Penggemar K-drama pastinya mengenali aktress jelita, Jun Jeong So yang dilabel sebagai ‘Bad-ass Tokyo’ kerana watak berani matinya dalam drama bersiri yang menjadi fenomena hingga trending di Netflix berjudul ‘Money Heist’.
Semalam, aktres berusia 29 tahun itu telah berkunjung ke Malaysia bagi memenuhi tuntutan sebagai Duta Eucerin yang melancarkan rangkaian produk terbaharunya Even Radiance yang membantu menyerlahkan kulit agar lebih terhidrat, berseri dan segar dalam jangkamasa dua minggu sahaja!
Sebaik sahaja Jeong So selesai mengenalkan diri, orang ramai bersorak sebagai tanda meraikan kedatangan bintang ‘Money Heist’ itu ke Malaysia.
Sekadar info, Jeong So dan penyanyi Ayda Jebat merupakan duta rasmi bagi produk kulit keluaran eucerin. Semalam Eucerin melancarkan satu lagi rangkaian produk wajah khas buat mereka yang mendambakan kulit persis kaca (Glass Skin).
Artikel berkaitan: Ji Hyo Terharu Sambutan Luar Biasa Peminat Malaysia, Berjanji Mahu Masak Nasi Lemak
Pelancaran rangkaian produk itu dihadiri oleh ramai pempengaruh media sosial dan pengamal media tempatan yang berlangsung di Westcourt Centre, sebuah pusat beli belah terkemuka di Putrajaya.
Rangkaian ini diilhamkan sebagai usaha mencipta rangkaian penjagaan kulit yang dapat membantu pengguna, memperoleh kulit kaca Korea yang lebih terhidrat, sihat dan berseri.
Artikel berkaitan: Tak Sangka ‘First Lady’ Korea Selatan Berusia 50 Tahun! Ramai Terkejut
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.