Bilqis Abdul-Qaadir adalah pelopor dalam dunia pendidikan Islam dan hak wanita. Namanya disegani dan menjadi sejarah kerana dia merupakan wanita Islam pertama yang bermain bola keranjang NCAA (National Collegiate Athletic Association).
Bilqis Abdul-Qaadir merupakan seorang Hijabi Amerika yang sentiasa mempunyai impian besar untuk bermain bola keranjang profesional. Dia telah menunjukkan beberapa persembahan ‘cemerlang’ sepanjang kerjayanya, serta sering menjadi tajuk utama di seluruh dunia kerana keazamannya dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap agama Islam.
Melakar Sejarah di NCAA (National Collegiate Athletic Association)
Menjadi wanita Islam pertama yang berhijab untuk bermain bola keranjang dalam sejarah NCAA adalah peluang yang baik untuk Bilqis mewakili Islam di pentas besar. Namun, Bilqis akui terbeban apabila menjadi ‘spotlight’ dan sorotan ramai. Dia akui bukan mudah untuk memecahkan persepsi masyarakat terhadap wanita berkulit hitam dan beragama Islam.
Dia mendedahkan bahawa menjadi ‘minoriti’ adalah perjalanan yang sangat sukar sukar. Ada ketikanya Bilqis terpaksa meminjam bilik persalinan pasukan lain untuk beribadat. Pun begitu, Bilqis mengakui berbangga dengan keimanan dan pegangannya.
“Menjadi satu-satunya orang Islam adalah sukar. Kami solat lima kali sehari, dan kadang-kadang saya perlu solat semasa latihan atau semasa perlawanan. Ada ketikanya saya terpaksa meminta izin untuk menggunakan bilik persalinan pasukan lain untuk solat. Tetapi saya semakin berbangga dengan iman saya dari semasa ke semasa.” katanya melalui Insider.
Bukan itu sahaja, dia telah diiktiraf sendiri oleh bekas Presiden Barack Obama sebagai ‘inspirasi’ dan dijemput ke Rumah Putih pada 2009. Bahkan, dia merupakan salah seorang daripada 14 orang Muslim Amerika yang dijemput ke ‘percubaan tertutup’ dengan Presiden Obama pada 2015.
Ads
Pertahankan hak untuk memakai hijab
Pada 2013, Bilqis menghadapi cabaran terbesar dalam kerjayanya ketika dia bersedia untuk bermain di Eropah. Pemakaian hijabnya dikatakan melanggar peraturan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa yang melarang penggunaan penutup kepala tertentu. Oleh itu, dia tidak dapat bermain secara profesional. Pada waktu itu, dia hampir menyerah dan berputus asa.
Bilqis mengambil masa empat tahun dan berjuang untuk menentang undang-undang tersebut sebelum Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa( FIBA) akhirnya meluluskan peraturan baharu yang membenarkan pemain memakai penutup kepala pada 2017.
Bilqis Abdul-Qaadir is the reason women can wear hijabs on FIBA basketball courts, but the four-year fight to get there sidelined her own basketball career
Peraturan baru tersebut telah berjaya membuka mata ramai. Bukan itu sahaja, peraturan tersebut turut diguna pakai bukan sahaja kepada wanita Islam, tetapi juga kepada lelaki Sikh yang memakai serban dan lelaki Yahudi yang memakai ‘kippah’.
Tambahan itu, hasil perjuangannya, dia turut memenangi anugerah ‘Freedom from Fear (Bebas dari Ketakutan)’ di Kongres Dunia UNI di Liverpool kerana menjadi wanita pertama memakai tudung dalam sejarah NCAA serta berani menentang peraturan FIBA .
Ads
“Mengetepikan impian bermain secara profesional adalah satu pengorbanan. Dalam kes saya, kadangkala anda boleh melepaskan sesuatu yang anda suka sebagai pertukaran untuk sesuatu yang lebih baik. Sekarang saya melihat buah pengorbanan saya.”’
Sepanjang kerjayanya, dia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pemain Gatorade Massachusetts 2009, Western Massachusetts Player of the Year, C-USA Academic Medalist 2010 dan pelbagai anugerah lain.
Kisah perjuangan Bilqis turut difilemkan dalam sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Life Without Basketball’ yang diiarahkan oleh Tim O’Donnell dan John Mercer pada tahun 2018.
Menggalakkan orang ramai memakai hijab
Ads
Hijabista sempat menjengah ke Instagram Bilqis dan mendapati dia masih meneruskan perjuangannya dan menggalakkan orang ramai untuk memakai hijab sempena World Hijab Day. Dia tidak lupa untuk memuji kecantikan dan usaha orang ramai dalam pemakaian hijab.
Bilqis kini merupakan pengarah sukan masjid London dan merupakan pengasas bersama Dribling Down Barriers, sebuah program latihan yang menggalakkan kepelbagaian dalam bola keranjang. Bilqis kekal komited terhadap kepelbagaian dan penyertaan dalam sukan dan sedang giat berusaha untuk meningkatkan akses kepada sukan untuk gadis dan wanita Islam.
Dia juga merupakan seorang penceramah motivasi yang menggalakkan gadis dan wanita muda untuk mengejar impian mereka serta menjadi berani mengatasi pelbagai halangan dalam bidang yang diceburi. MasyaAllah, kisah perjuangannya wajar dipuji dan semestinya Bilqis Abdul-Qaadir merupakan pencetus inspirasi buat muslimah!
Alangkah gembiranya apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan. Percutian yang sudah lama dirancang bersama teman-teman akhirnya terlaksana apabila hati yang ditunggu telah tiba. Pastinya perancangan untuk menjelajah ke destinasi menarik bertambah seronok apabila melakukannya bersama teman-teman atau BFF.
Walau bagaimanapun perlu diingatkan apabila berada di luar negara, ada beberapa adab yang perlu diikuti bagi mengelakan sebarang kekecohan yang timbul. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
1. Berkunjung Ke Restoran
Tidak semua restoran membenarkan kita untuk membawa makanan dari luar. Jadi sekiranya anda mahu membawa masuk apa-apa seperti sambal, nasi goreng atau apa sahaja, minta kebenaran terlebih dahulu. Jika tidak dibenarkan, beli sahaja di situ dan makan di tempat lain. Selain itu juga, kebanyakan restoran tidak akan izinkan anda untuk menempah satu jenis makanan tetapi berkongsi untuk dua orang. Awas jangan sampai anda dihalau dari restoran berkenaan.
2. Penginapan Di Guesthouse
Biarpun anda membayar harga penginapan tetapi tidak bermakna anda boleh buat apa sahaja. Anda harus patuhi peraturan yang ditetapkan. Jika lampu perlu ditutup jam 11 malam, jadi janganlah anda untuk curi-curi menggunakannya. Dan satu lagi perlahankan volume suara anda supaya tidak menganggu penghuni lain. Lagi satu yang penting, jika booking untuk dua orang, jangan memandai untuk tambahkan sehingga 3 atau 4 orang.
3. Kemas Meja Selepas Makan
Jika anda makan di restoran makanan segera, pastikan anda kemas semula meja selepas makan. Sekurang-kurangnya angkat pinggan, cawan dan buang sampah dalam tong disediakan. Kebanyakan orang kita yang pergi ke luar negara tidak buat perkara ini disebabkan sikap sendiri.
4. Kongsi Peralatan Dengan Orang Lain.
Jika menginap di tempat yang menyediakan beberapa katil sebilik, janganlah anda bersikap dominasi dengan menggunakan power supply sendiri sahaja. Elakkan juga menggunakannya sehingga tempoh 24 jam, sebaliknya beri peluang pada orang lain menggunakan barang elektrik mereka. Dan paling mudah bawa sekali multiple plug untuk dikongsi beramai-ramai.
5. Penggunaan Tandas Awam
Ada adabnya jika anda menggunakan tandas di beberapa negara maju seperti Eropah, Jepun dan lain-lain. Bagi mereka, membasahkan lantai adalah satu perbuatan sangat biadap. Sama juga dengan perbuatan membasahkan seat tandas. Jika anda menggunakan air untuk membersihkan diri selepas buang air kecil atau besar, gunakan air yang minima dan berhati-hati. Dan lagi satu jika mengambil wuduk pula jangan membasuh kaki sebaliknya gunakan kaedah khuf, atau isi air dalam botol dan cuci kaki di luar.
6. Pengangkutan Awam
Jika menggunakan pengangkutan awam, anda perlu mengikut peraturan dengan beratur sebelum menaikinya. Jika berada di tempat kita amalan tidak beratur itu adalah perkara normal.
7. Jarak Antara Kenderaan Bila Memandu
Jika anda memandu, pastikan jarak yang selamat dengan kereta depan. Di negara Eropah yang maju, pemandu akan memastikan jarak mereka sentiasa selamat.
8. Petik Bunga
Usah gatal tangan untuk memetik bunga jika melihat ladang atau taman bunga yang sedang berkembang. Walaupun cantik, batalkan sahaja niat untuk memetik kerana masyarakat di negara luar tidak gemar pelancong memetik bunga mereka. Lagi satu usah juga memijak bunga berkenaan kerana dianggap perbuatan biadap.
9. Hormati Budaya Negara Tersebut
Contohnya jika anda melawat negara bukan Islam, elakkan dari mengutuk atau ‘buat muka’ jika ada yang menawarkan anda daging babi, daging katak, ular atau arak. Anda boleh tolak pelawaan tersebut dengan sopan dan baik. Sila hormati makanan mereka.
10. Elakkan Pergaduhan Dengan Orang Tempatan
Elakkan pergaduhan dengan orang tempatan, apatah lagi merosakkan harta benda di negara tersebut. Sekiranya anda dimarah atau dicabar oleh mereka sebaiknya walk away sahaja dan tidak perlu panjangkan cerita. Bila kita berada di luar negara secara tak langsung kita membawa imej negara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menjadi kerisauan buat diri apabila kenangkan masa yang akan tiba sekiranya berlaku perkara yang tidak di duga. Mungkin anda boleh berada dalam keadaan miskin tanpa sedari.
Segala kemungkinan pasti akan menjadi persoalan penting di dalam kehidupan. Ada perkongsian yang boleh di amalkan untuk elakkan perkara ini berlaku.
Amalkan Lailaahaillallah 100 kali dalam sehari
Kekafiran dan kemiskinan membawa maksud di mana keadaan hidup yang ramai tidak mahu berada–ada yang bakal lihat kehidupan yang senang-lenang boleh jadi miskin. Jadi ramai yang tidak senang hati bila fikirkan tentang perkara ini.
Ya, apa-apa yang berlaku kita pasti tidak dapat elakkan, bahkan, ia sangat tidak di duga. Apa-apa yang berlaku adalah dugaan tuhan yang sukar kita elakkan.
Melalui perkongsian di TZKRH.com, terdapat satu amalan dan pelbagai doa yang boleh membantu dari segi kerohanian. Antara amalan yang sering menjadi amalan bagi menjauhkan kemiskinan dan ingin menjemput kekayaan adalah dengan zikir ‘LailahaillaAllah’ sebanyak 100 kali.
Sudah tentu ada sumber riwayat yang menjelaskan perkara ini, seperti:
من قالَ في يومٍ مئةَ مرَّةٍ : لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الحقُّ المبينُ كانَ لهُ أمانًا منَ الفقرِ ، واستجلَبَ بهِ الغنى ، وأمنَ من وحشةِ القبرِ ، واستقرعَ بابَ الجنَّةِ
Maksud: “Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’
Maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia meraih dengannya kekayaan, selamat daripada keperitan kubur dan dengannya dia akan dapat mengetuk pintu syurga.”
Tetapi hadis ini berstatus munkar, kenapa? Hadis ini telah di riwayatkan oleh perawi yang lemah, maka kurang tahap kepercayaan dan tidak di terima jika ia berdiri dengan sendiri.
Juga terdapat amalan yang lain sehaluan dengan amalan ini yang lebih baik–memohon ampun kepada Allah. Ia telah di nyatakan dengan jelas dan terang dalam Al-Quran, Surah Nuh, ayat yang ke-12.
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.”
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Surah Nuh, 71:10-12)
Erti kata lain di sini–menjadi miskin atau perubahan dalam kehidupan itu semuanya adalah duniawi. Tetapkan pada diri kekayaan bukan kerana harta tetapi pahala untuk akhirat.
Majlis yang berbeza bermakna mencuba penampilan yang berbeza untuk wanita malah lelaki juga. Tetapi adakah anda tahu bahawa bahagian penting dalam menyatukan ensemble anda juga adalah tentang mendapatkan sepasang cermin mata hitam dan padanan jam yang betul?
Dengan cuaca yang meningkat dan matahari yang terik, lensa anda menjadi penyelamat dan penambah gaya. Diilhamkan sebuah komuniti pemimpi dan pereka yang berdedikasi untuk aksesori mengikut masa yang tepat dan berakar umbi dalam tradisi Belgium yang berdedikasi tinggi terhadap kualiti dan kraf, HIJABISTA persembahkan jenama baharu di pasaran Malaysia dengan pelbagai jenis bingkai dan jam tangan yang cukup menarik untuk anda gayakan.
KOMONO ialah lensa pada fesyen global, dibuat dengan teliti dan dihantar tepat pada masanya, ia bermaksud “small thing” dan ahlinya berkongsi minat untuk menyaring budaya terbaik ke dalam bentuk yang paling mudah. KOMONO ialah gabungan sempurna Penglihatan dan Masa. menjadikan jenama ini fesyen global di hujung jari anda.
KOMONO membawa inovasi dan reka bentuk kontemporari ke dalam dunia aksesori. Dengan gaya yang diilhamkan, palet warna yang mengejutkan dan estetika berfikiran ke hadapan, KOMONO telah berjaya menolak had selama lebih sepuluh tahun. Ditubuhkan pada 2009 Antwerp, Belgium oleh bekas pemain papan salji profesional Anton Janssens dan Raf Maes, KOMONO melanggar konvensyen dan menawarkan cadangan baharu yang segar.
Sama ada cermin mata hitam, aksesori cermin mata hitam, optik, jam tangan atau topeng ski, KOMONO menerima percubaan dan mencadangkan gambaran masa depan di sini dan sekarang. Berakar umbi dalam persekitaran fesyen Antwerp, terkenal dengan visi radikalnya yang berbeza, KOMONO menjadikan avant-garde mudah diakses dan berpatutan.
The MONO
The Mono adalah tentang mengekspresikan diri anda. Mempunyai pilihan daripada pelbagai warna yang menakjubkan, putih segar dan oren neon terang kepada oker hangat dan hijau hutan . Terdiri daripada tali silikon lut sinar yang sepadan, sarung PC dan kaca akrilik berwarna, koleksi ini terdapat warna dalam monokrom.
The KATE
Jam tangan serba boleh untuk anda gayakan harian. Bentuk seni bina yang elegan, Kate boleh didapati dalam pilihan bahan dan kombinasi warna.
The KONRAD
Ruji gaya mewah, jam tangan persegi terkenal sukar untuk mereka bentuk, jadi sudah tentu, KOMONO menyahut cabaran itu, mencari jalan untuk mencipta semula secara klasik. Konrad menampilkan dua pilihan pergerakan, satu diperhalusi dalam kesederhanaannya, satu lagi menonjol dalam kerumitan indeksnya. Bahagian tepi bawah sarung Konrad melengkung lembut untuk membentuk pergelangan tangan anda, dengan selesa mencipta ilusi sudut tajam. Seperti semua gelang kulit KOMONO, tali Konrad dipotong daripada kulit tulen Itali untuk kesesuaian dan rasa yang unggul.
Semua koleksi KOMONO boleh didapati di Vernakular Store atau di atas talian Lazada, Shopee and Zalora
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...