Isi Kandungan
TogglePenggemar K-drama pastinya mengenali aktress jelita, Jun Jeong So yang dilabel sebagai ‘Bad-ass Tokyo’ kerana watak berani matinya dalam drama bersiri yang menjadi fenomena hingga trending di Netflix berjudul ‘Money Heist’.
Semalam, aktres berusia 29 tahun itu telah berkunjung ke Malaysia bagi memenuhi tuntutan sebagai Duta Eucerin yang melancarkan rangkaian produk terbaharunya Even Radiance yang membantu menyerlahkan kulit agar lebih terhidrat, berseri dan segar dalam jangkamasa dua minggu sahaja!
Pertama Kali Jejak Kaki Ke Malaysia, Jeong So Akui Dah Jatuh Cinta!
“Saya tidak pernah datang ke sini sebelum ini, dan ini adalah kali pertama saya berada di Malaysia.
“Saya dah mulai ‘jatuh cinta’ dengan negara ini, dan saya juga suka hotel yang saya kunjungi.
“Saya tidak sangka akan ada ramai orang yang hadir pada hari ini, untuk bertemu dan berbual bersama saya. Saya sungguh berbesar hati dijemput ke sini. Selamat berkenalan dengan anda semua,” kata Jeong So pada sesi pengenalan diri.
Sebaik sahaja Jeong So selesai mengenalkan diri, orang ramai bersorak sebagai tanda meraikan kedatangan bintang ‘Money Heist’ itu ke Malaysia.
Sekadar info, Jeong So dan penyanyi Ayda Jebat merupakan duta rasmi bagi produk kulit keluaran eucerin. Semalam Eucerin melancarkan satu lagi rangkaian produk wajah khas buat mereka yang mendambakan kulit persis kaca (Glass Skin).
Artikel berkaitan: Ji Hyo Terharu Sambutan Luar Biasa Peminat Malaysia, Berjanji Mahu Masak Nasi Lemak
Pelancaran rangkaian produk itu dihadiri oleh ramai pempengaruh media sosial dan pengamal media tempatan yang berlangsung di Westcourt Centre, sebuah pusat beli belah terkemuka di Putrajaya.
Rangkaian ini diilhamkan sebagai usaha mencipta rangkaian penjagaan kulit yang dapat membantu pengguna, memperoleh kulit kaca Korea yang lebih terhidrat, sihat dan berseri.
Artikel berkaitan: Tak Sangka ‘First Lady’ Korea Selatan Berusia 50 Tahun! Ramai Terkejut
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Kerap Gatal Telinga Sampai Ganggu Kerja Harian. Apa Puncanya?
Pernah tak anda rasa gatal sangat dalam telinga yang boleh menggangu aktiviti harian anda. Rasa sakit itu seolah-olah gatal dan rasa macam nak tercabut telinga tu kan? Tetapi, apa punca terjadinya gatal, geli dan sakit di dalam telinga ini?
Rasa gatal di dalam telinga dengan kerap sangat membuatkan anda memaksa diri untuk memasukkan putik kapas, putik kapas sehingga rasa gatal tersebut hilang. Akan tetapi, rasa gatal itu tetap datang kembali dan membuatkan kerap memasukkan jari ke dalam telinga.
Artikel Berkaitan: Sabun Cuci Baju Boleh Menyebabkan Alahan Dan Boleh Meragut Nyawa Anda
Tahukah anda, memasukkan apa-apa barang di dalam telinga boleh menyebabkan luka dan ianya tidak baik untuk kesihatan dalam telinga anda. Selain itu, dengan adanya luka yang sedia ada itulah yang membuatkan rasa gatal dan geli itu berlaku. Salah satu penyebab gatalnya di dalam telinga itu adalah kerana mungkin ada mempunyai tindakbalas alahan. Sama ada dari segi alahan terhadap makanan atau produk pembersih yang digunakan. Produk pembersih adalah seperti syampoo atau perapi rambut.
Dengan itu, anda perlu lebih teliti dan memastikan jenis makanan yang anda tidak boleh makan atau akan mendapat alahan yang menyebabkan kegatalan di anggota badan anda. Dalam konteks ini merupakan gatal di dalam telinga. Akan tetapi, ada juga yang menyebabkan oleh cuaca. Di mana cuaca sejuk akan membuatkan seseorang itu mata dan hidung berair selain gatal dibahagian dalam telinga.
Selain daripada alahan makanan, penggunaan putik kapas pula akan membuatkan telinga berasa sangat gatal. Ini kerana kotoran yang tersumbat berada di dalam telinga akibat tolakan dari putik kapas. Mungkin anda melihat kotoran pada putik kapas akan tetapi sebenrnya kotoran selebihnya itu sudah melekat dan berkumpul di dalam telinga.
Terdapat beberapa perkara yang dilarang untuk anda lakukan apabila berasa gatal didalam telinga. Antaranya adalah:
- Memasukkan putik kapas ke dalam telinga
- Memasukkan jari anda ke dalam telinga
- Memasukkan sebarang cecair tanpa sebarang nasihat atau atas suruhan doktor
- Menyapu ubat krim tanpa nasihat daripada doktor.
Jangan lupa untuk membuat pemeriksaan pakar atau doktor supaya masalah dapat dikesan dan diatasi. Selain itu, pemeriksaan yang lebih teliti sangat penting supaya tiada luka atau iritasi yang berlaku. Ya, memang akan gatal tetapi jangan sesuka hati takut nanti lagi teruk.
Artikel Berkaitan: Resdung Boleh Reda Tanpa Bergantung Ubat, Doktor Ini Kongsi Tip Salah Satunya Kurangkan Makanan Manis
Sumber: Medianamy.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Senaman ‘Skipping’ Bantu Untuk Merawat ‘Mental Breakdown’ Yang Saya Alami”- Bella Zahir
Isi Kandungan
ToggleSenaman ‘skipping’ merupakan salah satu senaman yang banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Bukan sahaja mampu mengurangkan lemak di bahagian perut, malah senaman ini juga berupaya untuk membakar kalori dengan tinggi.
Selebriti terkenal, Bella Zahir antara artis yang kerap kali memuat naik video senaman ‘skipping’nya di laman Instagram. Memilih untuk menjadikan senaman itu sebagai hobi terbaru dikala pandemik Covid-19 melanda negara, team Hijabista menemu-ramah pengacara berkaliber ini tentang hobinya yang terbaru iaitu senaman ‘skipping’.
Sejak bilakah anda mula berjinak-jinak dengan senaman ini?
Secara jujurnya, saya mula melakukan senaman ini pada hujung bulan Jun yang lalu. Masih baru dan sedang memperbaiki apa yang kurang dalam senaman ini.
2. Mengapa memilih senaman ‘skipping’ ini sebagai hobi yang baru?
Saya sebenarnya memang sukakan aktiviti-aktiviti yang sebegini. Sebelum ini saya gemar melakukan senaman yoga ataupun latihan HIIT Cardio. Tetapi lama-kelamaan sudah menjadi bosan dan ingin melakukan senaman yang lain. Jadi, saya kira senaman ‘skipping’ ini antara senaman yang banyak kebaikannya terutamanya apabila saya banyak meluangkan masa di rumah ketika pandemik ini melanda.
3. Apakah kebaikan senaman ini yang anda perolehi?
Seperti yang saya katakan tadi, ia menjadi salah satu cara untuk saya menghilangkan rasa bosan di rumah. Selain itu juga, sepanjang pandemik ini berlaku dan saya banyak menghabiskan masa di rumah, kadang-kala ia memberi kesan kepada emosi, perasaan juga mental saya. Hal ini saya tidak bicarakan kepada orang lain, tetapi hakikatnya itulah yang terjadi kepada saya. Untuk memastikan saya tidak terlalu fokus melayan perasaan, jadi senaman ini banyak membantu saya untuk kembali positif, bertenaga dan kekal bersemangat. Stamina tubuh badan juga semakin meningkat! Selain itu juga, bahagian atas badan saya sudah sedikit mengecil. Jujurnya saya tidaklah meletakkan apa-apa matlamat untuk menguruskan badan apabila melakukan senaman ini, tetapi saya akui ada sedikit perbezaan pada saiz tubuh badan saya.
4. Pernahkah anda mengalami sebarang kecederaan semasa melakukan senaman ini?
Alhamdulillah, saya tidak pernah lagi mengalami sebarang kecederaan.
Selain itu juga, sepanjang pandemik ini berlaku dan saya banyak menghabiskan masa di rumah, kadang-kala ia memberi kesan kepada emosi, perasaan juga mental saya. Hal ini saya tidak bicarakan kepada orang lain, tetapi hakikatnya itulah yang terjadi kepada saya. Untuk memastikan saya tidak terlalu fokus melayan perasaan, jadi senaman ini banyak membantu saya untuk kembali positif, bertenaga dan kekal BERsemangat.
5. Berapa kerap anda melakukan senaman ini?
Selalunya saya akan melakukan senaman ini empat hingga lima hari dan akan berehat selama dua hari untuk memastikan otot-otot saya berehat dan pulih seperti sediakala. Selalunya saya akan melakukan senaman ini pada waktu pagi selepas Subuh atau jika saya sibuk bekerja, saya akan mengambil sedikit masa pada waktu petang selepas Asar. Lazimnya, saya akan menghabiskan masa dalam 15 minit untuk 1000 lompatan. Tetapi saya juga ‘target’ untuk membuat 5000 lompatan. InsyaAllah!
6. Apakah perkara yang harus dilakukan sebelum, semasa dan selepas melakukan senaman ‘skipping’?
Untuk sebelum senaman, saya akan makan satu jam sebelum memulakan senaman ini untuk memberi tenaga pada tubuh badan. Semasa melakukan senaman ‘skipping’ ini pula, pastikan anda sentiasa bernafas supaya anda dapat melakukan pelbagai jenis rentak lompatan ‘skipping’. Apabila kita menahan nafas, jadi ia menyukarkan kita untuk terus melompat dalam tempoh yang lama. Bagi selepas senaman pula, pastikan anda ‘cool down’ dahulu dan selepas beberapa minit barulah anda makan untuk menambahkan semula tenaga dan otot-otot boleh pulih seperti biasa. Jika saya mahukan bentuk senaman yang saya lakukan lebih ekstrem, saya akan tambahkan latihan HIIT Cardio seperti plank ataupun squat untuk memastikan rutin senaman saya lebih menarik dan tidak bosan.
7. Apakah tiga perkara penting untuk mereka yang mahu melakukan senaman ini?
Pertamanya, usah bandingkan kemampuan serta prestasi kita dengan yang lain, terutamanya dengan mereka yang sudah lama melakukan senaman ini. Lakukan senaman ini dengan mengikut kemampuan diri kita. Kedua, fahami dan pelajari dulu perkara asas tentang senaman ‘skipping’ ini untuk mengelakkan sebarang kecederaan ataupun kesilapan ketika melakukannya. Terakhir sekali, anda harus suka dengan apa yang anda lakukan untuk memastikan kualiti senaman kita berada dalam tahap yang baik dan memberikan kebaikan kepada tubuh badan.
Jika saya mahukan bentuk senaman yang saya lakukan lebih ekstrem, saya akan tambahkan latihan HIIT Cardio seperti plank ataupun squat untuk memastikan rutin senaman saya lebih menarik dan tidak bosan.
Sumber gambar & video: Instagram Bella Zahir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senjata Rahsia Kecantikan Kulit Wanita Korea ‘Glowing’, Hanya Menggunakan Ratu Segala Madu.
Isi Kandungan
ToggleMadu adalah bahan manis dan melekit yang dihasilkan dan disimpan oleh lebah dalam sarang. Dalam bentuk semula jadi, madu dihasilkan oleh aktiviti enzim, bahan tumbuhan dan bakteria hidup yang bergabung untuk menghasilkan bahan yang kuat dengan ratusan kegunaan praktikal.
Proses unik yang menghasilkan madu menjadikannya sangat berharga untuk kegunaan kosmetik, seperti membersihkan jerawat, menyembuhkan parut dan menyerikan warna kulit. Madu mentah yang tidak dipasteurisasi mempunyai potensi paling besar untuk digunakan secara topikal pada kulit. Bagaimana pula cara madu boleh disapu pada wajah anda dan membantu kulit anda.
Kebaikan menggunakan madu untuk wajah
Madu mentah dibungkus dengan komponen yang bermanfaat untuk kulit anda, terutamanya jika anda mempunyai masalah kulit berjerawat atau autoimun seperti ekzema atau psoriasis. Malah pertumbuhan berlebihan Candida boleh dikawal dengan menggunakan madu pada kulit anda.
Madu mentah membantu mengimbangi bakteria pada kulit anda, yang menjadikannya produk yang bagus untuk digunakan untuk jerawat. Madu Manuka telah dikaji sebagai produk anti-jerawat dan didapati jauh lebih berkesan daripada produk popular lain.
Madu mempercepatkan proses penyembuhan sel kulit. Jika anda mempunyai cela atau wabak ekzema, madu yang tidak dipasteurisasi boleh mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan keradangan. Madu Manuka sangat berkesan untuk menyembuhkan luka dengan cepat sehingga kini digunakan oleh doktor dalam tetapan klinikal. Madu mentah juga merupakan pengelupasan semulajadi, yang bermaksud sapuan pada muka anda menghilangkan kulit kering dan kusam dan mendedahkan sel kulit baru.
Kegunaan madu pada muka
Madu untuk jerawat muka, psoriasis, dan ekzema
Sapukan madu ke muka anda agak mudah, walaupun terdapat pelbagai cara untuk melakukannya. Madu untuk keadaan kulit kronik boleh dirawat dengan pes, dirawat di tempat, atau dengan topeng muka yang anda biarkan selama beberapa minit. Perkara yang paling penting tentang menggunakan madu untuk merawat keadaan ini adalah menggunakan madu yang tidak dipasteurisasi, seperti madu manuka.
Adalah penting bahawa madu yang anda gunakan masih mengandungi bakteria yang sihat untuk menjadi berkesan. Ini akan mengaktifkan sistem imun anda dan membantu dengan keradangan dan kemerahan, serta menyembuhkan cela.
Salah satu cara untuk menggunakan madu untuk wajah anda ialah mencampurkannya dengan bahan-bahan lain untuk mencipta rawatan topeng muka yang menenangkan. Sebelum melakukan ini, pastikan anda melakukan ujian tampalan madu dan sebarang bahan lain untuk memastikan anda tidak akan mengalami reaksi alahan.
Amaran alergi: Jika anda mempunyai reaksi alahan terhadap debunga, saderi atau produk berkaitan lebah lain, elakkan daripada menggunakan madu pada kulit anda.
Madu untuk pudarkan parut
Madu membantu proses penyembuhan kulit anda, yang boleh membantu memudarkan parut jerawat. Anda boleh menggunakan madu sebagai rawatan bintik pada parut, sapu setiap hari tampal di bekas parut.
Anda juga mungkin melihat hasil menggunakan topeng muka madu sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan. Perlu diingat bahawa apa yang kita ketahui tentang kebolehan penyembuhan madu adalah terhad dan masih berkembang. Satu kajian mendapati bahawa madu mungkin tidak baik untuk parut yang disebabkan oleh luka bakar dan luka dalam.
Kesan sampingan sapuan madu pada muka
Madu tidak mungkin menyebabkan reaksi alahan pada kebanyakan orang. Sentiasa uji produk baharu pada bahagian kecil kulit anda yang kelihatan minimum untuk mengetahui sama ada andamempunyai alahan kesan menggunakan produk tersebut.
Pastikan anda mengeluarkan sebarang madu dari muka anda sebelum anda tidur. Madu yang tertinggal di muka anda boleh menarik habuk dan serpihan lain, yang boleh memburukkan lagi jerawat yang aktif. Menariknya lagi anda tidak perlu bersusah-payah menggunakan madu yang asli, denga adanya produk rangkaian terbaharu dari Korea ini semua masalah kulit boleh selesai.
Madu Kecantikan Jenama Korea Berbaloi Dimiliki
Sebagai jenama penjagaan kulit mampan terkemuka dari Korea, I’m From dibina berdasarkan falsafah ketelusan dan penyumberan beretika. Jenama penjagaan kulit menghormati alam semula jadi dan tawarannya yang melimpah dengan memastikan setiap bahan yang digunakan dalam produknya dituai secara mampan, dipelihara dan dirumus untuk mengekalkan keasliannya.
Dengan tujuh rangkaian berbeza yang tersedia seperti Madu, Ginseng, Mugwort, Buah Tin, Pokok Vitamin, Beras dan Pear, produk I’m From dirumuskan untuk memenuhi tutntutan masalah semua jenis kulit seperti kombinasi, kulit kering atau malah berminyak.
Rangkaian bintang I’m From diadun daripada bahan semula jadi yang bertahan dalam ujian masa dengan keberkesanannya yang luar biasa. Madu yang digunakan ini dituai sekali setahun dari Kampung Hamyang Wolpyeong di Gunung Jiri, Korea Selatan. Pada ketinggian 1,000m di atas paras laut, kampung ini menyediakan ekosistem yang ideal untuk koloni lebah di mana lebah kekal tidak terganggu dan terdedah kepada flora yang berbeza sepanjang tahun. Selepas penuaian, ramuan holy-grail diproses secara minimum untuk mengekalkan keberkesanannya.
Ia juga dijadikan kompleks khas yang dipanggil Honey Glow Queen™, yang memberikan kelembapan yang kaya kepada kulit yang bermasalah dan terjejas. Senjata rahsia rangkaian adalah gabungan istimewa madu tulen dan tidak diproses, propolis lebah hitam, kunyit, debunga lebah, racun lebah, kayu manis dan jeli diraja. Ini antara rangkaian produk I’m from yang anda tidak menyesal beli:
I’m from Honey Mask, RM113
Topeng Madu yang memenangi pelbagai anugerah ini dirumus dengan 38.7% madu asli yang luar biasa. Dengan teksturnya yang kaya, baldu dan tidak melekit, Topeng Madu ini meresap ke dalam kulit dan memberikan penghidratan yang mendalam dan khasiat yang mendalam untuk kulit yang lembut, lembap dan kelihatan gebu.
PETUA: Gunakannya dengan kerap untuk mencergaskan semula kulit yang kusam, letih dan dehidrasi untuk mencapai cahaya terang dari dalam.
I’m from Serum Madu, RM103
Dirumus dengan kompleks khas Honey Glow Queen™, serum lazat ini mencerahkan kulit yang kusam sambil melembapkan kulit dari dalam. Menambah rangsangan kelembapan pada kulit yang terjejas, serum ini membantu menguatkan penghalang kulit dan meminimumkan tanda-tanda penuaan. Teksturnya yang tebal seperti madu memberikan kulit kemasan yang licin dan berkilat.
I’m from Honey Glow Cream, RM119
Dirumus dengan 30.63% Honey Glow Queen™, pelembap bertekstur sutera ini meresap jauh ke dalam kulit dan memulihkan nisbah keseimbangan air-minyak sambil menghidratkan semula kulit yang dahaga. Apa yang membuatkan krim idaman ini istimewa adalah sifat pemantul cahayanya yang diperoleh daripada minyak zaitun semulajadi, yang memberikan kulit kemasan yang berembun dan bercahaya.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI