Kita pastinya sering menjumpai gel silika di dalam bungkusan barang yang baru dibeli lalu terus membuangnya kerana merasakan ia tidak berguna.
Eh, rugi tau! Kalau nak tahu, sebenarnya gel silika ini banyak fungsinya dalam memudahkan kehidupan kita. Bahan yang terdapat dalam gel silika ini berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan. Tak perlu dibuka, letakkan saja bungkusannya di tempat yang perlu.
2. Mengelakkan koleksi gambar-gambar lama melekat antara satu sama lain dengan meletakkan gel silika di dalam kotak tersebut.
3. Selamatkan ‘nyawa’ telefon pintar anda yang terjatuh atau teredam di dalam air dengan meletakkannya di dalam bekas yang dipenuhi gel silika. Fuh, nasib baik!
4. Bedak asas menjadi keras atau keadaannya tak sama seperti dulu? Cuba letakkan gel silika di dalam beg solek anda. Pasti keadaannya menjadi lebih baik!
5. Menghilangkan bau hapak jika diletakkan di dalam beg gim dan juga di rak kasut anda.
Nak beli online pun boleh, klik SINI je!
kredit: sinar.my