Alamak! Hari jumaat dah lepas nak potong kuku. Habislah, kena simpan panjanglah selepas ini sebab nak dapatkan pahala lebih pada hari-hari tertentu untuk memotong kuku. Takut nanti sia-sia sahaja tak dapat kelebihannya.
Tapi hakikatnya, betul ke ada hadis yang menyatakan kelebihan memotong kuku pada hari tertentu mendapat ganjarannya? Apakah ia sahih jika terdapat satu hadis yang menyatakan tentang kelebihan itu?
Sudah menjadi kelaziman buat kita untuk memotong kuku setiap kali hari jumaat menjelma pada setiap minggu. Ada juga yang sanggup menyimpan kuku semata-mata untuk mendapat kelebihan mengikut sunnah.
Tetapi adakah anda tahu bahawa memotong kuku itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja? Ada juga kenyataan yang menyatakan tiada hadis sah berkenaan memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihannya yang khusus.
Menurut portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan memotong kuku itu merupakan salah satu daripada perkara fitrah yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
Maksudnya: “Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
Ads
Riwayat al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, ia menjelaskan bahawa bilangan sebanyak lima perkara yang disebut itu tidak terbatas sebanyak itu sahaja. Mengapa? Kerana ia datang melalui hadis lain mengikut bilangan yang lain juga. (Lihat Fath al-Bari, 10/337).
Jadi tiada yang dinyatakan melalui kelebihan hari tertentu khusus dilakukan untuk memotong kuku. Dijelaskan juga melalui Imam al-Sakhawi mengenai isu ini:
“Tidak ada satu pun hadis yang sahih daripada Nabi SAW yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tertentu untuk memotong kuku.”
(Lihat al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)
Ads
Namun, terdapat juga beberapa riwayat daripada para sahabat dan tabi’in yang menyatakan mereka memiliki kebiasaan memoting kuku pada hari jumaat. Antaranya:
Ibnu Umar R.A biasanya memotong kuku dan merapi misainya pada hari Jumaat (Lihat al-Sunan Al-Kubraoleh al-Baihaqi, 3/244)
Melalui Ibrahim pula, beliau menceritakan: “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)
Salah seorang tabi’in, Muhammad bin Ibrahim al-Taimi berkata: “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)
Menurut riwayat-riwayat di atas, para ulama fiqh dari kalangan Syafi’iyyah dan Hanabilah, galakan dan anjuran memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Imam Nawai juga berkata: “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas (secara nas) menyebut anjuran memotong kuku pada hari Jumaat.” (Lihat al-Majmu’, 1/340).
Jelas disini Islam menganjurkan untuk memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat kerana hari itu merupakan hari bagi kaum muslimin berkumpul di masjid bagi melakukan ibadah solat Jumaat. Namun, boleh sahaja dilakukan pada hari lain sekiranya tidak sempat pada hari Jumaat.
Tetapi janganlah membiarkan keadaan diri tidak terurus melebihi 40 hari. Hal ini pernah dijelaskan oleh hadis daripada Anas bin Malik R.A, kata beliau:
Maksudnya: “Rasulullah SAW memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”
Riwayat Muslim (520), al-Tirmizi (2759) dan al-Nasa’ie (15)
Dihuraikan lagi oleh Imam al-Nawawi bahawa hadis ini beri penjelasan berkenaan para sahabat yang tidak melewatkan apa-apa perkara apabila sampai masanya. Dan jika lewat sekalipun, tidak melebihi 40 hari. Tidak juga alasan bagi seseorang melewatkan sehingga 40 hari secara mutlak. (Lihat al-Majmu’, 1/287)
Sumber: Portal Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Minggu lepas, pelakon dan juga model, Dynaz Mokhtar telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pilihan hatinya, Shazrik Din di kediaman Dynas di Shah Alam. Dynas yang sebelum ini telah empat tahun hidup sebagai ibu tunggal dan mempunyai sepasang anak hasil perkahwinan terdahulu. Sungguh ayu melihat penampilan Dynas yang cantik dan seperti wanita Melayu terakhir menggayakan kebaya warna biru lembut. Ditambah solekan bersesuaian menyerlahkan sisi jelita wajah pelakon serba boleh ini.
Biarpun ramai yang memilih untuk menggayakan kurung moden atau dress, tetapi Dynas selesa menggayakan busana tradisional rekaan kebaya dari fabrik songket untuk majlis pertunangannya ini. Baju yang indah ini adalah dari rekaan pereka Syaiful Baharim yang dibuat cukup teliti dan begitu kemas sekali. Kebaya labuh ini turut diperindahkan dengan tampalan manik keemasan.
Penampilan Dynas lebih terserlah dengan gaya solekan serta selitan bunga di tepi rambut yang disanggul rapid an menampakkan sisi sebenar wanita Melayu klasik. Apatah lagi dengan kehadiran tepak sireh sebagai simbol dan budaya dalam kaum Melayu untuk sesebuah majlis pertunangan atau pernikahan. Gayanya yang simple ini turut mengundang ucapan tahniah dari followernya dan memuji kecantikan Dynas di majlia pertunangannya itu.
Pasangan ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan. Keduanya telah berkenalan selama tiga tahun sebelum mengikat tali pertunangan dan kemudiannya perkahwinan. Baik Dynas dan tunangnya gembira hubungan ini direstui keluarga terutama kedua anak Dynas yang terbuka menerima kehadiran Shazrik.
Untuk majlis perkahwinan nanti, pasangan ini akan mengadakan secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja. Hanya akan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat keduanya nanti. Admin doakan semoga perkahwinan kedua ini nanti akan kekal dan berbahagia hingga ke jannah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga bulan Ramadan, status bazar makanan menjadi tanda tanya bagi semua pihak, tidak mengira kepercayaan yang menantikan acara tahunan ini tetapi, kerajaan telah memutuskan bahawa bazar Ramadan pada tahun ini dibatalkan.
Namun sebagai rakyat Malaysia, yang sangat mencintai juadah-juadah yang sinonim dengan bulan Ramadan, ini bukanlah satu halangan untuk kita merasai lemang dan rendang. Ini merupakan sesuatu yang FashionValet akan cuba capai untuk mengekalkan semangat dan kegembiraan bulan Ramadan.
FashionValet, atau lebih dikenali sebagai FV, sebuah platform e-dagang dengan fokus terhadap modest fashion, bukan sahaja akan menengahkan koleksi busana raya yang cantik pada tahun ini, malahan akan memperkenalkan bazar atas talian iaitu FVBazaar. Ia merupakan satu inisiatif untuk membantu peniaga tempatan berhubung dengan lebih ramai pelanggan, dengan harapan, para peniaga akan terus berpeluang untuk menawarkan juadah mereka sama seperti di bazar Ramadan secara fizikal.
2. Senaraikan menu serta butiran untuk pelanggan memesan terus dari mereka.
Cth: sate, ayam percik, kuih-muih Melayu atau air tebu
NOTA: FVBazaar secara percuma dan tanpa komisen
3. Pelanggan akan dibawa ke mircosite dari laman web FashionValet, di situ, semua peniaga di seluruh negara akan disenaraikan dan boleh ditapis mengikut lokasi pelanggan sama ada Kuala Lumpur, Sabah atau Sarawak.
Penghubung antara peniaga dan pelanggan
FashionValet hanya bertindak sebagai penghubung untuk memberi pendedahan kepada penjual dan tidak akan terlibat dalam transaksi serta penghantaran kerana pelanggan akan menghubungi penjual secara langsung.
FashionValet berharap ia akan dapat membantu meluaskan lagi penontonnya dan ini adalah satu inisiatif untuk membantu peniaga makanan dan minuman tempatan sebagai alternatif lain yang boleh menjana pendapatan mereka. Walaupun tidak dikenali dengan industri makanan, platform e-dagang ini berharap, peniaga dapat mengambil peluang lalu lintas tinggi harian mereka sebagai satu kelebihan untuk menjual.
“Saya terima banyak pesanan dari peniaga makanan dan minuman yang tidak dapat menjana pendapatan yang cukup dan mahukan bantuan saya di media sosial”, kata Vivy Yusof, Ketua Kreatif Kumpulan dan Pengasas bersama FashionValet yang mempunyai pengikut sebanyak 1.8 juta di Instagram. “Saya mungkin tak dapat untuk mengulas beratus-ratus peniaga satu hari, jadi idea ini timbul supaya mereka dapat dibantu sekali gus,” katanya.
Bergabung mengumpul dana membeli dan menjahit PPE
Pada peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), FashionValet telah melancarkan tabung Covid-19 dengan kerjasama IMARET dan MODA untuk membantu komuniti pereka dan kreatif membeli dan menjahit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk kegunaan barisan hadapan kita, dan sekarang dengan adanya FVBazaar untuk membantu peniaga tempatan. Dana Covid-19 mereka sudah mengumpulkan sebanyak RM1.5 juta, manakala dana untuk pakaian PPE pula berjumlah lebih dari RM300,000. Pautan untuk menderma boleh didapati di laman web FashionValet dan orang ramai dialu-alukan untuk terus menyumbang.
FVBazaar akan dilancarkan secara atas talian pada 17 April 2020 dan akan terus beroperasi sepanjang bulan Ramadhan kerana permintaan servis penghantaran ke rumah telah meningkat. FashionValet menggunakan sumbernya untuk memasarkan kempen ini kesemua saluran mereka untuk memastikan ia berjalan dengan jayanya serta membantu peniagaan tempatan menjadi lebih mesra dalam bidang e-dagang.
Hebahkan berita ini dan pastikan rakan dan ahli keluarga anda tahu mengenai FVBazaar! Layari www.fashionvalet.com untuk maklumat lanjut mengenai cara pendaftaran. Pendaftaran dibuka mulai hari ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak gembira apabila melihat orang yang kita sayang berubah kearah yang lebih baik. Sudah tentu sahaja rasa bersyukur itu tidak dapat di luahkan dan hanya Allah swt sahaja yang tahu perasaan itu.
Baru-baru ini, penyanyi Usop yang cuba untuk menasihati isterinya, Nur Fatihah Md Hashim, untuk menutup aurat kini membuahkan hasil apabila Nur Fatihah tergerak hati untuk mengubah imejnya dengan bertudung.
Perubahan yang ‘lambat’ tapi membuahkan hasil
Penyanyi Usop ataupun nama sebenarnya, Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, memanjat rasa kesyukuran ke hadrat ilahi kerana perubahan isteri yang tercinta, Nur Fatihah, yang dulu sering menggayakan gaya turban.
Melalui temubual Usop bersama mStar, dia menasihati isterinya itu supaya untuk menutup aurat dengan elok jika mahu rezeki di berkati oleh Allah swt. Malah, dia juga menceritakan perubahan yang kian nampak melalui gaya Nur Fatihah menggayakan stail hijab sejak empat bulan yang lalu.
“Sekitar empat bulan lalu saya pernah cakap kepada isteri, jika mahu di murahkan rezeki kenalah jaga penampilah termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.
“Saya terharu apabila isteri berusaha ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk di pakai. Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya dalam temubual mStar.
Usop juga menunjukkan lagi kegembiraannya melalui perkongsian video imej terbaharu Nur Fatihah di Instagram. Walaupun dia gembira, Usop juga mengatakan terdapat sedikit perasaan yang membimbangkan hatinya sekiranya Nur Fatihah di uji dan mungkin boleh goyah kerana ingin membuka aurat suatu hari nanti.
Tidak mahu beri komen terhadap orang lain, risau terpalit semula
Penyanyi itu juga meluahkan kebimbangannya sebagai seorang suami dan mendoakan supaya hati Nur Fatihah kuat dalam menghadapi cabaran. Tambahan lagi, banyak juga isu yang mengaitkan tentang hati yang berbolak-balik bagi mengekalkan hati istiqamah untuk mencari keredaan Allah SWT.
“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya di uji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.
“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil masa sedikit di sebabkan terlalu banyak,” ujarnya lagi.
Dalam kirsauannya, Usop sempat berkongsi perasannya untuk bergelar seorang bapa. Detik kelahiran buat anak pertamanya tidak lama lagi kerana Nur Fatihah sudah pun 7 bulan mengandung.
“Alhamdulillah, usia kandungan isteri sekarang sudah memasuki tujuh bulan dan kami berdua memang teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung dan mengharapkan agar semua urusan berjalan lancar.
“Sekarang kami juga agak sibuk dengan perniagaan kosmetik yang baru sahaja di usahakan, jadi perlu bahagikan masa sebaik mungkin supaya isteri tidak terlalu penat bekerja,” jelasnya.
Usop dan Nur Fatihah yang telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu. Meski pun tidak lama lagi bergelar menjadi ibu dan bapa, mereka masih lagi sibuk menguruskan perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama isteri tersayang.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...