Setiap kali datang bulan, pasti tuala wanita menjadi teman setia untuk mengelak kebocoran. Tidak kira apa jenama asalkan ia selesa untuk dipakai. Namun begitu, dalam satu ceramah kuliah Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya apakah hukumnya bakal suami membasuh tuala wanita kelak oleh bakal isteri.
Apakah ia boleh dibuang begitu sahaja ataupun dibungkus rapi sebelum membuangnya. Bagaimana pula dengan darah yang ada pada tuala wanita berkenaan.
Persoalan yang membelenggu kaum wanita ini telah dijawab dengan sejelasnya oleh Ustaz Azhar Idrus.
Menurut beliau, hukumnya sunat jika ditanam, tetapi jika dibuang dalam tong sampah hukumnya jatuh harus. Tetapi diingatkan supaya jangan dibuang merata-rata. Islam tidak ajar buang begitu sahaja.
Beliau juga menambah harus bagi kita kita membuang tuala wanita tanpa membasuhnya terlebih dahulu tetapi perlu dibungkus dalam plastik sebelum dibuang dalam tong sampah.
Wallahualam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejujurnya, Saya Cukup Takut Dengan Puji-Pujian…” Ujar Lisa Surihani
Pelakon Datin Lisa Surihani mengakui sukar untuk dia menerima apabila orang ramai memuji penghijrahannya.
Sejak mulai mengenakan hijab, Lisa menjadi sangat takut dengan berbagai hal. Oleh itu, tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima banyak pujian.
Artikel Berkaitan : Pernah Tersungkur Dalam Penghijrahan, Ini Pendedahan Mengejutkan Lisa Surihani!
Lisa Bimbang Pujian Bertukar Menjadi Suka
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka,
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Pelakon Istanbul Aku Datang itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Artikel Berkaitan : Meski Jadi Model, Gaya Tudung Tutup Dada Lisa Surihani Raih Pujian Netizen! Elak Pandangan Tabbaruj
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab namun dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buttonscarves & Ria Miranda Dedahkan Tip Berjaya Membina Jenama Hijab Di Tengah Kehadiran Jenama Baharu.
Hijab dan pakaian muslimah kini lebih mudah didapati, bukan sahaja di tapak membeli-belah malah di pusat membeli-belah terkenal. Dan jenama fesyen semakin menjadi perhatian para pencinta fesyen di Indonesia terutamanya golongan berhijab.
Walaupun pasaran fesyen sederhana di Indonesia adalah yang terbesar, percambahan jenama tudung menjadikan persaingan antara mereka semakin sengit. Bagaimanakah reaksi pengasas terhadapnya?
ARTIKEL BERKAITAN: 15 #OOTD Pelakon Popular Indonesia Zaskia Sungkar Yang Stailo & Jadi Inspirasi Buat Hijabi Mudah Solat
Resepi bertahan dalam industri
Pastinya ada resepi tersendiri untuk terus bertahan di dalam industri ini dengan bersaing sesama sendiri. Pengasas jenama tudung terkenal muncul di majlis Indonesia Brand Founders Summit 2022 di Tribrata, Dharmawangsa, Jakarta Selatan, yang lalu. Mereka mendedahkan resipi kejayaan, termasuk ketika menghadapi pandemik kekal dan masih relevan di tengah-tengah kehadiran jenama baharu. Salah satu perkara yang dilakukan oleh Pengasas Zytadelia, Ria Miranda, dan Buttonscarves ialah sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Semasa pandemik 2020, masalah kami adalah bagaimana untuk mengekalkan aliran tunai dan bagaimana pelanggan kekal setia ingin terus membeli-belah. Oleh itu, kami mengeluarkan produk yang ‘reject’ dengan tawaran harga rendah jadi teruskan membeli-belah. Kami juga menyesuaikan diri dengan mengeluarkan topeng muka fesyen dan tudung antibakteria,” kata Zyta Delia selaku Pengasas Zytadelia.
Relevan tarikan media sosial
Mampu menyesuaikan diri sambil mengekalkan DNA jenama juga merupakan kunci kejayaan jenama Ria Miranda. Rosadi selaku pengasas berkata, dia mengalami pelbagai perubahan dalam industri fesyen kerana cuba kekal relevan. Salah satu cara ialah dengan mengemukakan visual supaya pelanggan lebih berminat untuk membeli.
“Salah satu perubahan ialah sekarang orang lebih menitikberatkan visual. Bagaimana produk itu dilihat menimbulkan keinginan untuk membeli. Jadi bagaimana kita menyediakan bajet untuk visual yang cantik supaya orang ramai mahu membeli. Media sosial kami semakin meningkat semasa pandemik, jadi juga salah satu peranan penting untuk menarik perhatian mereka”
“Jadi kami mencari pasaran kerana sentiasa ada orang yang mengutamakan fesyen. Fesyen bagaikan air yang mengalir, yang memaksa kami menolak setiap hari dengan cara baharu,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Rezeki & Standard Tak Berubah Walaupun Hasilkan Rekaan Untuk Muslimah Yang Lebih Sopan” – Jovian Mandagie
Ekstra yang berbeza
Perkara ini turut disokong oleh Pengasas Buttonscarves, Linda Anggreaningsih. Jenama yang menjual fesyen dan alat solek itu mengakui sentiasa cuba menggunakan cara baharu untuk menarik pasaran. Oleh itu, Linda menasihatkan supaya tidak terlalu jauh.
“Nama buttonscarves meningkat naik dalam era jenama luar talian yang masuk dalam talian tetapi kami melakukan sebaliknya. Orang bertanya mengapa kami membuka kedai luar talian. Saya fikir jika kita ingin membuat sesuatu yang besar, kita tidak sepatutnya mengikut arus. Jika kita menggunakan resipi yang sama, kita masuk ke arus yang bertentang.” Untuk itu kita perlu menambah sesuatu yang berbeza,” katanya.
Bukan sahaja jenama hijab di negara ini yang mempunyai kesukaran untuk bertahan dan kekal relevan, begitu jua nasib jenama-jenama hijab di negara seberang. Semoga kejayaan mereka menjadi pemankin hijabi untuk kekal menyokong dengan jenama yang dipercayai ramai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idam Bayar Zakat RM 1 Juta & Bina Masjid, Mawar Rashid Kerja Keras Hingga Rindu Anak
Pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid akui kerjaya yang sibuk membuatkan dia sentiasa merindui anaknya yang tersayang, Raden Rafael.
Namun, dia percaya biarpun pengorbanannya terpaksa berjauhan dengan anak itu pasti akan membuahkan hasil nanti. Tambahan pula, Mawar,25, mempunyai misi dan hasrat untuk membayar zakat sebanyak RM 1 juta dan membina masjid yang diimpikan.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
KADANG RASA NAK GIVE UP EVERYTHING SEBAB RINDU ANAK @radenrafaelraf 🥺
Kadang-kadang rasa nak mengalah sebab rindu anak. Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk siapkan video shoot, live dan lain-lain (terima kasih kepada pengurus yang banyak memudahkan kerja saya). Perlukan banyak masa untuk mesyuarat @mawarosehq, kena perah otak untuk @mawarosehq lagi. Untuk keluarga saya mawarose squad lagi. Masa dengan suami ok lagi, sebab suami sentiasa setia menemani. Tapi.. Rafael ni.. rinduuu.. kadang-kadang pagi sampai malam tak dapat jumpa 🥺 ni nak masuk anak kedua dah @mawarafjunior.. kadang-kadang terlampau busy sampai rasa nak give up🥺
TAPI… I CANNOT GIVE UP!!!
Mawar tak boleh STOP! Mawar WAJIB TERUSKAN demi BIG Y MAWAR. DEMI FAMILY MAWAR. DEMI MAWAROSE SQUAD. DEMI CUSTOMER TERSAYANG MAWAR. DEMI NAK BAYAR ZAKAT SATU JUTA! DEMI NAK BINA MASJID BERSAMA-SAMA kalian semua!
Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa ‘RINDU’ dekat anak-anak ni demi mencari rezeki dan demi membantu org di luar sana, sama macam Mawar.. tapi YAKINLAH..
PENGORBANAN YANG PALING MENYAKITKAN INILAH YANG AKAN MENDATANGKAN HASIL & BEKALAN UNTUK KE AKHIRAT NANTI.. I’m with you.. BE HAPPY, KEEP ON GOING, YOU ARE A GREAT MOM, A GREAT DAD, your kids are PROUD OF YOU! THEY LEARN A LOT FROM YOU! PROVE TO THEM! YOU ARE AMAZING!
LOVE YOURSELF 🤍
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Murni sungguh hasrat Mawar ini. Sama-samalah kita doakan dia berjaya mencapai misinya itu bagi berbakti kepada masyarakat. InsyaAllah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI