Masalah lebihan lemak membelenggu hampir semua wanita terutama yang sudah melebihi usia 25 tahun atau bagi mereka yang baru melahirkan anak.

Badan mungkin cantik atau dikategorikan kurus, tetapi kebanyakannya hampir pasti memiliki masalah sama – lebihan lemak di perut, paha dan lengan.

Lemak yang ‘terkeluar’ daripada pinggang seluar saat anda menyarung celana jean, keadaan yang dipanggil ‘tayar ganti’ atau muffin top ini boleh mencacatkan penampilan dan keyakinan diri. Akan timbul juga ketidakselesaan jika perut dijerut ketat terutama ketika duduk.

Blend Daun Pasli, Timun Dan Lemon, Ini Jus Detoks Paling Mujarab Hilangkan Lemak Di Perut

Terdapat pelbagai cara praktikal yang berkesan untuk membakar lemak di bahagian ini namun di samping senaman, ada petua yang boleh diamalkan.

Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II

MINUMAN MALAM YANG PALING BAIK HILANGKAN LEMAK PERUT!

Ads

Minuman ni sangat sesuai minum waktu malam sebelum tidur.

BAHAN-BAHAN:

1/2 biji timun di buang kulit dan di hiris dadu
Jus lemon 2 sudu besar
Segenggam daun pasli
1 cawan air

Ads
Blend Daun Pasli, Timun Dan Lemon, Ini Jus Detoks Paling Mujarab Hilangkan Lemak Di Perut

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Campurkan bahan-bahan
2. Kisar sebati
3. Letak dalam peti
4. Tambah madu asli 1-2 sudu besar jika mahu minum

Mengapa ia berfungsi?

Ads

Bahan-bahan minuman ini dimuatkan dengan kualiti pengurangan lemak.

*Timun mengandungi sifar lemak dan rendah kalori. Ia juga bagus memerangi kembung kerana kandungan seratnya yang tinggi.

*Pasli sebagai diuretik semula jadi, ia membantu dalam memerangi berat air dan pengekalan air. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, C dan K, menjadikannya tambahan yang sesuai untuk minuman waktu malam anda.

*Lemon memastikan usus sihat dengan mendapatkan sistem pencernaan yang baik

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI