari kawasan yang dikira zahir, maka hukumnya suci menurut pendapat yang paling sahih. Ia juga tidak membatalkan wuduk.
3. Apabila cairan tersebut keluar dari bahagian batin faraj, maka hukumnya najis dan menyebabkan batalnya wuduk.
Antara punca terjadinya keputihan ialah sebab Menopause, ubat penyubur kehamilan, kesan yang berpunca dari rahim, seluar dalam yang ketat, setengah sabun pembersih vagina dan stress.
Dipetik dari Kitab :
Hasyiyah I’anatut Tholibin & Hasyiyah Al-Jamal Ala Syarah Al-Manhaj
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.