Sejak pemergian isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang dijemput ilahi pada 9 Ogos 2021, pelawak, Shuib Sepahtu tidak lekang dari diasak gossip tentang jodoh.
Malah, Shuib yang merupakan bapa tunggal kepada empat orang cahaya mata itu sering ‘dijodohkan’ oleh wargamaya, bersama artis yang dirasakan secocok hingga mendapat julukan ‘duda paling hangat di pasaran’.
Kalau Dah Jodoh Tak Kemana, Pergi Jauh-Jauh pun jumpa!
Terbaharu, perkongsian video yang dimuat naik oleh penyanyi, Siti Nordiana telah menjadi sorotan dan bualan hangat dikalangan wargamaya, yang mengaitkan penyanyi itu dengan penyampai radio Suria FM yang juga usahawan, Bubblebee berkenaan.
Menerusi sebuah hantaran video di laman Tik Tok, Siti Nordiana memaparkan dia kini sedang bercuti menaiki ‘cruise’, tetapi apa yang lebih menarik adalah biliknya berjiran dengan bilik Shuib.
Bagaimanapun, Hijabista difahamkan tujuan kedua selebriti itu berada diatas kapal pelayarab sama adalah kerana tuntutan kerja yang dirancangkan bersama stesyen radio berkenaan.
Ads
Naik ‘Cruise’, Cuba Teka Nana Berjiran Dengan Siapa?
Perkongsian rakaman Siti Nordiana yang bermain teka teki dan meminta para peminat serta wargamaya meneka, siapakah jiranya di atas kapal pelayaran tersebut, sebelum mendedahkan bahawa jiranya adalah Shuib telah membuatkan netizen membuat pelbagai spekulasi ‘nakal’ mengusik dua selebriti kesayangan mereka itu.
Ads
Hijabista meninjau ke ruangan komen dan mendapati, kebanyakan warganet memberikan persetujuan sekiranya pasangan ini disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan.
Setiap pasangan berkahwin pasti ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, ikatan perkahwinan tidak indah seperti dalam drama. Pasti ada pasang surutnya. Kuncinya, saling berkomunikasi agar pasangan memahami apa yang diinginkan pasangannya.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang pentingnya Al-Quran dalam menghidupkan rumah tangga. Wanita ini berkongsi bagaimana dia bertadarus bersama suaminya setiap hari. Pasangan suami isteri ini tinggal berjauhan dan hanya berjumpa pada hujung minggu.
Menariknya, mereka akan bertadarus bersama melalui Skype sama ada selepas Subuh atau pun malam. Ikuti perkongsian oleh Ummu Furqan ini.
Saya tak pandai nak menulis. Tapi terasa nak berkongsi tentang keberkesanan tips yg kami amalkan. Sebab bila baca luahan, rata-rata masalah rumahtangga sebab komunikasi yg kurang berkesan.
Bukan kata kami ni tak pernah gaduh, pernah juga namun Alhamdulilah mudah nak selesai. Insyaallah moga bermanfaat pada semua, samada sudah berkahwin atau belum.
Aku dan suami berusia 30 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Kami kahwin waktu masih belajar, sekarang baru 3 tahun melayari bahtera rumahtangga, cewah. Suami kerja dah sekarang. Kerja aku uruskan anak, suami dan rumah, suri rumah lah tu. Okey, Terus pada cerita.
Pesanan Tok Imam
Semuanya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Tok kadi merangkap imam taman panggil kami ke rumahnya. Kami borak-borak dan minum- minum macam biasa. Lepas tu tok imam tu pun minta bakal suami baca Al-Fatihah.
Kemudian tok imam pesan pada kami. Katanya “jangan lupa hidupkan Al-Quran dalam rumahtangga, Al-Quran ni mengeratkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga”.
Perghh, Memang menusuk ke hati masa ni. Bila dengar ayat ni rasa biasa je kan. Tapi sebab ucapan dari tok imam yg ikhlas tu yang buat terasa dalam sangat. Aku tak akan lupa kata-kata ni insyaallah. Petuanya Al–Quran… Tok imam tak cakap pasal jamu ke, wang ke, makanan ke, movie ke.
Azam Untuk Istiqamah
Jadi kami berazam nak cuba istiqamah dengan Quran. Tapi apa yang kami buat ni sikit saje, ramai lagi yang buat lebih dan dengan cara yang berlainan. Memang tak banyak, tapi alhamdulillah dapat istiqamah.
Lepas kahwin kami tak dapat duduk sekali. Aku baru habis buat lab, jadi aku tulis thesis kat rumah mak aku. Manakala suami ada sikit lagi yang nak dihabiskan. Perhubungan jarak jauh ni suami kena travel 2 jam untuk jumpa aku, jadi kami jumpa hujung minggu sahaja.
Dalam kesibukan suami siang masuk lab. Malam mengajar tuisyen dan kadangkala kerja katering. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk tadarus bersama setiap hari. Samaada selepas subuh atau malam.
Tadurus Melalui Skype
Kami jumpa melalui skype dan tadarus Quran sama-sama. Ya, kami guna skype untuk tadarus sama-sama. Kalau Line internet hampeh. Aku call suami guna telefon rumah dengan izin mak. Biasanya sehari kami baca setengah juzuk (10 muka surat), 5 muka surat seorang.
Bila suami balik, baru dapat tadarus sama depan-depan. Dan lepas mengaji kami buat meeting sikit berkenaan rumahtangga kami, kewangan dan lain-lain. Kalau jumpa dapatlah selak tafsir. Biasanya untuk tafsir kami baca dan cari kat youtube untuk lebih faham lagi.
Rezeki Hamil
Alhamdulilah lepas sahaja 2 bulan, aku mengandung. Dan alhamdulillah, syukur sangat dapat khatam Quran 3 kali waktu mengandung walaupun aku dan suami PJJ.
Bila anak dah lahir, kami masih PJJ waktu ini agak mencabar sebab kadangkala waktu mengaji anak memangis nak susu, nak peluk nak macam-macam si comel ni. Tapi kami cuba juga. Walaupun bilangan muka surat kurang. Tapi berjaya juga istiqamah.
Bila anak dah 6 bulan kami dapat semula tadarus setengah juzuk sehari. Sebab anak makin rileks. Masuk umur anak 2 tahun. Kami dapat hidup serumah. Suami dapat kerja yang dekat sangat dengan rumah, 5 minit je.
Setiap pagi lepas suami balik subuh kami tadarus sama-sama. Lepas tu aku masak bekal suami, sempat dhuha dan pergi kerja.
Saling Memahami
Apa hikmahnya ya. Sebenarnya memang banyak cabaran hidup kami ni. Bila fikir balik ada menitiskan air matalah. Cuma syukur, walau cabaran datang, aku masih menghormatinya. Aku tak terdaya nak angkat suara padanya. Dah duduk serumah pun rindu padanya.. Suami pun cepat memahami aku. Subhanallah, rasa bahagia dalam hati yang paling dalam ni.
Tipulah tak gaduh, cabaran ada, cabaran memedihkan. Aku tak nak cerita yang tu lebih. Cuma aku makin faham kenapa tok imam cakap macam tu. Bila kita tadarus dengan suami. Bila suami baca tersalah. Isteri akan tegur. Isteri tegur benda yang betul, suami tak boleh nak ego. Sebab fakta itu lah cara bacaan. Begitu juga bila isteri salah bacaan suami tegur dan ajar.
Turunkan Ego
Sekaligus tadarus ini berjaya menurunkan ego suami isteri. Bila ego dah kurang, rasa hormat dan menghargai tu makin bertambah. Kemudian bila sama-sama tak sure bacaan. Kami akan rujuk buku, YouTube, atau suami akan tanya kawan-kawan dia. Di sini dah ada unsur musyawarah, perbincangan. Dalam rumahtangga kena mudah diajak berbincang dan pandai berbincang.
Kemudian bila kita dengan bacaan pasangan kita, boleh melatih kita menjadi pendengar yg baik. Jangan lupa letakkan segelas air. Lepas mengaji tu minum sama-sama. Niatlah apa-apa pun. Tambah lagi dengan solat tahajjud sama-sama.
Aku jarang dapat jemaah dengan suami sebab Alhamdulilah suami akan berjemaah di masjid. Dan kalau anak behave baru aku pergi masjid atau suami bawa anak.
Istiqamah ini tidak lah menjanjikan tiada ujian pada kita. Hidup akan ada ujian. Tapi macam mana cara kita menanganinya. Fuh.. Allah itu maha kuasa.
Maaf sangat andai ada yg terasa. Aku bukan niat nak riak. Cuma nak berkongsi. Aku sendiri tak dibesarkan dalam keluarga yg tahu baca Quran. Mak abah aku merangkak juga awalnya.
Aku dengar sendiri macam mana budak kecik gelak dengar abah aku baca muqaddam. Aishh. Rasa panas hati ni. Tapi alhamdulillah. Berkat usaha mak abah. Mak sekarang dah jadi ustazah kat taman. Ajar mengaji.
Ayuh Dalami Al-Quran
Ada ceramah yang aku dengar, bila belum lancar membaca Quran. Jangan target berapa muka surat dulu. Target berapa minit kita baca. Mungkin boleh set dengan pasangan. Setiap hari 15 minit ke, setengah jam ke. Hanya untuk Quran. Mendalami Quran. Lagi elok kalau berguru dengan sesiapa.
Mungkin boleh berguru seminggu sekalikan. Maybe kita selalu fikir waktu tak ada nak baca Quran ni. Tapi kita ingatkan diri kita, Allah yg kawal waktu tu, kalau ada masa untuk Allah, pasti Allah mudahkan kerja kita (ya.. janji ini pasti). Yang penting kita usaha buat.
Maaf andai nampak macam aku mendesak. Aku nak kita sama-sama rasa indahnya perasaan ini. Dan ini lah salah satu kunci bahagia rumahtangga. Ramai lagi yg buat lagi banyak dan elok dari kami. Jom kongsi ya.
Mungkin anda pernah mengalami masalah kotak suis elektrik dipenuhi dengan semut. Tertanya-tanya juga mengapa masalah ini terjadi. Sudah dibersihkan pun semut masih lagi bersarang dalam kotak suis yang sama berulang kali.
Jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan, ia boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik di rumah anda. Maka sebab itulah masalah ini perlu diselesaikan dan ianya tidak boleh ‘hilang’ sendiri.
Memang hairan melihat semut bersarang dalam kotak suis elektrik. Apa yang menyebabkan begitu banyak semut berkumpul di sana sehingga menyebabkan peralatan rosak?
Rupa rupanya, semut memang tertarik pada gelombang elektrik. Apabila mereka hampir, renjatan elektrik akan membunuh semut tersebut secara serta merta lalu membebaskan sejenis bahan kimia pheromones.
Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan lebih banyak semut akan mati! Apabila terlalu banyak bangkai semut, barang elektrik akan rosak dan menyebabkan kerugian.
Untuk mencegah:
*Pastikan ruang ruang barang elektrik di rapatkan
*Letakkan bahan penghalau semut di kotak elektrik
*Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik
*Lakukan pembersihan dengan berkala
HIJABISTA: Jika tidak yakin untuk menukar sendiri kotak suis elektrik, dapatkan khidmat juru elektrik. Jangan risikokan keselamatan anda kerana jika tersalah langkah boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Bibir yang cantik bukan sahaja terletak kepada saiz atau warnanya malah cara penjagaan bibir juga turut menjadi faktor untuk menjadikan bibir tampak seksi. Malahan, solekan yang tepat seperti pemilihan gincu yang betul juga turut menjadikan bibir lebih berseri, kemas dan rapi.
Ramai diantara kita yang selalu meninggallkan langkah penjagaan rapi bibir. Ha! Kalau nak cantik, kenalah jaga seluruh bahagian anggota badan tau! Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada kamu semua tentang tip penting yang wajib kamu ikut untuk menghasilkan bibir yang mungil dan seksi!
1. Exfoliator
Untuk menjadikan bibir lebih halus dan lembut, kamu boleh menggunakan sikat kecil lembut (atau sikat gigi) dan tambahkan sedikit petroleum jelly di atasnya. Kemudian, sikat perlahan dengan gerakan memutar pada bibir. Cara ini mampu untuk menghapuskan kulit-kulit mati di bibir Jika mahu lebih ringkas, gunakan masker bibir atau ‘exfoliator lipstick’.
2. Lip gloss
Selepas menggunakan gincu, sapukan lip gloss untuk membuat bibir tampak lebih berisi dan tebal. Warna lip gloss yang berkilat akan menambah dimensi bibir sehingga akan memberikan kesan yang seksi dan mungil.
3. Concealer
Sentuhan ‘concealer’ tidak hanya pada bibir namun juga pada garis luar bibir sebelum menggunakan gincu. Sapukan concealer menggunakan jari ataupun brush. Concealer mempunyai fungsi untuk menjadikan lipstick tahan lebih lama, ia juga akan memberi ‘effect’ bibir lebih tebal sekiranya gincu dipakai di bahagian garisan bibir.
4. Overdraw Garis Bibir
Selain concealer, kamu juga boleh menggunakan lip liner hingga melebihi garisan bibir. Untuk kesan yang menarik, kamu boleh menggunakan lip liner dengan warna yang natural, cerah dan terang. Setelah melukis garisan bibir, gunakan concealer untuk menutupi garis bibir yang asli. Sesudah itu barulah kamu memakai lipstick untuk menghasilkan bentuk bibir yang sempurna.
5. Elak Memakai Gincu Gelap
Memakai warna lipstik yang gelap akan membuat bibir tidak mungil dan nampak kusam. Sebaiknya pilihlah warna lipstick yang terang untuk memberikan kesan seksi dan berisi pada bibir.
6. Lip Plumper
Lip plumper adalah sebuah produk khusus yang digunakan untuk mencipta ilusi ketebalan pada bibir. Caranya adalah bersihkan dulu bibir anda. Kemudian, gunakan alat ini sehingga kamu mendapatkan ketebalan bibir yang kamu mahu. Ia mampu membuatkan bibir berkilat dan tidak kering.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...