Squat merupakan salah satu senaman yang bukan sahaja baik untuk kaki dan paha malahan memberikan kebaikan kepada anggota tubuh yang lain. Jika hijabis inginkn bentuk tubuh yang cantik, senaman squat amat membantu.
Berikut adalah beberapa kebaikan squat.
1. MENGHILANGKAN SELULIT
Otot-otot yang meregang sewaktu melakukan squat membuat jantung mengepam darah ke seluruh tubuh dan mempertingkatkan kesihatan keseluruhan. Apabila mempunyai peredaran darah yang bagus, otot dan organ yang lain akan mendapat lebih banyak nutrien dan oksigen.Selulit terbentuk kerana kitaran yang tidak bagus dan pembendungan air disesetengah kawasan tertentu di tubuh badan.
2. BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN
Senaman ini mampu menyingkirkan toksin dari badan. Gerakan otot yang terhasil sewaktu melakukan squat, boleh melancarkan gerakan cecair didalam badan dan memudahkan proses pembuangan dari usus.
3. MENGURANGKAN BERAT BADAN
Squat mampu membakar lebih banyak kalori. Oleh hal yang demikian mampu menurangkan berat badan.
4. MEMBENTUK PUNGGUNG YANG LEBIH MENARIK
Teringin memiliki punggung yang bulat dan seksi seperti Jennifer Lopez? Squat mampu memejalkan otot-otot di punggung dan membuatkan ianya kelihatan membukit dan tidak jatuh.
5. MENCANTIKKAN OTOT KAKI
Sewaktu melakukan squat, anda akan menggunakan keseluruh otot kaki. Jadi, sahlah salah satu kebaikan squat adalah untuk mengencangkan lagi otot-otot kaki.
6. MEMPERBETULKN POSTUR TUBUH
Pernah melihat seseorang yang bongkok sebelum waktunya ataupun anda juga mempunyai postur badan yang agak membongkok? Lakukakn squat. Gerakan-gerakan didalam squat menuntut anda untuk berdiri tegak dan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan lurus. Jadi, apabila menjadi amalan, senaman ini boleh membetulkan postur badan.
7. MENGUATKAN LUTUT
Gerakan squat seperti membengkok dan meregangkan lutut akan menguatkan lagi otot-otot lutut dan membenarkan oksigen untuk terus mengalir disekitar sendi.
8. TIDAK SEMESTINYA DILAKUKAN DENGAN BEBANAN
Squat tidak semestinya dilakukan dengan mengangkat beban seperti barbell. Squat merupakan satu senaman yang boleh dilakukan dimana-mana sahaja tanpa menggunakan peralatan yang melecehkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI