Ulam-ulaman selain boleh dijadikan ulam-ulaman pembuka selera, ia juga boleh dijadikan jus dan produk luaran untuk mencantikkan wajah. Antara ulam paling popular adalah pegaga yang diakui memiliki banyak kebaikan.

Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica dikatakan mampu merawat kerosakan kulit dan meningkatkan peredaran darah, sekali gus membuatkan wajah lebih berseri dan segar.  Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Bonda Rozita Kongsi Khasiat Pegaga, Tumbuk Lumat Pegaga Campur Minyak Zaitun, Boleh Rawat Jerawat & Jeragat
Photo by karteldakwah.com

Berikut perkongsian Rozita Ibrahim

Bonda Rozita Kongsi Khasiat Pegaga, Tumbuk Lumat Pegaga Campur Minyak Zaitun, Boleh Rawat Jerawat & Jeragat

Ads

Pegaga merupakan satu ulaman yang terkenal bagi orang Melayu, Indonesia dan Thailand. Ia mengandungi klorofil yang sanagat tinggi kerana ia bagus untuk detoks dalam badan manusia. Bagi ibu yang menyusukan bayi, ia mampu memperbanyakkan air susu serta menguatkan tulang.

Dari segi perubatan ayurveda ia merupakan herba yang hebat!. Kaum India suka jadikan ia sebagai minuman air tonik yang sangat bagus khasiat dan kebaikannya untuk kesihatan dalaman.

Kandungan dalam pegaga ini dapat melindungi sistem imun badan manusia daripada toksik. Selain itu ia juga bagus dalam merawat masalah darah tinggi, jangkitan pada pundi kencing, sebab ia bersifat antibiotik mampu memberikan kesihatan pada seluruh tubuh badan.

Ads
Bonda Rozita Kongsi Khasiat Pegaga, Tumbuk Lumat Pegaga Campur Minyak Zaitun, Boleh Rawat Jerawat & Jeragat
Photo from pamper.my

Jika hendak rawat kulit berjeragat dan bermasalah, boleh amalkan dengan mengambil beberapa helai daun pegaga yang telah dicuci bersih. Kisar atau tumbuk lumat daun tersebut. Campurkan dengan 1 sudu minyak zaitun.

Sapukan pada kulit muka setiap malam Insya Allah jerawat atau jeragat akan beransur hilang. Sebab itulah saya letakkan pegaga ini dalam bio miracle action. Selain itu ia juga dapat menaikkan seri pada wajah.

Ads
Bonda Rozita Kongsi Khasiat Pegaga, Tumbuk Lumat Pegaga Campur Minyak Zaitun, Boleh Rawat Jerawat & Jeragat
Photo by Rf Studio From Pexels

Bagi yang sering mengamalkan memakan sayuran ini ia dapat membersihkan darah, mengurangkan masalah ekzema dan masalah kulit. Ia juga dapat mempercepatkn penyembuhan luka pada kulit, merangsang peredaran darah dan seterusnya menjadikan kulit sentiasa bersih, gebu dan cantik.

HIJABISTA: Memang bagus pun pegaga selain sedap dibuat ulam ketika menjamu selera ia juga sesuai untuk dijadikan rejim perawatan kulit wajah. 

Sumber kredit: Rozita Ibrahim Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI