Kecantikan

Blogger Popular Dedah Rahsia Elak Muka Kusam Sepanjang Syawal. Dikongsi Hampir 5 Ribu Netizen!

Share

Menjelang Syawal ini, pasti ramai yang kalut untuk dapatkan wajah yang cantik. Maklumlah siapa yang tak nak kelihatan ‘letup’ di pagi Syawal nanti dengan kulit wajah yang berseri selain melaram dengan baju baru. Perkongsian dari blogger popular, Iman Abdul Rahim di laman twitter cukup menarik untuk dijadikan panduan.

Selain kuasa mekap, kulit wajah yang cantik perlulah bermula dengan asas penjagaannya. Perkongsian darinya ini telah mendapat hampir 5 ribu retweets dan juga 6 ribu butang likes

di laman twitternya.

Sebelum itu, haruslah diingatkan bahawa semua kulit berbeza jadi hasilnya mungkin tidak sama bagi setiap individu.

Ayuh, kita ikuti thread yang dikongsi di laman twitternya.

Wudhu semestinya boleh memberi Nur di wajah.

Walaupun klise, namun pengambilan buah dan minum banyak air sangat penting kerana ia sangat membantu untuk mendapatkan kulit anjal tau.

Jangan tinggalkan pelembap kulit untuk memberi hidrasi pada kulit.

Sunscreen itu wajib dipakai untuk mengelakkan kulit burn dan bukan guna sewaktu di pantai sahaja.

Cuba cari produk penjagaan yg khusus untuk mencerah yang sesuai dengan wajah.

Pastikan anda membaca review dulu sebelum membeli sesuatu produk ataupun membeli trial pack untuk lebih jimat.

Exfoliate akan menghilangkan semua sel kulit mati. Tapi pastikan ye wajah diskrub dengan lembut.

Serum Vitamin C yang mempunyai banyak kelebihan boleh mengurangkan kekusaman dan juga parut jerawat.

Bahan kandungan yang power untuk hilangkan wajah kusam.

Antara produk yang anda boleh cuba…

Masker wajah untuk muka yang glowing di pagi hari!

Tapi bagaimana pula jika semuanya tidak berhasil?

Jadi, anda juga bolehlah mencuba semua tips ini untuk tampil berseri pada Syawal nanti yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kedatangannya. Pasti anda akan beraya dengan penuh keyakinan apabila berhadapan dengan saudara mara serta sahabat handai nanti.

Published by
Qistina