Kata orang, antara tips untuk memikat suami adalah melalui masakan dan air tangan isteri. Bila perut kenyang, suami pasti akan rasa gembira. Hati si isteri juga pasti akan rasa berbunga apabila melihat suami makan dengan begitu berselera sekali. Terasa suami begitu menghargai penat-lelah isteri yang bertungkus-lumus memasak di dapur.
Buat isteri yang tidak bekerja dan hanya menguruskan rumah tangga, anda tentunya lebih penat daripada wanita yang bekerja kerana anda sendiri tidak berehat dan bekerja 24 jam. Tentunya sekali sekala anda mahu berehat dan memanjakan diri di spa. Tetapi masih tidak berpeluang dek kerana jadual yang sibuk. Perlu menjaga anak, memasak untuk suami dan mengemas rumah hinggakan kadang-kadang merungut juga dengan bebanan yang dipikul setiap hari.
Jangan selalu merungut bila suami suruh memasak ya kerana ada sebab disebaliknya yang kita tak tahu. Ayuh kita baca perkongsian oleh Auzlien Sham tentang isteri yang sebak apabila mendapat tahu sebab mengapa suaminya meminta dia masak setiap hari. Semoga bermanfaat untuk isteri di luar sana.
Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.
Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya…
Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya…
”Hmm… Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni…”
”Ya sayang… Apa dia? Tanyalah… ” jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.
”Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke…??” soalku lembut.
”Ermm tak. Kenapa sayang???” pendek dan ringkas jawapan dia.
”Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang…
”Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat… saya kadang-kadang stress…”
Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.
Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis…
”Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak…”
Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali…
”Hmm… Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari…”
3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu ‘rahsia’ tersebut.
”Pertamanya ialah kerana… Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang… ”
Allah… aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa… dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi…
”Kedua… kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni…”
Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami…
”Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una ‘hadiah’ ketika mana abang pulang di waktu petang…”
Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku…
”Takpe… Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In sya Allah, abang masak sendiri k. Dah… jangan nangis…” Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan ‘berpuasa’ tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah… Ampuni aku dan rahmatilah suamiku…
Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri…
Utk para isteri terutama suri rumah sepenuh masa… bersyukurlah…
Wallahu A’lam..
LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah.
Dia banyak MENGALAH dari
umur yang sangat muda.
Dia membelanjakan
semua duit,
untuk beli HADIAH,
untuk yang dia CINTA,
hanya untuk melihat
dia TERSENYUM..
Dia KORBANKAN masa
Bujangnya hanya untuk seorang WANITA….
Dia KORBANKAN masa
mudanya demi isteri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.
Dia bina MASA DEPAN
Dia telah bersusah payah tapi masih dimarahi Isteri dan BOSS. Kehidupan Dia
berakhir hanya untuk
MENGALAH demi
KEBAHAGIAAN orang lain
Kalau dia keluar rumah, kata org dia MERAYAU…
Kalau dia tinggal dirumah, kata org dia MALAS….
Kalau dia marahi anak-anak, kata org dia GALAK…
Kalau dia tak marah, kata Org dia laki-laki yang TAK TEGAS…
Kalau dia tak bolehkan isteri bekerja, kata org dia seorang yang MENGONGKONG…
kalau dia bolehkan isteri bekerja, kata org dia MAKAN gaji isteri.
Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAMI
Kalau dia dengar kata isteri,kata org dia GTBI
(Geng Takut Bini)
Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG…
Kalau tak mahu tolong
wanita lain, katanya KEJAM..
Tapi di tengah terpaan
segala macam tuduhan,dia tetap TEGAR…. KUAT
Dialah LAKI-LAKI….
HARGAILAH setiap LAKI-LAKI dalam hidup anda.
Anda tidak akan pernah tahu apa PENGORBANAN yang
sudah dilakukan buat Anda.
Boleh dikirim ke semua LAKI-LAKI supaya mereka TERSENYUM dan kepada semua wanita supaya mereka SEDAR bahawa
LAKI-LAKI itu amat BERHARGA…. walau seburuk apapun suami mu…
Sumber: Facebook Auzlien Sham