“Eeee…banyaknya taugeh dalam makanan aku ini!”, itulah dialog yang sering kita lihat jika ada kenalan yang tidak suka akan taugeh. Sanggup mereka asingkan sebelum makan, begitu gigih buat mereka untuk nikmati makanan mereka.
Ya, setiap orang mempunyai citarasa dan juga makanan yang mereka kurang gemar. Tapi anda nak tahu tak kalau tak makan taugeh ini sebenarnya dah rugi satu kebaikan–boleh cepat kurus!
Tak Kenal Maka Tak Cinta, Cuba Makan Taugeh!
Taugeh sebenarnya sejenis kecambah atau lebih difahami anak benih yang baru bercambah. Ia satu sayuran yang sangata popular dimakan mentah atau sesudah masak. Sayuran ini juga bersih daripada segala racun kulat atau serangga dan juga mengandungi vitamin A dan C serta sumber kalsium yang tinggi!
Ads
Ha, hebat bukan kandungan yang ada pada sayur taugeh ini. Tapi mungkin hari ini sis nak ‘racun’ lagi anda yang tak suka makan taugeh untuk ketahui apa kelebihan yang sangat bagus jika anda mulai makan sayuran ini!
Protein!
Taugeh boleh menggantikan bahan sumber protein yang baik buat tubuh anda terutama sekali mereka yang ingin mengurangkan pengambilan daging atau ikan–vegeterian. Lebih kurang 35 peratus protein yang boleh dimanfaat kepada tubuh. Selain dari itu, taugeh memberikan protein tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein yang lain.
Memberi enzim
Nampak halus sahaja dan tidak memberangsangkan? Ianya tidak seperti yang anda sangka! Taugeh yang halus itu mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran lain yang tidak di masak. Enzim ini merupakan satu protein yang istimewa di mana ia boleh meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.
Ads
Mencegah penyakit anemia
Kandungan asid folik yang ada pada sayuran ini boleh membantu untuk mengeluarkan asid amino dan sel darah merah. Bila berlaku pengeluaran darah merah yang stabil, ia boleh mencegah dari terjadinya masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Bantu kesuburan manusia
Kalau anda seseorang yang sering mendengar petua dari ‘orang lama-lama’ sudah tentu anda pernah dengar mereka menyarankan untuk makan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kandungan vitamin E dan protein yang tinggi boleh memberikan kesihatan dalam kesuburan manusia.
Mesti ramai yang suka bila mendengar taugeh ini boleh kurangkan berat badan bukan? Ya, sayur taugeh ini kaya dengan zat dan rendah kalori yang akan membantu kita menurunkan berat badan di sambil memberi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Malah, ia juga kaya dengan serat yang boleh membuatkan kita cepat kenyang. Semua kebaikan ini sangat sesuai buat mereka yang ingin menurunkan berat badan!
Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan nan mulia. Lebih mencabar puasa tahun ini kerana kita berdepan dengan cuaca panas. Keadaan ini pasti akan menyebabkan kita akan cepat rasa letih dan tidak bertenaga. Jangan disebabkan itu jadi alasan untuk tidak berpuasa.
Anda masih boleh kekal cergas dan bertenaga sepanjang Ramadan ini dengan hanya mengamalkan minum susu kurma buat sendiri ini.
Dipercayai susu kurma diminum ini akan menambah tenaga untuk anda kelihatan lebih cergas di bulan puasa dan boleh bertahan sehingga waktu berbuka. Resipi susu kurma ini bukan sahaja mudah dibuat, ia juga sangat sedap dan menyihatkan.
RESEPI SUSU KURMA (TAMBAH TENAGA BULAN PUASA)
3 Bahan saja :-
1. Kurma 5 biji. 2. Air masak setengah cawan. 3. Susu segar satu cawan.
* Bilangan kurma bergantung ikut citarasa sendiri , sebaiknya dalam bilangan ganjil.
Cara-caranya
1. Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Rendam sebelum tidur lepas sahur untuk minum ketika sahur esoknya.
2. Bila kurma dah kembang boleh blend dgn secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur.
Jangan lupa selawat keatas Nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Penggunaan ayat ‘healing‘ menjadi satu perkara yang sinonim untuk menenangkan diri pada saat ini. Ramai wargamaya yang gemar menggunakan perkataan ini jika mengunjungi atau melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan bagi mereka.
Baru-baru ini perkongsian dua orang gadis sedang leka ‘healing‘ menjadi satu situasi yang cemas tetapi kelakar. Mereka yang di temani dua ekor anjing bingung dengan keadaan yang terjadi.
Tak Tahu Nak Teruskan ‘Healing‘ Atau Cemas?
Tak dinafikan bila lihat video ini, sis pun terikut sekali nak ‘healing‘ dengan bayu laut dan suasana yang nyaman itu bukan? Tapi ketenangan jadi cemas pula…
Menerusi video yang dimuatnaik oleh gadis itu di TikTok miliknya @milikorang24, gadis itu sedang asyik meluangkan masanya di tepi pantai dengan suasana untuk melaya momen ‘healing‘.
Dua orang gadis yang berada dalam video itu menjadi cemas dan gementar apabila muncul dua ekor anjing secara tiba-tiba duduk di depan mereka. Anjing-anjing itu seolah-olah turut sertai sesi ‘healing’ mereka dan situasi itu agak lucu seketika.
“Anjing Juga Tahu Good Vibes sis…” – wargamaya
Video ini dapat perhatian orang ramai melihatkan telatah dua gadis yang mulanya riang tiba-tiba cemas apabila kehadiran dua ekor anjing itu di sekitar mereka. Ada juga yang mengatakan mereka berdua ‘healing’ sehingga tak balik.
“Wah ada bodyguardtime healing,
“Dengar cerita healing sampai tak balik-balik,
“Anjing juga tahu good vibes sis. Jangan takut they are lovely creature.” antara komen yang lucu di kongsikan.
Tular di TikTok cara menurunkan berat badan hanya perahkan sebiji lemon segar (atau limau nipis) ke dalam secawan kopi hitam. Wow menarik bukan! Rata-rata mendakwa helah ini telah membantu mereka kempiskan perut dan menurunkan berat badan.
Adakah helah ini betul-betul berfungsi dan apa kata pakar? Sebelum itu lihat dahulu beberapa cabaran yang tular di aplikasi TikTok
Teruskan menonton vidoe tular cabaran lemon kopi di aplikasi TikTok
Minum kopi meningkatkan metabolisme atau membantu menurunkan berat badan?
Terdapat beberapa bukti bahawa kafein boleh bertindak sebagai penahan selera makan, serta meningkatkan kadar metabolisme anda melalui peningkatan thermogenesis (pengeluaran haba yang membakar kalori), jelas pakar. Tetapi hanya kerana anda minum kopi tidak bermakna anda akan menurunkan berat badan. Berada dalam defisit kalori harus menjadi keutamaan utama apabila berusaha ke arah matlamat penurunan berat badan. Tambahan jika anda minum secawan kopi pagi anda dengan lebihan krim, gula, sirap manis atau krim disebat, lebih sukar untuk mengalami defisit kalori.
Kafein juga boleh membantu meningkatkan tahap tenaga dan jika anda boleh bersenam atau bergerak lebih banyak kerananya, maka itu akan menjadi sebab kafein paling membantu metabolisme anda.
Benarkah lemon meningkatkan metabolisme atau membantu mengurangkan berat badan?
Satu-satunya cara lemon boleh membantu dengan penurunan berat badan, jika anda menambah lemon ke dalam air dan membantu anda minum lebih banyak. Sama ada air yang anda minum berperisa dengan lemon atau tidak, air minuman boleh membantu dalam penurunan berat badan kerana kadang-kadang kita tersalah anggap dahaga sebagai kelaparan. Malahan, air dengan sendirinya boleh membantu penurunan berat badan dengan mengekalkan badan terhidrat, yang boleh membantu mengurangkan keinginan untuk makan dan kelaparan.
Jika Kopi Lemon Tidak Membantu Menurunkan Berat Badan, Apa Yang boleh membantu?
Jika anda suka rasa jus lemon dalam kopi anda, kenapa tidak. Tetapi jika anda ingin mengurangkan lemak badan, makan diet seimbang yang merangkumi makanan yang anda gemari dan fokus pada defisit kalori yang sederhana. Buat perubahan kecil yang boleh diurus dan pastikan ia adalah perkara yang anda suka lakukan supaya anda boleh kekal dengannya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee dan Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...