Limau nipis memang kita tahu banyak khasiatnya. Selain dijadikan perencah dalam sambal, ia juga sedap dibuat air. Tetapi rupanya limau juga mempunyai khasiat lain yang kita tak tahu.
Kadang-kadang akibat salah makan boleh menyebabkan badan kita penuh dengan angin dan membuatkan kita rasa sangat tidka selesa. Antaranya lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala dan sukar untuk tidur malam.
Gunakan petua daripada limau nipis ini untuk menghilangkan rasa tidak selesa ini dan juga bisa dalam badan. Perkongsian dari pemilik akaun facebook Mohd Muzahidin Dollah melalui Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin.
Caranya mudah sahaja:
- Beli 1 pek ais seperti di dalam gambar. Masukkan dalam baldi dan dicampurkan air sedikit dalam baldi tersebut.
2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4 atau 5 biji ke dalam baldi. Sebelum mandi, anda baca surah Al-Fatihah 3 kali, Al-Ikhlas 3 kali dan selawat 3 kali. Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu. Selesai baca, mandi.
3. Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir. Mandi dulu dengan air biasa, kemudian baru mandi dengan air limau ini. Selesai baca di atas, mula mandi dari kepala. Lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Mandian ini hanyalah alternatif dalam merawat pesakit buang angin, bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib. Dengan izin Allah, insha-Allah sembuh.
P/S: Ada banyak lagi khasiatnya, antaranya menghindari diri dari gangguan makhluk halus. Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. Insha-Allah badan dan kepala akan menjadi ringan.
SUMBER: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI