Tempoh sebulan Ramadan membuka pintu untuk kita mencari pahala dan membuat amal. Dari sekecil-kecil perkara boleh dikutip pahalanya dan salah satunya adalah menyediakan juadah untuk bersahur dan berbuka puasa.
Bagi ibu-ibu, inilah masanya untuk mengumpul pahala. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini peluang untuk tambah pahala dengan cara memasak sendiri hidangan untuk keluarga.
Namun ketika memasak, tentulah ingin merasa sama ada cukup atau tidak garam di dalam hidangan yang disediakan. Masalahnya bolehkah kita merasa makanan yang dimasak itu?
Ini penjelasan daripada Ustazah Nazirah Nur Mukmin.
Hukum Merasa Makanan Yang Dimasak Untuk Berbuka
Hari pertama puasa biasanya petang2 ni suri dan sura rumah kalut dah nak masak untuk berbuka. Ada yang tanya boleh tak rasa sikit untuk tau tahap kesediaan makanan untuk berbuka nanti?
Ulama berpandangan kalau dikecap (betoi ka ayat ni? Orang kedah kata chapp sikit dihujung lidah adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa.
Ibn Abbas R. Anhuma berkata:
لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
Rasa dihujung lidah bukan seroot sampai semangkuk ok.
Selamat memasak untuk keluarga anda. Kata Nabi, pahala orang yang menyediakan makanan bagi orang yang nak berbuka seumpama memperoleh pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi pahala orang tersebut.
Sumber kredit: Ustazah Nazirah Nur Mukmin