Apabila tempoh PKP di panjangkan ramai rakyat Malaysia sudah mula mahir memasak. 4 Mei semua rakyat dibenarkan keluar untuk menjalani kehidupan biasa dengan mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.
Namun jangan biarkan kemahiran masak berhenti di situ sahaja. Memandangkan kerajan tidak membenarkan kita pulang ke Kg halaman, jom sambung buat kuih raya. Hantarkan kiriman biskut raya untuk insan tercinta di kampung lebih bermakna. Ikuti perkongsian Pn Baizura Muhammad memang mudah nampak pun sedap.
Punggah baking area tengok semua bahan ada so kita ONZ terus buat cookies ala Famous Amous ni. Resepi simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar! Senang kan.. boleh ajak anak2 buat..
Adunan ni dapat 4 bekas yg macam kakbai pakai tu. Bekas kakbai tu hat yg lebar punya bukan yg small tau, so mmg resepi ni dapat banyak, bolehlah share dgn jiran2 sekali.. alang2 tak dapat balik raya, bolehlah gemuk sesama . Hasil perkongsian resepi bersama rakan Anney Z Mustapha
Bahan-bahan seperti di bawah:
250 gram Butter
1 1/4 cawan Brown Sugar
1 sudu kecil Essence Vanila
1 biji Telur
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
6 sudu besar Minyak Masak
2 cawan Coklat Cip
Almond nips / almond flakes –jika suka
Lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!
Langkah-langkah:
Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebijik. Kacau leklek just bagi sebati je, takyah sesungguh sgt..[UPDATE: Ramai yg buat silap kat sini. Jgn pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]
2. Dalam bekas yg sama tadi, masukkan pulak tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecik & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati, pelan2 kayuh..
[UPDATE: Ingat, kacau slow2 je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya]
Ads
3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.Masukkan lagi segenggam dalam mulut.
4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Masih kacau slow2.. laju2 nak pergi mana?
5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Mcm kakbai, asingkan sikit utk letak almond nips so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati jugak.
Ads
6. Adunan yg dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah sket adunan tu kang bercampur pulak dengan bau bawang, petai, budu dlm tu pulak.
Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.
7. Sapu tray dengan butter. Takyah letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dlm gambar kay.. musim PKP ni jgn izinkan mereka bergaul..
[UPDATE: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yg sama]
Ads
8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul2 rupa adunan ni sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti kat gambar sebelah boleh tengok adunan mencair sendiri masa dibakar
9. Nampak tu dia dah start mengembang. Jgn gatal2 nak bukak oven kejap2 nnt bantat jadinya..
10. TADAAA!✨ Famous Amous PKP cookies is DONE!
Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy, bolehlah ngap dengan rasa bersalah sbb dah nak raya nnt tak sempat kurus 🤪 Eh ada ke raya tahun ni?
Dah siap nanti, antarlah gambar buat bagi semangat kat kawan-kawan lain nak cuba. Walaubagaimanpun semasa membeli bahan kek pastikan anda tetap mematuhi SOP yang ditetapkan ya.
“Hanee minta maaf sangat-sangat. Berilah Hanee peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan. Setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan. Dan from botton in my heart, Hanee minta maaf sangat-sangat. Hanee tahu Hanee salah dan Hanee minta stop salahkan emak Hanee dalam hal ini. Ia bukan salah emak Hanee dan dia tiada kaitan dalam hal ini…”
Luahan kata-kata cukup ikhlas dan meninggalkan kesan di hati oleh bekas pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee yang tampil berani berdepan dengan kontroversi melanda dirinya sebelum ini.
Insiden itu menyebabkan pemilik jenama Nu Ideaktiv dan terpaksa menarik balik gelaran Dewi Remaja 2018/19 yang disandang oleh Haneesya Hanee atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan pada malam 14 Januari lalu.
Penarikan ini berikutan Hanee yang didapati melanggar peraturan dan klausa kontrak yang telah ditetapkan dan ditanda tangani sebelum pertandingan berkenaan.
Malah kes seperti ini juga merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 tahun edisi ini dianjurkan. Dan Hanee juga satu-satunya pemenang Dewi Remaja yang paling singkat iaitu selama 72 jam sahaja.
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berkata penarikan ini juga dibuat setelah pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenangnya telah melanggar syarat penyertaan.
Malah demi menjaga kredibiliti gelaran berprestij itu, tiada sesiapa yang akan menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/19 untuk edisi kali ini.
Sehubungan itu Tia Sara akan kekal sebagai pemenang Dewi Remaja kedua manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat pula disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania pula di tempat kelima.
Selain itu, Arena Iman sebagai Dewi Favorite dan Aween Ismail pula sebagai Dewi Inspirasi. Dan mereka inilah yang akan mewakili jenama Dewi Remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti yang telah diatur nanti.
Dalam satu sidang media khas Eksklusif di pejabat Nu Ideaktiv Sdn Bhd tengah hari tadi, Hanee turut memberitahu selepas ini dia akan move forward dan memperbaiki diri sendiri dan akan teruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini.
“Hanee tak akan give up. Dan bagi Hanee, semua orang berhak diberi peluang kedua. Bagi remaja di luar sana, jika kita salah langkah inilah risiko yang perlu kita hadapi. Dan diakhirnya terpulang pada diri kita sendiri nak bangkit atau jatuh. Hanee pilih untuk bangkit dan moving forward.
“Kekuatan untuk Hanee berhadapan dengan semua ini adalah diri Hanee sendiri. Ramai yang cuba jatuhkan Hanee tapi dalam masa sama Hanee juga turut mendapat sokongan dari teman-teman lain.
“Bila baca di twitter Hanee bersyukur kerana masih ramai yang masih bersama Hanee termasuk ibu Hanee yang tetap menemani Hanee dan memang Hanee sudah bersedia menghadapinya,” ujar Hanee yang mengambil situasi berlaku ini sebagai pengajaran terbesar.
Dalam pada itu, Haneesya Hanee mengakui tindakannya sesuatu yang kurang bijak dan menurut naluri remaja yang ingin mencuba perkara baru.
“Apa yang Hanee dapat pelajari dari peristiwa ini, jangan percayakan kawan kerana bukan semuanya berniat baik. Perlu hati-hati dalam berkawan dan memilih kawan,” tambahnya lagi yang dilihat cukup bersedih dengan penarikan gelaran berkenaan.
Gadis yang mula dikenali sebagai model dan mula dikenali ramai selepas memegang watak Zaza dalam drama Cik Reen Cik Ngok Ngek juga turut berharap jangan menilai peribadi Hanee atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada.
KENYATAAN PENUH HANEESYA HANEE:
KREDIT FOTO: FACEBOOK REMAJA & PHOTOGRAPHER NU IDEAKTIV
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan mudah bergelar jurusolek Diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.
Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang juga kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella ini.
Beliau sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja.
Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 59 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.
“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen (malar segar). Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.
“Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya.
“Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.”
Katanya lagi, beiau tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama.
“Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.”
Dedah Datin Saidatulnisa, beliau mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu.
“Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.
“Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more’.
“Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita,” kongs Datin Saidatulnisa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malaysia kini sedang memerangi satu daripada krisis kesihatan global yang terbesar iaitu pandemik COVID-19. Sehubungan dengan data terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; terdapat 553 kes COVID-19 (16/03/2020). Sistem penjagaan kesihatan kami bekerja keras dengan 57 hospital yang ditugaskan untuk pemeriksaan COVID-19 dan 28 hospital ditugaskan sebagai pusat rujukan yang ditetapkan untuk COVID-19.
Sekiranya anda imbas pada persidangan di mana kerajaan bersidang memutuskan perdana menteri terbaru yang berlangsung di Istana Negara terdapat banyak syarikat- syarikat terkemuka menghulurkan bantuan kepada pihak media yang membuat liputan di hadapan istana tetapi setakat ini belum ada lagi syarikat-syarikat yang besar menghulurkan bantuan secara terbuka.
FashionValet Antara Syarikat Yang Prihatin
Gelombang kedua ini memberi tamparan hebat kepada semua rakyat. Sekali lagi inisiatif kedua syarikat perniagaan atas talian FashionValet membuka jalan kepada orang ramai bersama menghulurkan bantuan kepada mangsa virus yang tular mahupun barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani virus ini.
Terdahulu Usahawan dan ikon fesyen terkenal Datin Vivy Yusof, meluahkan rasa terharunya dengan usaha petugas-petugas hospital yang bertungkus lumus melakukan tugas mereka bagi mengawal masalah virus covid-19 yang sedang menular ketika ini.
Bagi menghargai usaha mereka itu, beliau mewakili syarikat miliknya iaitu Fashion Valet telah menghadiahkan pendingin hawa mudah alih buat petugas-petugas hospital kerana memahami begitu peritnya bekerja dengan menggunakan sut khas tersebut.
Buka Peluang Orang Ramai Menghulurkan Bantuan
Pekerja penjagaan kesihatan Malaysia sebagai pelopor depan mempertaruhkan nyawa mereka meletakkan usaha yang gigih dalam memerangi pandemik ini dan menyediakan penjagaan yang optimum bagi sesama rakyat Malaysia.
Sebagai warganegara Malaysia, pengasas Goodwill IMARET bersama Vivy Yusof sebagai pengasas FashionValet (FV) telah mengikuti perkembangan COVID-19 dengan prihatin betapa dedikasinya pekerja penjagaan kesihatan Malaysia menzahirkan rasa
“Bagaimana kita boleh duduk diam di rumah sementara kakitangan hospital bekerja berganda dan berlebihan untuk menjaga pesakit yang dijangkiti yang meningkat jumlahnya. Inilah masanya untuk kita melakukan sesuatu yang lebih berharga dari apa kita lakukan sekarang. ” – Vivy Yusof.
Oleh itu, dengan semangat menyokong Malaysia dalam memerangi COVID-19; Vivy Yusof, suami Fadza Anuar dan pasukan FashionValet sedang memulakan platform dana (Dana Sokongan FV COVID19) untuk mengumpul dana untuk sistem penjagaan kesihatan Malaysia melalui
MENDERMA DI SINI: https://www.simplygiving.com/fv-covid19-support-fund.
Vivy Yusof dan Fadza Anuar juga menyumbangkan RM100,000 kepada tabung ini dan dana yang dikumpul ini untuk kegunaan:
1. Memobilkan sukarelawan untuk membantu kemudahan kesihatan.
2. Membantu rakan-rakan di hospital dan dikuarantin.
3. Menyediakan bekalan perubatan dan am ke hospital.
FV bekerjasama dengan IMARET (Pasukan Perundingan & Rawat Persatuan Perubatan Islam Malaysia) untuk melaksanakan rancangan di atas. FV dengan ini menyeru kemurahan hati semua rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada Dana Sokongan FV COVID19 kami melalui sumbangan dan penyebaran berita mengenai usaha penggalangan dana ini.
Tempoh 14 hari, inilah masa kita menghulurkan bantuan kepada mereka bukan duduk berdiam diri sahaja. Renungkan bersama andai yang dijangkiti virus covid-19 itu di kalangan orang yang kita sayang. Anda boleh juga menderma atas nama orang yang tersayang, contohnya bersedekah atas nama arwah ibu bapa yang telah meninggal dunia. Jom beramal bersama!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...