Bila Waktu Malam Susah Nak Tidur, Cubalah Baca Doa Ini & Zikir

Share

Waktu malam adalah waktu untuk kita berehat selepas seharian penat bekerja. Tidur adalah aktiviti yang memberikan tubuh dan minda kita untuk berehat.

Mungkin anda pernah mengalami masalah hendak tidur. Walau bagaimanapun jika mata ‘gagal’ lelap, bagaimana tubuh dan minda dapat berehat? Apa yang boleh dilakukan ialah cuba lapangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Baca amalan doa dan zikir-zikir seperti yang dikongsikan ini ya.

DOA SUSAH HENDAK TIDUR

Adakalanya, datang penyakit susah nak tidur. Badan penat, mata mengantuk tapi bila baring tidak boleh hendak lelapkan mata. Mungkin sebab otak kita banyak sangat berfikir bukan?

Photo by shvets-production from Pexels.

Jadi, jika ada masalah susah hendak tidur, boleh amalkan doa ini.

Doa Susah Tidur

اللّهُمَّ غََارَتِ النَُّّجُومُ وَهَدَأتِ الْعُيُونُ وَأَنتَ حَيٌّ قَيُّْومٌ لاَّ تَأْخُذُكَ سِنَةٌ وََّلاَ نَوْمٌ يَاحَيُّ يَاقَيُّْمُ أَهْدِيْ لَيْلِي وَأَنِمْ عَيْنِي

Allahumma ghaaratin nujuumu wa hada’atil ‘uyuunu wa anta hayyun qayyuumul laa ta’khudzuka sinatuw wa laa nauum, yaa hayyu yaa qayyuumu ahdi’lailii, wa anim ‘ainii.

“Ya Allah.. bintang telah redup, mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup terus menerus mengurus mahkluk. Tidak menimpa-MU rasa ngantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus mahkluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”

(HR. Ibnu Sunni)

Kalau susah hendak tidur, zikir dan cuba tenangkan diri dan kosongkan fikiran. Jangan banyak fikir perkara yang lepas ataupun yang akan terjadi esok. Insha Allah mudah anda hendak tidur.

Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu.
Berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.

Photo by andrea-piacquadio from Pexels.

Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Amalkan rutin ini setiap malam sebelum anda melelapkan mata.

Sumber kredit: Mohd Ibrahim Top image: Photo by miriam-alonso- from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza