Minyak bunga matahari sangat baik untuk kesihatan kulit wajah. Ia boleh membantu menyihatkan kulit jika digunakan secara rutin. Kandungan vitamin E yang terkandung di dalam minyak matahari dapat membantu melembapkan kulit, menghalang keradangan, melindungi kulit daripada bakteria dan banyak lagi.

Kandungan antioksidan ini melambatkan penuaan kulit dan membantu kulit jadi lebih anjal. Pemakaian secara teratur dapat membantu kulit lebih lembut, lembap dan glowing. Jadikan salah satu tambahan produk kecantikan yang anda gunakan setiap hari.

MANFAAT MINYAK BUNGA MATAHARI

Berfungsi Sebagai Emolien Yang Berkesan
Minyak bunga matahari merupakan emolien yang berkesan, yang akan membantu menjaga kelembapan kulit. Selain itu, ia juga boleh meringankan, menenangkan dan membantu menyembuhkan iritasi dan keradangan kulit.

Boleh Hilangkan Tompok Gelap & Bekas Jerawat, Minyak Bunga Matahari Bagus Untuk Kulit Wajah
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

 

Ads

Mencegah Jangkitan Kulit
Minyak bunga matahari merupakan sumber yang kaya asid lemak yang melindungi kulit dari jangkitan bakteria. Oleh kerana itu boleh membuat kulit anda kulit menjadi sihat dan cerah.

Menghilangkan Jerawat
Jerawat terhasil akibat lebihan minyak dan sebum, yang tertutup di dalam folikel, di bawah kulit dan dijangkiti oleh bakteria. Vitamin A, C, D, dan E, dan asid lemak yang terdapat dalam minyak bunga matahari akan memberikan lapisan pelindung, yang mencegah bakteria dengan kulit.

Ads

Perlindungan Kulit Dari Sinar Matahari
Minyak bunga matahari merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E. Kandungan vitamin ini akan mencegah kerosakan sel-sel sensitif kulit akibat sinar UV. Beta karotena yang juga terdapat dalam minyak bunga matahari akan membantu meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada kulit, termasuk kesan kulit terbakar dan kanser kulit.

Boleh Hilangkan Tompok Gelap & Bekas Jerawat, Minyak Bunga Matahari Bagus Untuk Kulit Wajah
Photo by Karolina Grabowska fro Pexels

 

Ads

Mencegah Penuaan
Vitamin E yang tinggi dalam minyak bunga matahari juga bertindak sebagai anti penuaan. Penggunaan rutin minyak bunga matahari dapat mengurangkan kedutan dan membuat kulit kelihatan lebih muda. Antioksidan yang tinggi dalam minyak ini juga akan menjaga kulit supaya tetap segar.

Boleh Hilangkan Tompok Gelap & Bekas Jerawat, Minyak Bunga Matahari Bagus Untuk Kulit Wajah
Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

MANFAAT TAMBAHAN

*Membantu mengurangkan tompok gelap dan bekas jerawat.
*Mengurangkan lingkaran hitam pada bawah mata.
*Membantu melembutkan kulit kasar dan kering.
*Boleh digunakan untuk menghapuskan bekas solekan.
*Membantu mata yang penat atau letih supaya lebih segar dan tenang.

Sumber kredit: www.healthline.com Top image: Photo by Mareefe from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI