Boleh Bercakap Dengan Haiwan, Filem Dolittle Papar Sisi Lucu Robert Downey Jr.!

Share

Filem Dolittle pastinya tidak akan mengecewakan para peminat setia Robert Downey Jr. yang sangat sinonim dengan watak superhero terkenal iaitu Ironman. Melakonkan watak utama sebagai Dr. John Dolittle, filem ini mengisahkan tentang seorang doktor terkenal yang bertapa dan menyembunyikan diri di belakang Dolittle Manor selepas tujuh tahun kematian isterinya.


.

Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan haiwan, Dr. Dolittle terpaksa berlayar dan melalui pengembaraan epik ke pulau mitos bagi mencari penawar buat Ratu England yang sedang gering.

Tidak berlayar seorang diri, dia juga turut membawa ‘rakan-rakannya’ yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan untuk berlayar bersama. Namun, dia tidak sangka akan bertemu dengan makhluk yang luar biasa sepanjang pengembaraannya itu.


.

Walaupun mungkin pada awalnya penonton akan memikirkan hanya kanak-kanak sahaja yang akan terhibur tetapi sebenarnya tidak kerana rata-rata penonton yang terdiri daripada golongan dewasa juga turut menyukai filem ini kerana ia sarat dengan elemen yang melucukan.

Sis paling terhibur bila menyaksikan babak pergaduhan di antara Yoshi si beruang kutub yang dialih suara oleh John Cena dan juga Chee-Chee si gorilla (Rami Malek). Serius, comel sangat!


.

Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, cepat-cepatlah dapatkan tiket filem Dolittle ini untuk menyaksikan sendiri sisi lucu Robert Downey Jr. yang tidak disangka-sangka. Oh lupa, Selena Gomez juga turut membuat kemunculan istimewa dalam filem ini tau!


.

Published by
Qiss