Bonda Datuk Seri Najib Razak Meninggal Dunia

Share

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan di laman twitter dan instagram sebentar tadi yang ibunya, Tun Rahah Mohd Noah telah meninggal dunia. Bekas isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua itu meninggal dunia Ketika mendapatkan rawatan di Hospital Prince Court di ibu negara.

Salam takziah kami di meja editorial Hijabista ucapkan kepada keluarga bekas Perdana Menteri di atas kehilangan bonda tercinta.

Sedikit info mengenai Allahyarham,meninggal pada usia 87 tahun,Tun Rahah merupakan anak kepada Tan Sri Haji Mohd Noah Omar yang merupakan bekas speaker dewan rakyat. Adik beliau, Allahyarham Tun Suhailah pula merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn. Ini menjadikan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hisammuddin Hussein sebagai sepupu.

Ketika hidup, hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Tun Abdul Razak, selain Datuk Seri Najib Rzak beliau dikurniakan empat lagi cahaya mata lelaki iaitu Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohd Nizam, Datuk Mohd Nazim dan Datuk Seri Nazir Razak.

Published by
Fiezreen