Bosan Dengan Cermin Mata Anda, Ini Jawapan Terbaik Anda Wajib Memilih Jenama COOL AUNTY!

Share

Rendah diri, peramah serta berintektual tinggi. Itu yang dapat penulis huraikan mengenai keperibadian anak muda ini yang sememangnya sudah dikenali ramai dalam dunia solekan tempatan. Nabilah Binti Mohamed Nordin atau panggilan popularnya, Warnabilla, 31, merupakan seorang jurusolek terkenal negara yang sentiasa memberi sentuhan magis dalam tatariasnya.

Nabilah Nordin ataupun gelaran popular, Warnabilla menjadikan jenama produk cermin matanya, COOL AUNTY sebagai sebuah cinta hati yang baru.

Malah, dia juga seorang pelajar lepasan ijazah dalam bidang seni bina. Kini, dia juga merupakan seorang pengasas bagi jenama produk cermin matanya, COOL AUNTY. Warnabilla punya cerita menarik sebagai ‘Mighty Hijabi’ yang mencurah inspirasi serta menghembus aspirasi buat semua mata yang membaca.

Bagi anda yang ingin mencari rekaan cermin mata yang serba moden, unik, meriah dan menarik, pastinya jenama COOL AUNTY ini memenuhi citarasa anda!

JENAMA COOL AUNTY

Jenama COOL AUNTY ini adalah sebuah idea Warnabilla bersama sahabatnya yang juga merupakan seorang jurusolek terkemuka, Bella Hudd. Menurut Warnabilla, idea hadir tatkala pandemik Covid-19 berleluasa di Malaysia. Oleh kerana ia membataskan pergerakan untuk berjumpa dengan pelanggan bagi menata rias wajah, maka sedikit-sebanyak ia menjejaskan aspek kewangan mereka berdua.

“Bila kami tidak boleh menjalankan perkhidmatan kami sebagai jurusolek, ia memberi kesan kepada pendapatan kami. Oleh itu, saya dan juga Bella hadir dengan idea untuk mengeluarkan produk cermin mata yang begitu unik, berbeza dan berani dari segi rekaannya.”

Jenama COOL AUNTY mula beroperasi semenjak Disember 2020. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap rekaan cermin mata serta mereka berdua juga memakai cermin mata, lantas langkah diatur dengan menjadikan ia sebagai produk asas jenama ini.

KONSEP PRODUK COOL AUNTY

Memfokuskan kepada mereka yang memakai cermin mata, tidak kira lelaki ataupun wanita yang sukakan gaya yang ceria, warna-warni, bersemangat dan kuat, jenama ini menyediakan pelbagai jenis rekaan yang begitu menarik dari segi warna dan konsep rekaan. Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.

“Biarpun jenama ini bermula saat Covid-19 melanda dunia, namun Alhamdulillah sambutannya begitu baik dan jualannya juga laris. Kami percaya bahawa cermin mata merupakan sebuah aksesori yang mampu mengubah keseluruhan gaya si pemakai. Tambahan pula, hari ini, kita semua harus memakai topeng muka. Jadi, untuk menjadikan gaya fesyen tidak bosan, rekaan cermin mata yang menarik menjadi sebuah kenyataan fesyen bagi setiap individu,” ujarnya.

Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.

Memasang niat dan impian untuk berkolaborasi bersama selebriti ataupun artis serta mengembangkan sayap jenama ini di pasaran luar, Warnabilla menegaskan bahawa segala pelan harus dibentuk dengan struktur yang terperinci memandangkan dunia harini berubah disebabkan pandemik. Maka, dia dan Bella sentiasa memastikan strategi yang dipasang kekal relevan dan logik dengan apa yang berlaku pada masa kini.

MIGHTY HIJABI…WARNABILLA

Sempat berbicara sebelum mengakhiri kalam warkah ini, Warnabilla berkongsi perspektinya tentang pendapat mengenai kaum wanita dan dunia perniagaan.

“Sesungguhnya dunia hari ini sudah berubah. Tiada istilah kaum wanita itu lemah dan sebagainya. Di dalam Islam sekalipun tidak ada menyatakan bahawa kaum wanita itu lemah. Maka, kaum wanita harini bebas bergerak melakukan apa-apa sahaja, sama seperti kaum lelaki. Memegang kuasa, berstatus, berprofil tinggi malah menjadi ketua, kaum wanita bisa melakukan semua itu. Malah, ada kajian juga mengatakan bahawa kaum wanita lebih sesuai menjadi ketua berbanding lelaki. Kami kaum wanita sudah terbiasa dengan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Kami seorang isteri, kami juga seorang ibu, kami juga penjaga, kami juga seorang usahawanita dan kami seorang pendidik kerana kami adalah seorang wanita.”

Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan keluaran eksklusif Majalah Hijabista Edisi Jawi di pasaran sekarang!

Sumber gambar: Instagram COOL AUNTY dan WARNABILLA.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra