Rendah diri, peramah serta berintektual tinggi. Itu yang dapat penulis huraikan mengenai keperibadian anak muda ini yang sememangnya sudah dikenali ramai dalam dunia solekan tempatan. Nabilah Binti Mohamed Nordin atau panggilan popularnya, Warnabilla, 31, merupakan seorang jurusolek terkenal negara yang sentiasa memberi sentuhan magis dalam tatariasnya.
Malah, dia juga seorang pelajar lepasan ijazah dalam bidang seni bina. Kini, dia juga merupakan seorang pengasas bagi jenama produk cermin matanya, COOL AUNTY. Warnabilla punya cerita menarik sebagai ‘Mighty Hijabi’ yang mencurah inspirasi serta menghembus aspirasi buat semua mata yang membaca.
Bagi anda yang ingin mencari rekaan cermin mata yang serba moden, unik, meriah dan menarik, pastinya jenama COOL AUNTY ini memenuhi citarasa anda!
JENAMA COOL AUNTY
Jenama COOL AUNTY ini adalah sebuah idea Warnabilla bersama sahabatnya yang juga merupakan seorang jurusolek terkemuka, Bella Hudd. Menurut Warnabilla, idea hadir tatkala pandemik Covid-19 berleluasa di Malaysia. Oleh kerana ia membataskan pergerakan untuk berjumpa dengan pelanggan bagi menata rias wajah, maka sedikit-sebanyak ia menjejaskan aspek kewangan mereka berdua.
“Bila kami tidak boleh menjalankan perkhidmatan kami sebagai jurusolek, ia memberi kesan kepada pendapatan kami. Oleh itu, saya dan juga Bella hadir dengan idea untuk mengeluarkan produk cermin mata yang begitu unik, berbeza dan berani dari segi rekaannya.”
Jenama COOL AUNTY mula beroperasi semenjak Disember 2020. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap rekaan cermin mata serta mereka berdua juga memakai cermin mata, lantas langkah diatur dengan menjadikan ia sebagai produk asas jenama ini.
Ads
KONSEP PRODUK COOL AUNTY
Memfokuskan kepada mereka yang memakai cermin mata, tidak kira lelaki ataupun wanita yang sukakan gaya yang ceria, warna-warni, bersemangat dan kuat, jenama ini menyediakan pelbagai jenis rekaan yang begitu menarik dari segi warna dan konsep rekaan. Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.
“Biarpun jenama ini bermula saat Covid-19 melanda dunia, namun Alhamdulillah sambutannya begitu baik dan jualannya juga laris. Kami percaya bahawa cermin mata merupakan sebuah aksesori yang mampu mengubah keseluruhan gaya si pemakai. Tambahan pula, hari ini, kita semua harus memakai topeng muka. Jadi, untuk menjadikan gaya fesyen tidak bosan, rekaan cermin mata yang menarik menjadi sebuah kenyataan fesyen bagi setiap individu,” ujarnya.
Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.
Memasang niat dan impian untuk berkolaborasi bersama selebriti ataupun artis serta mengembangkan sayap jenama ini di pasaran luar, Warnabilla menegaskan bahawa segala pelan harus dibentuk dengan struktur yang terperinci memandangkan dunia harini berubah disebabkan pandemik. Maka, dia dan Bella sentiasa memastikan strategi yang dipasang kekal relevan dan logik dengan apa yang berlaku pada masa kini.
Ads
MIGHTY HIJABI…WARNABILLA
Sempat berbicara sebelum mengakhiri kalam warkah ini, Warnabilla berkongsi perspektinya tentang pendapat mengenai kaum wanita dan dunia perniagaan.
Ads
“Sesungguhnya dunia hari ini sudah berubah. Tiada istilah kaum wanita itu lemah dan sebagainya. Di dalam Islam sekalipun tidak ada menyatakan bahawa kaum wanita itu lemah. Maka, kaum wanita harini bebas bergerak melakukan apa-apa sahaja, sama seperti kaum lelaki. Memegang kuasa, berstatus, berprofil tinggi malah menjadi ketua, kaum wanita bisa melakukan semua itu. Malah, ada kajian juga mengatakan bahawa kaum wanita lebih sesuai menjadi ketua berbanding lelaki. Kami kaum wanita sudah terbiasa dengan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Kami seorang isteri, kami juga seorang ibu, kami juga penjaga, kami juga seorang usahawanita dan kami seorang pendidik kerana kami adalah seorang wanita.”
Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan keluaran eksklusif Majalah Hijabista Edisi Jawi di pasaran sekarang!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Makanan mempunyai kesan lebih daripada sekadar rasa lapar yang enak dan memuaskan. Ia boleh mempengaruhi bagaimana sistem pencernaan anda berkerja dan apabila anda tidak bertoleransi dengan makanan atau sudah merasa tidak selesa dengan pencernaan, apa yang anda makan boleh membuat anda merasa lebih baik atau lebih teruk.
Perkara terakhir yang perlu dilakukan ketika perut anda sakit adalah makan atau minum sesuatu yang boleh menyebabkan sakit perut menjadi lebih teruk. Untuk selamat, jauhkan 15 makanan dan minuman ini yang merosakkan perut anda, yang semuanya boleh menyebabkan kerengsaan dan mencegah kelegaan.
1. Kembang kol
Kembang kol adalah sayuran yang mengandungi raffinose, karbohidrat yang tidak dapat dicerna. Walaupun baik untuk usus, raffinose dapat menyebabkan kesusahan pada mereka yang mengalami masalah perut. Kadang-kadang, memasak sayuran dengan teliti dapat membantu menjadikan perut lebih mudah daripada memakannya secara mentah, jadi berikan suntikan jika anda menyedari bahawa kembang kol cenderung merosakkan perut anda dan menyebabkan kembung.
2. Minuman Berkarbonat
Air seltzer dan minuman berkarbonat melepaskan karbon dioksida, yang boleh menyebabkan kembung atau gas dalam sistem pencernaan anda dan membuat sakit perut bertambah buruk.
3. Susu
Susu dan produk susu mengandungi karbohidrat laktosa, di mana beberapa indvidu kekurangan enzim untuk dipecah. Apabila ini berlaku, mereka yang mengalami intoleransi laktosa dapat mengalami sakit perut, gas, kembung dan cirit-birit. Tidak begitu menyenangkan! Sekiranya anda sensitif, anda mungkin masih boleh meminum susu dalam jumlah kecil atau memilih jenis bebas laktosa yang mengandungi enzim untuk memecah laktosa.
4. Sos Tomato
Sos tomato memang enak dan berkhasiat, tetapi walaupun versi rendah natrium cenderung sangat berasid yang dapat membuat perut menjadi lebih parah. Walaupun sedikit dalam pizza atau untuk mencelupnya katakan tidak, jika anda menghadapi sakit perut atau refluks yang sebenarnya.
5. Daging merah
Daging merah tidak hanya tinggi lemak jenuh tetapi juga kandungan proteinnya bermaksud menghabiskan lebih banyak masa di perut anda, yang boleh menyebabkan gangguan pencernaan. Cari protein rendah lemak dalam ukuran hidangan kecil. Sekiranya anda memilih makanan protein sama sekali sebelum merasa lebih baik.
6. Ayam goreng
Sama seperti daging merah, ayam goreng sangat tinggi lemak dan selalunya minyak yang digunakan untuk menggoreng bukan yang paling sihat, berpotensi memberi lebih banyak tekanan pada saluran pencernaan anda. Simpan makanan ini apabila perut anda merasa terangsang, di mana ia dapat mengatasi minyak dan teknik memasak dengan lebih baik. Terbaik pilih ayam panggang!
7. Keju
Sebilangan individu mungkin tidak bertoleransi dengan baik susu ketika menghadapi masalah perut, tetapi keju adalah sumber lemak tepu yang lebih pekat yang dapat mencerna dan menyerap lebih perlahan daripada lemak mono dan tak jenuh.
8. Soda
Minuman berkarbonat lain, soda sangat menyusahkan perut anda. Soda tidak hanya tinggi gula tetapi juga biasanya mengandung asid fosfat. Kedua-duanya dapat merengsakan saluran pencernaan, jadi pilihlah minuman lain.
9. Lada
Anda mungkin menyukai pedas, tetapi nanti anda akan mengalami sakit perut. Makanan pedas cenderung merengsakan perut jika tidak enak badan, jadi tinggalkan sos panas sehingga saluran pencernaan anda mereda. Lada panas khususnya menambah rasa, warna, dan vitamin C ke banyak hidangan, tetapi kerana pedas boleh merengsakan perut yang sudah sakit.
10. Kacang
Kacang sangat tinggi serat, yang biasanya bermanfaat, tetapi, jika saluran pencernaan anda terganggu, anda ingin makan makanan yang mudah dicerna, dan bukannya makanan yang akan menghabiskan banyak masa untuk bergerak.
SUMBER GAMBAR: Pexe.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk bergelar wanita stylish. Namun, ia tidak mustahil walaupun kita berhijab. Stylish hijabi kini sudah menjadi global trend dan ia dikenali dan approved di media sosial dan dunia fesyen.
Terdapat lima perkara seorang wanita stylish lakukan setiap hari.
1. Lakukan inventori pada closet anda
Kita mungkin tiada masa untuk melakukannya setiap hari. Ambil sedikit masa pada hujung minggu untuk lihat busana yang anda miliki. Mix & match adalah kunci yang baik untuk menjadi stylish.
2. Berpakaian yang sesuai untuk tubuh anda
Kenal pasti bentuk tubuh badan anda. Bukanlah untuk memakai busana yang menjolok mata, tetapi untuk mencari yang sesuai untuk compliment strature badan anda.
Mereka yang berbadan plus size sama sekali tidak sesuai bergaya seperti mereka yang slim. Begitu juga sebaliknya. It’s not stylish!
3. Bergaya kena dengan majlis
Jangan berbusana kasual apabila menghadiri majlis formal. Begitu juga sebaliknya. Pastikan dress code majlis yang anda perlu hadiri dan analisa busana yang anda miliki.
Ini akan menyelamatkan anda dari embarassment.
4. Jangan jadi hamba trend
Trend bukanlah sesuatu yang negatif tetapi jika anda jadi hamba trend, ia tidak akan berkesudahan. Cari style anda yang tersendiri dan sesuaikan dengan trend terkini tanpa mengorbankan style anda.
5. Pelan busana anda in advance
Plans make the world go around. Pilih busana yang anda perlu pakai esok, hari ini. Ini membenarkan anda berfikir, menukar dan menggayakannya dengan baik.
Walaupun spur of the moment itu kadangkala magic, tetapi ia tidaklah berlaku selalu.
Jika mahu menjadi hijabi stylish, pastikan juga akhlak kita juga stylo ok? Selamat bergaya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau ‘memberi’ kepada orang lain. Tidak kisah banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keikhlasan.
Dalam kehidupan ini, tak semua insan dilahirkan dari keluarga yang senang. Tapi, manusia diciptakan untuk saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain. Bantuan tersebut terkadang bukanlah dari segi kewangan sahaja, malah bantuan berbentuk barangan atau makanan.
Sikap suka membantu orang lain secara tidak langsung menghidupkan ‘kemanusiaan’ serta mampu menyelamatkan orang yang kurang bernasib baik di sekeliling kita. Hakikatnya, tidak semua orang mampu untuk merasai nikmat makanan sebagai mana kita menjamu selera pada hari ini. Oleh itu, apa salahnya kalau kita berkongsi rezeki dengan orang lain…
Kisah pakcik ‘Bahulu’
Seperti satu video yang tular di TikTok baru-baru ini. Video tersebut memperlihatkan seorang lelaki tua yang berdiri di hadapan restoran makanan segera KFC dan menimbulkan rasa sebak netizen.
Seorang pengguna TikTok @alfi_khaibahar94 atau lebih mesra disapa Alfi, telah memuat naik video tersebut dan meraih pujian ramai apabila bertindak untuk membantu lelaki tua tersebut.
Awal kisah, dia terlihat seorang pak cik tua berdiri lama di pintu masuk restoran KFC tersebut dan gerak gerinya seakan teringinmakan KFCtetapimungkinmengalamikekangankewangan.
“Kesian pak cik dari luar saya nampak dia nak makan KFC, Alfi tengok rasa sebak. Baru perasan, siapa yang asal sini pasti kenal sama pak cik ini.
“Dia orang lama yang cukup dikenali kerana dia membantu kakaknya menjual kuih bahulu dari satu tempat ke satu tempat dengan berjalan kaki. Orang biasa panggil dia dengan panggilan pakcik ‘bahulu’.
“Mungkin masa ni dia penat dan berehat depan KFC. Selalu juga dia singgah di kedai untuk berbual dengan saya dan yang pasti, saya tetap jadi pelanggan setia bahulu dia,” tulisnya menerusi video tersebut.
Hasil tinjaun di ruangan komen, ramai penduduk setempat yang mengenali pakcik ‘bahulu’ tersebut serta memuji usahanya dalam mencari rezeki.
Berkongsi rezeki
Sambung Alfi, dia menganggap itu adalah peluangnya untuk berkongsi rezeki dengan lelaki tua tersebut.
“Alhamdulillah. Mungkin rezeki dia hari ini untuk kami berkongsi rezeki. Jadi, belikan dia KFC untuk makanan tengah harinya. Tak banyak, tapi mampu buat dia tersenyum bahagia,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen Tiktok tersebut, rata-rata netizen menghargai sifat murah hati Alfi serta tidak lupa mengucapkan terima kasih dan turut mendoakan agar dimurahkan rezeki di masa hadapan. Video tersebut kini telah mendapat lebih 2K kesukaan.
“Tq org baikk .. semoga awak semakin dimurah kan rezeki seperti air sungai yang mengalir 🤲🏻”
“Terima Kasih kepada hamba Allah yg sgt baik hati seperti kmu 🙏 semoga di murahkan rezeki melimpah ruah.”
“Semoga Rezeki awak mengalir seperti air sungai yg tak pernah kering..dan di limpah kan kesihatan yg baik setiap masa”
MasyaAllah. ‘Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain’…Sesungguhnya sangat beruntung bagi mereka yang berusaha menjadikan rezeki yang diperoleh sebagai jalan membuat kebaikan seterusnya mendapat keredaan Allah SWT.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...