Tempoh sebulan Ramadan membuka pintu untuk kita mencari pahala dan membuat amal. Dari sekecil-kecil perkara boleh dikutip pahalanya dan salah satunya adalah menyediakan juadah untuk bersahur dan berbuka puasa.
Bagi ibu-ibu, inilah masanya untuk mengumpul pahala. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini peluang untuk tambah pahala dengan cara memasak sendiri hidangan untuk keluarga.
Namun ketika memasak, tentulah ingin merasa sama ada cukup atau tidak garam di dalam hidangan yang disediakan. Masalahnya bolehkah kita merasa makanan yang dimasak itu?
Ini penjelasan daripada Ustazah Nazirah Nur Mukmin.
Hukum Merasa Makanan Yang Dimasak Untuk Berbuka
Hari pertama puasa biasanya petang2 ni suri dan sura rumah kalut dah nak masak untuk berbuka. Ada yang tanya boleh tak rasa sikit untuk tau tahap kesediaan makanan untuk berbuka nanti?
Ulama berpandangan kalau dikecap (betoi ka ayat ni? Orang kedah kata chapp sikit dihujung lidah adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa.
Ibn Abbas R. Anhuma berkata:
لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
Rasa dihujung lidah bukan seroot sampai semangkuk ok.
Selamat memasak untuk keluarga anda. Kata Nabi, pahala orang yang menyediakan makanan bagi orang yang nak berbuka seumpama memperoleh pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi pahala orang tersebut.
Sumber kredit: Ustazah Nazirah Nur Mukmin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Kedekut Dengan Haiwan! Asbab Rita Rudaini Berjaya Asuh Anak Celik Dunia Akhirat
Umum sedia maklum, aktres cantik Rita Rudaini yang masih ligat berlakon dan juga merupakan ibu kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan antara figura yang begitu cekal membesarkan anak-anak tanpa sosok suami di sisi hingga dikagumi ramai.
10 tahun bergelar ibu tunggal, berkat didikan Rita, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik sekaligus hal-hal berkaitan didikan agama. Malah, Rita tidak menjadikan perceraian penghalang untuknya meneruskan kehidupan bersama anak-anak tersayang.
Kucing Haiwan Pembawa Rezeki!
Terdahulu, Rita berkongsi suatu perkara positif di laman sosialnya iaitu mengenai kucing yang menjadi asbab kepada rezeki yang datang dalam hidup kita.
Jelasnya, dia mendidik anak-anaknya agar sentiasa memberikan makanan dan air buat kucing setiap hari sebelum ke sekolah agar mereka memahami erti berkongsi rezeki.
Setiap hari sebelum pergi sekolah, mesti singgah bagi makanan dan air pada kucing….
Didik Anak-Anak Kongsi Rezeki Sesama Makhluk..
Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang-kadang pergi buang tapi datang balik.. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah-ruah telah diperuntukkan Allah SWT untuk kita.
Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dengan keikhlasan kita dan doa dari kucing untuk tuan rumah.
Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.
Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tetapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat.
Artikel berkaitan: ‘Mommy Sedih Sampai Sakit Dada’- Tak Pernah Berjauhan, Rita Rudaini Bangga Anak Masuk MRSM
Kadang-kadang kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan kita. Tapi ingatlah bahawa Allah SWT menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.
Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain?
Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk.
Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas…
Biar Gagal Jadi Isteri, Yang Penting Tak Gagal Sebagai Ibu!
Merupakan seorang yang tegas, bekas pramugari dan finalis Dewi Remaja 1998/1999 itu tekad mahu menjadikan anak-anaknya seorang insan berguna yang lebih baik daripada dirinya. Memetik kata-kata Rita di Instagram sebelum ini…
“Bukan ibu yang sempurna. Saya pernah remaja, saya pernah leka. Semuanya saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan untuk mereka.
Saya asuh mereka dari kecik sebab saya nak mereka jadi lebih baik dari saya. Saya tegas kerana saya taknak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang.
Saya Tak Guna Posisi Ibu, Tapi Ajar Mereka Hormat Sesama Manusia,” – Rita Rudaini
Bukan saja comel dan segak, kedua-dua putera Rita Rudaini juga dibesarkan dengan ilmu dunia akhirat yang secukupnya. Nampak berkesan betul didikan ibu mereka, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna membesar dengan sihat dan mendengar kata.
Didoakan semoga Rita Rudaini terus tabah dan kuat menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal terbaik dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita lain.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Artikel berkaitan: Meski Kena Penyek & Dipijak, Rita Rudaini Terharu Diberi Peluang Cium Hajarul Aswad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.Ana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Deep Nasihat Ustaz Don Daniyal”- Nak Menegur Perlu Ada Strategi & Cara, Tegur Dalam Keadaan Aib Terjaga”
Dalam kehidupan harian, kita dituntut bergaul dengan baik antara satu sama lain. Percakapan dan perbuatan perlulah dijaga. Mulut antara yang perlu dijaga. Umpama mata pedang tajamnya jika tidak dikawal ianya mampu membinasakan.
Hari ini, dalam dunia teknologi, jari juga antara penyumbang berlakunya pertelingkahan sesama manusia. Kuasa dihujung jari menjadikan setiap tulisan yang ditumpahkan di media sosial menjadi pencetus kepada perbalahan.
Mengapa kita perlu memilih untuk berbalah sedangkan ada cara yang lebih baik untuk menjalinkan hubungan yang .lebih harmoni.
Berikut perkongsian Ustaz Don Daniyal di laman Facebooknya.
Benda paling tak syok untuk kita hadap dalam hidup kita ni sebenaqnya adalah bergaduh dan bermusuh. Pi sana bergaduh, pi sini buat musuh. Semua serba tak kena. Takdak isu pi cari isu. Takdak sebab pi cari sebab, cari pasai. Pasaipa? Syok sangat ka tengok sesama kita dok marah, maki orang lain?
Dalam hidup kita, bukan setiap masa kita perlu tunjuk hero. Betui, boleh jadi kita arif dalam sesuatu hal tapi untuk kita letak diri kita di tengah suasana yang dah memang tegang, tak perlu kot. Berdiam diri jalan terbaik.
Abang kakak. Kalau ada apa-apa masalah sama ada dengan kawan-kawan ka, adik beradik ka, selesaikanlah secara baik. Bawak berbincang. Bergaduh takkan menyelesaikan masalah. Bermusuhan bukan benda yang Islam ajaq.
Orang tanya, macam mana nak tegur kesalahan orang? Saya pun tak tau nak kata lagu mana sebab saya bukan pakar. Tapi yang sempat saya belajaq dari beberapa orang, nak menegur perlu ada strategi & cara.
1. Sebelum nak teguq, kena tengok situasi orang yang nak kita teguq. Kalau dia tengah penat, stress, jangan. Satgi dia jadi emo sebab dia tak rasional. Sebaiknya ajak dia makan, bagi dia minum, bagi dia bertenang so lepas tu sampaikanlah apa yang nak ditegur.
2. Betulkan niat & fokus pada apa yang nak ditegur. Jangan sentuh perkara lain luar daripada isu, jangan ungkit benda lama, benda personal atau sensitif. Tak jadi teguq nanti.
3. Tegur dalam keadaan aibnya terjaga. Nak tegur suami atau isteri, jangan tegur depan anak. Nak tegur anak, jangan depan mak atau ayah dan juga adik beradik. Nak tegur staff, tegur dalam bilik, bukan dalam mesyuarat secara terbuka. Bila tegur dalam aib terjaga, dia akan rasa selamat, tak jatuh air muka & dia akan tahu niat kita ikhlas.
4. Guna ayat yang betul. Jangan guna perkataan 'tapi'. Guna ayat 'cadangkan'. Ayat 'tapi' membunuh keikhlasan menegur. Ayat 'cadangkan' menunjukkan kita memberi pendapat untuk penambahbaikan. Mulakan teguran dengan ayat pujian & tutup dengan kesimpulan hasil cadangan. Contoh ayat "Hebatlah isteri abang masak lauk ni. Abang nak cadangkan lepas ni kurangkan garam sebab abang tak tahan masin" Ayat lain "Saya bangga dengan usaha kamu dalam jabatan kita. Saya nak cadangkan lepasni jaga timeline kerja kamu untuk pastikan kerja kita lebih on track."
Kalau ada perbalahan, elakkan, jauhkan diri. Kalau sejenis tak koyak, pi lah tapi kalau koyak sampai perlu memaki, usik sensitiviti orang semata nak menang hujah, toksah gaduh la. Nampak budak-budak sangat.
Macam mana nak halang orang dari bersuara, menghentam & cari pasai dengan kita? Itu luar dari kawalan kita. Biaq pi kat dia. Toksah layan sebab kalau kita layan depa lagi suka tu ja. Depa memang suka perhatian. Try kita senyap buat tak layan, confirm dia boring punya.
Akhir kata, jangan cetuskan pergaduhan, jangan terlibat dalam permusuhan, jangan cari salah orang. Nabi SAW kata apa? Kalau tak ada perkara baik yang nak dikata, lebih baik diam. Wallahua'lam.
Sumber kredit: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Doa Untuk Memohan Kemudahan Hidup Dan Dilapangkan Dada Hadapi Pelbagai Dugaan. Rugi Tak Amalkan!
Ramai antara kita yang sering lupa akan berdoa, padahal salah satu faktor paling penting dalam menyelesaikan masalah adalah dengan berdoa. Kita semua pasti memiliki pelbagai masalah ataupun urusan dalam kehidupan kita seharian, tinggalnya cara kita menyikapi saja yang terkadang tidak sesuai dengan hukum Allah.
Ramai sekali orang yang mendapat ujian Allah, akan tetapi ia tidak boleh menyikapinya dengan bijak. Sehingga ada yang memilih jalan yang salah untuk menghadipi permasalahan tersebut.
Disitulah titik dimana kita memerlukan pertolongan Allah, kerana tanpa pertolongan Allah kita tidak dapat menyelesaikannya. Sama seperti keadaan sekarang apabila kita ditimpa musibah di mana virus korona menular seluruh dunia.
Insya Allah selagi kita yakin bahawa Allah akan mendengarkan doa kita, pasti akan dikabulkan. Lalu bagaimana cara berdoa yang betul agar doa kita boleh dikabulkan dan boleh dimudahkan dalam menjalani ujian tersebut.
Sebelum pembacaan doa-doa ini, ada baiknya kita renung diri kita terlebih dahulu. Adakah seluruh makanan, pakaian dan lainnya sudah kita dapatkan dengan cara halal. Jika anda masih memiliki beberapa pakaian ataupun barang-barang yang berasal dari wang haram seperti riba, maka ada baiknya dibersihkan terlebih dahulu.
Kerana inilah salah satu penyebab utama doa seseorang yang tidak akan pernah dikabulkan. Jika anda sudah faham dan bersih dari barang-barang haram, ini masanya kita mengamalkan doa-doa ini memohon kemudahan dariNya untuk meneruskan kehidupan. Mari kita semak beberapa doa-doa ini:
Doa Pertama
Doa Kedua
Doa Ketiga
Doa Keempat
Doa Kelima
Doa Keenam
Doa ketujuh
Kelebihan Doa Diatas
Doa-doa diatas banyak sekali kalimat yang mengandung meminta pertolongan dan kemudahan. Agar kita lebih memahami isi doa diatas, anda disarankan untuk membaca kelebihan-kelebihannya:
- Sudah seharusnya hati kita ini selalu bergantung kepada Allah, kerana jika kita bergantung pada diri sendiri ataupun orang lain itu tetap saja rendah dimata Allah. Jika hati kita yakin akan doa kita yang boleh memudahkan permasalah, Insya Allah doa kita tidak akan sia-sia.
- Ingatlah walaupun kita ini memiliki kehendak sendiri, jangan pernah lupa dengan kehendakNya. Kerana tanpa kehendak Allah usaha kita tidak akan terealisasi dengan baik.
- Pentingnya mengimani takdir yang Allah berikan, agar ketika hati dan jiwa raga ditimpa musibah kita boleh membuat itu adalah sebuah rintangan yang mana kita sanggup melewatinya.
- Ingatlah dibalik takdir yang kita hadapi, Allah pasti memiliki rencana yang lebih baik untuk kita, boleh jadi yang kita anggap itu baik tapi dimata Alllah itu tidak baik. Dan boleh jadi yang kita anggap itu tidak baik tetapi di mata Allah itu baik untuk kita.
- Pentingnya mendekatkan diri kepada Allah agar seluruh masalah yang kita hadapi boleh memberikan manfaat untuk masa depan yang lebih baik. Banyak cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah salah satunya dengan solat dan berdoa.
Semoga artikel ini boleh kita amalkan dalam keadaan sekaran dan menghadapi kehidupan harian. Ketika anda diberikan cubaan ataupun tidak diberikan cubaan, intinya satu iaitu selalu mengingati Allah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI