Berbagai usaha sudah dilakukan dalam usaha untuk menurunkan berat badan namun hasilnya tetap mengecewakan. Bila berat badan sukar turun, kita akan rasa kurang bertenaga dan mudah rasa letih dan lesu.
Pasti ramai yang tahu tentang body mass index (BMI), tapi pernahkah anda dengar tentang basal metabolic rate (BMR)?
Sebenarnya badan kita sentiasa membakar kalori walaupun semasa kita menonton televisyen, berbaring mahupun ketika tidur. Itulah maksud BMR. BMR ialah jumlah kalori yang dibakar oleh badan dalam keadaan rehat.
BMR yang rendah ialah keadaan di mana seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah.
KADAR METABOLISME RENDAH MENYEBABKAN KITA SUKAR KURUS DAN TIDAK SIHAT
Ramai yang mengadu mereka sukar menurunkan berat badan. Ada juga yang mengadu berat badan mereka tidak lagi menurun setelah kehilangan 5 kg atau 10 kg dari berat asal.
Apa sebenarnya yang terjadi?
Mungkin kadar metabolisme atau basal metabolic rate (BMR) telah menjadi rendah. Ini mungkin yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menurunkan berat badan.
Seperti mana yang kita tahu bahawa BMR adalah kadar penghasilan tenaga dalam badan kita ketika kita rehat dan tidur yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon.
Ini bermakna ketika kita rehat dan tidur, tenaga dihasilkan dan digunakan dalam jumlah yang tetap bagi menggerakkan pernafasan (fungsi paru-paru dan jantung), otak dan fungsi organ yang lain.
Jadi tahap BMR yang menentukan berapa banyak dan cepat pula tenaga dalam tubuh kita (dalam nilai kalori) dibakar.
Mereka yang mempunyai nilai BMR yang tinggi akan membakar tenaga lebih banyak dan cepat, dengan ini memudahkan penurunan berat badan.
Jadi bagi mereka yang mengalami ‘keadaan yang plateau’ ketika menjalani program diet, atau dalam bahasa yang mudah ialah berat badan tidak lagi mahu menurun, berkemungkinan besar telah mengalami tahap BMR yang rendah.
Ads
Bagaimana kita mengetahui seseorang mengalami masalah BMI yang rendah
1. MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN
Mereka yang mempunyai masalah BMI yang rendah biasanya akan mengalami masalah berat badan seperti sukar mengurangkan berat badan, dan senang pula meningkatkan berat badan.
2. MUDAH BERASA PENAT DAN LESU
Oleh kerana tenaga yang dihasilkan tidak mencukupi dan mengambil proses yang lebih lama, mereka yang mempunyai masalah BMR yang rendah akan lebih cepat penat dan lesu. Mereka akan berasa cepat penat bila melakukan aktiviti fizikal. Mereka juga mungkin mengalami rasa penat dan memerlukan rehat yang lebih lama.
3. TAHAP KESIHATAN YANG RENDAH
Mereka mungkin kelihatan pucat, sering penat, mudah demam, rambut mudah gugur dan tidak bertenaga. Mereka yang mempunyai BMI yang rendah akibat masalah kekurangan hormone tiroid akan menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu.
4. MUDAH BERASA SEJUK
Mereka yang mempunyai masalah BMR yang rendah akan mudah berasa sejuk terutama dalam musim hujan atau berada dalam hawa yang dingin. Mereka sering mengadu bahawa pendingin hawa terlalu kuat padahal orang di sekeliling berasa panas.
Apakah yang mempengaruhi BMR kita dan bagaimana hendak meningkatkannya?
1. UMUR
Secara purata apabia seseorang lelaki sudah berusia 40 tahun, dan seorang wanita telah berusia 35 tahun, tahap BMR mereka akan menurun sebanyak 5% setiap 10 tahun. Bagaimana hendak mengekalkan tahap BMR setelah mencecah usia ini, caranya ialah kekal aktif dalam melakukan aktiviti fizikal. Cara terbaik bagi umur sebegini ialah berjalan kaki.
2. JANTINA
Lelaki dikatakan membakar lebih banyak kalori pada waktu rehat berbanding wanita. Ini bermakna wanita mempunyai BMR yang lebih rendah dari lelaki. Tetapi itu tak semstinya berlaku.
Wanita yang mempunyai tubuh yang kurang lemak berlebihan mempunyai tahap BMR yang lebih tinggi dari lelaki yang mempunyai lemak yang berlebihan dalam tubuh. Kata kuncinya ialah hilangkan lemak yang berlebihan, ia membantu meningkatkan semula BMR kita.
Ads
3. NISBAH PERATUSAN OTOT BERBANDING DENGAN LEMAK
Peratusan otot dalam tubuh (terutama pada lelaki) akan menentukan tahap BMR dalam tubuh kita. Oleh itu bagi lelaki, melakukan aktiviti mengangkat berat (bertujuan untuk meningkatkan peratusan otot dalam tubuh) membantu mereka meningkat nilai BMI.
4. KETURUNAN
Faktor keturunan juga mempengaruhi. Ramai orang yang tidak pernah ada masalah peningkatan berat badan walaupun kelihatannya mereka makan banyak. Sentiasa kelihatan kurus.
Ini mungkin disebabkan faktor keturunan. Namun ia bukanlah sesuatu yang sihat apabila memakan tanpa kawalan walaupun berat badan mengikut nilai BMI yang dicadangkan. Ini kerana ramai orang kurus tetapi mempunyai banyak penyakit kronik akibat amalan pemakanan yang buruk.
5. MASALAH KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid merembeskan hormone tiroid T3 dan T4 yang mempengaruhi tubuh menghasilkan tenaga ketika beraktiviti dan dalam keadaan rehat. Mereka yang bermasalah untuk menghasilkan hormone tiroid secara efektif, dikatakan mengalami masalah penyakit kekurangan hormone tiroid (hypothyroid).
Mereka akan mengalami masalah berat badan dan nilai BMR yang rendah. Cara terbaik bagi mereka adalah mendapatkan rawatan bagi memastikan hormone tiroid mencukupi dalam tubuh.
6. DEHIDRASI
Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan tubuh kita tidak dapat menghasilkan tenaga yang secukupnya, kerana proses penghasilan tenaga memerlukan air yang banyak. Apabila kita berehat, penghasilan tenaga juga perlahan, dan dikatakan nilai BMR kita menjadi rendah.
Minum lebih banyak air kosong sangat membantu menghasilkan tenaga. Bagaimana dengan air manis? Air manis (penuh dengan gula) akan menjadi sumber tenaga yang cepat, tetapi ia menyebabkan lebih banyak insulin yang dikeluarkan. Jika kita tidak beraktiviti, semua gula yang diserap ke dalam tubuh akan disimpan sebagai lemak.
Ads
7. BANYAKKAN BERPUASA
Apabila kita berpuasa atau tidak makan selama enam jam, tubuh mula akan membakar lemak dalam tubuh. Lemak akan menghasilkan tenaga yang diperlukan. Adakah tubuh akan merendahkan nilai BMR apabila kita berpuasa seperti yang dilaporkan oleh sesetengah saintis?
Tidak betul, nilai BMR akan diturunkan agar tubuh menyimpan lebih banyak tenaga apabila kita tidak mengambil makanan. Ini hanya berlaku apabila kita mengalami kebuluran, bukan disebabkan kita berpuasa atau menjarakkan waktu makan.
Apabila kita tidak makan melebihi 36 jam, tubuh akan merendahkan nilai BMR, agar kita mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi apabila menghadapi kebuluran. Jadi ada cadangan yang menyuruh kita makan lebih kerap untuk mengelakkan nilai BMR menjadi rendah adalah tidak benar. Terutama apabila kita tidak beraktiviti setelah kita makan. Ia hanya akan mengumpulkan lemak.
8. MAKAN MAKANAN BEREMPAH DAN PEDAS
Mengambil makanan berempah dan lebih pedas dapat meningkat nilai BMR seseorang. Contohnya kita mengambil cili, yang mengandungi ialah komponen bioaktif capsaicin meningkatkan BMR. Selain itu boleh tambahkan lada putih atau lada hitam dalam makanan. Meletakkan secubit serbuk kayu manis dalam minuman juga dapat meningkat BMR.
9. SENAMAN MEMBINA OTOT
Secara mudah saya boleh beritahu, senaman kardio seperti berlari dapat membakar lemak, tetapi tidak meninggikan BMR. Hanya senaman mengangkat berat (dan membina otot) dapat meningkatkan BMR. Menambahkan otot pada tubuh menjadikan membakar lemak dan tenaga ketika kita berehat.
10. MENGAMBIL PROTEIN DALAM MAKANAN
Untuk meningkatkan BMR, kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dimana penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan cepat. Cuba tingkatkan pengambilan protein terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi protein atau protein dari sumber bukan daging merah.
Penghadaman protein mengambil masa yang lebih lama dan pada masa yang sama banyak enzim dan hormone dikeluarkan seperti glukogon yang meningkatkan BMR dalam tubuh.
6. MENGAMBIL KALSIUM
Makanan dan minuman yang mengandungi kalsium yang tinggi seperti susu dapat meningkatkan BMR dan memetabolismekan lemak lebih efisen. Minum segelas susu sehari membantu tubuh membakar kalori lebih cepat dan menyebabkan BMR meningkat.
Siapa yang ada masalah sinki dapur atau saliran air yang selalu sangat tersumbat? Masalah singki tersumbat ini merupakan perkara biasa. Namun, siapa je tak ‘stress’ bila nak masak kat dapur je singki tersumbat… Memang ‘spoil’ mood betul!
Sinki merupakan satu ‘ruang kerja’ yang paling penting di dapur kerana ia adalah tempat untuk mencuci ikan, ayam, sayur-sayuran dan pinggan mangkuk setiap hari. Masalah singki tersumbat mungkin disebabkan terdapat cebisan sisa makanan, minyak, lemak atau rambut yang tersekat di dalamnya.
“Aduh, boleh pula sinki tersumbat… Barang-barang masak dah ada, kejap lagi pula ‘rushing’ nak keluar….. takkan nak panggil tukang paip pulak. Apa nak buat ni?”
Sinki tersumbat memang boleh buat sakit kepala. Bukan setakat sinki di dapur je, sinki dalam bilik air pun sama. Susah lah nak cuci muka atau berus gigi bila sinki dah tersumbat ni. Bila sinki dah tersumbat, memang serabut lah nampaknya hari-hari anda. Dah lah kotor, susah nak buat kerja dan paling penting kalau nak baiki memang agak mahal!
Okay pertama sekali, anda kena bertenang sebab kebanyakan masalah sinki tersumbat tidaklah serius mana dan ia boleh diselesaikan dengan cepat dengan menggunakan hanya bahan yang dah tersedia di rumah. Bak kata orang, buat apa membazir jika boleh DIY(Do It Yourself) je! Berikut adalah beberapa teknik yang anda boleh gunakan.
Gunakan penyedut habuk kering dan basah
Anda mungkin hanya mempunyai penyedut habuk atau vakum kering yang sesuai untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Namun, lebih baik jika anda mempunyai vakum yang juga boleh digunakan dalam keadaan basah. Ini kerana vakum tersebut boleh digunakan untuk membersihkan sinki yang tersumbat.
Cara untuk menggunakan penyedut habuk kering dan basah untuk bersihkan sinki yang tersumbat ialah:
Letakkan hujung hos pada lubang sinki
Kemudian, pastikan anda menutup kesemua ruang di sekeliling hos tersebut untuk menjadikannya kedap udara
Jika anda mempunyai sinki dengan dua lubang air, tutup lubang air kedua dengan kedap
Setelah itu, hidupkan vakum kepada kelajuan yang tertinggi
Sisa makanan yang tersumbat akan disedut keluar dengan berkesan
Bersihkan sinki tersumbat dengan air panas
Cara kedua mat mudah dan penting untuk anda lakukan adalah dengan menggunakan air panas yang mendidih. Tujuannya adalah untuk menghilangkan sisa atau kotoran degil yang melekat di dinding paip sinki anda.
Ikuti teknik seperti di bawah:
Masak air dalam periuk atau cerek air sehingga mendidih
Setelah air mendidih, tuangkan air panas tersebut secara perlahan-lahan melalui lubang air pada sinki
Air panas akan membantu mencairkan segala lemak, minyak dan juga gris yang melekat dalam paip sinki
Buat berulang kali untuk hasil yang lebih baik
Gunakan campuran cuka dan baking soda
Cara yang seterusnya adalah menggunakan baking soda dan cuka. Ia merupakan antara cara biasa atau klasik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat. Kalau anda nak tahu, cara ini juga lebih lembut berbanding penggunaan bahan kimia yang lain.
Langkah-langkahnya ialah:
Tuangkan satu cawan baking soda ke dalam lubang air sinki
Kemudian, campurkan satu cawan cuka ke dalam lubang tersebut
Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk campuran tersebut bertindak balas
Setelah itu, bilas dengan air panas untuk melancarkan lagi paip air yang tersumbat
Tambahan itu, kedua-dua bahan ini memang sangat berguna bukan saja untuk memasak, tetapi juga untuk tujuan mencuci. Jadi, kalau belum ada 2 bahan ini, bolehlah beli dan simpan stok di rumah. Memang memudahkan!
Gunakan plumber snake
Kalau nak ikutkan, orang dulu-dulu hanya gunakan penyangkut baju besi atau lidi penyapu saja untuk korek sisa dalam saluran sinki tersumbat. Namun sekarang, anda boleh mencuba dengan menggunakan alat yang disebut plumber snake. Ianya merupakan sejenis kabel yang digunakan untuk menyingkirkan segala sisa dan gris yang mendap dalam paip saluran sinki.
Caranya ialah:
Masukkan kabel plumber snake melalui lubang sinki
Kemudian, pusingkan pemegang kabel tersebut bagi menyingkirkan sisa yang melekat dalam paip sinki
Setelah itu, tarik keluar kabel tersebut
Ulangi langkah di atas untuk mendapatkan kesan yang lebih baik
Gunakan pam air
Salah satu cara lain yang paling klasik untuk membaiki sinki tersumbat adalah dengan menggunakan pam atau pelocok. Pam air boleh digunakan untuk melancarkan paip sinki yang tersumbat. Pasti anda pernah pam tapi tak menjadi kan? Nak pam pun ada caranya tau.
Cara terbaik untuk menggunakan pam ini ialah seperti berikut:
Letakkan pam pada lubang sinki
Buka paip air dan biarkan air bertakung dalam sinki sehingga menenggelamkan getah pam tersebut. Pastikan tiada air yang keluar melalui lubang sinki
Setelah itu, tutup paip air dan mula mengepam
Tekanan air daripada sinki boleh membantu memberikan tekanan yang tinggi dalam saluran sinki. Ini boleh membantu menggerakkan sisa tersumbat.
Cegah sinki dapur daripada tersumbat
Ini adalah perkara paling penting. Orang kata ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk pastikan sinki dapur anda tidak tersumbat di masa hadapan. Antaranya ialah:
Jangan tuangkan minyak, lemak, atau serbuk kopi dan teh ke dalam lubang sinki. Ini boleh menyebabkan paip air mudah untuk tersumbat
Pasang perangkap sisa pada lubang sinki. Perangkap sisa boleh menahan segala sisa makanan terutama yang berlemak daripada terus masuk ke dalam lubang air
Tuangkan air panas secara berkala untuk mengelakkan pemendapan sisa yang terlalu lama sehingga menyebabkan salur air menjadi tersumbat
Sebagai kesimpulan, ada 6 teknik yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah sinki tersumbat diantaranya gunakan vakum kering dan basah, air panas, campuran cuka dan baking soda, plumber snake, pam air dan elakkan sinki dapur daripada tersumbat. Anda perlu ingat kalau sinki tersumbat, ia bukan sahaja menyekat laluan keluar air, tetapi juga menghasilkan bau yang busuk. Selamat mencuba!
Sumber info dan gambar: Hello Doktor, Canva dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meskipun sudah membersihkan wajah dengan pencuci muka, terkadang masih ada sisa-sisa kotoran di wajah. Jika hal itu terus dibiarkan, sisa kotoran pada wajah akan menyumbat pori-pori sehingga membuat wajah terlihat kusam dan mengundang timbul jerawat.
Lantas bagaimana cara membersihkan wajah hingga bersih namun tidak memakan waktu yang lama? Hijabista senaraikan gajet kecantikan terkini untuk hijabi yang padat dengan jadual aktiviti harian.
1. FOREO – Kotoran terhakis dengan gerakan mesin tangan
Untuk memastikan kulit bersih secara optimum dengan hanya memanfaatkan berus comel yang diilhamkan jenama FOREO ini! Didatangkan dalam pelbagai bentuk dan warna menarik, bilah-bilah berus pencuci wajah ini juga bertekstur lembut pada kulit kerana diperbuat daripada material silikon. Gajet canggih pencuci muka ini, memastikan kotoran muka anda terhakis bersih dengan gerakan mesin serta sensasi getaran yang dilengkapi oleh setiap berus pencuci FOREO.
Berus-berus pencuci wajah keluaran FOREO ini sememangnya berkualiti dan diiktiraf oleh ramai pengguna. FOREO pernah menerima pelbagai penganugerahan terhadap hasil inovasinya.
2. DYSON – Stailkan rambut dengan cara terkini yang lebih beralun.
Rambut yang lembut selepas diberus sering nampak halus dan nipis. Namun, dengan menggunakan pengering rambut hebat Dyson, ianya mengeringkan rambut dengan baik tanpa merosakkan. Dengan pengudaraan yang lancar, ianya memudahkan hijabi untuk mengeringkan sambal menggayakan rambut pada waktu yang sama.
Tidak dinafikan, apabila bertudung rambut kita akan mudah menjadi kusut memandangkan ianya berada di dalam tudung pada waktu yang lama. Di samping itu, rambut kita juga akan kelihatan leper setelah terperap untuk sekian lama. Namun, tiada masalah yang tidak boleh diatasi.
Dengan bantuan pengering rambut Dyson, ianya membantu memudahkan proses pengeringan rambut secara semula jadi sekaligus mengurangkan kekusutan rambut dan membaik pulih rambut. Senangkan?
Menggunakan teknologi Heat Shield dimana udara panas itu dilapisi dengan udara panas di atasnya. Pengering rambut Dyson Supersonic ada empat mod tetapan suhu, tiga tetapan pengaliran udara dan juga mod sejuk. Oleh itu, ianya akan memberikan sensasi hebat buat rambut anda dan membuatkannya tampak memukau tanpa sebarang kerisauan!
3. Nu Skin’s ageLOC LumiSpa – Membuang sisa solekan dan toksin.
Gandakan kesan pembersihan wajah dengan gajet Nu Skin ageLOC LumiSpa yang bertindak membersihkan wajah secara optimum serta menguatkan kulit daripada dalam. Dengan frekuensi dan putaran yang tepat, ia menyentuh kulit wajah dengan lembut untuk menanggalkan kotoran, minyak, sisa solekan dan toksin agar kulit lebih halus, bersih dan bebas cela. Hadir dengan tiga pilihan kepala rawatan silikon iaitu Gentle, Normal dan Firm yang boleh dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit anda, ia sangat lembut dan tidak menyakitkan. Cukup mudah, hanya perlukan dua minit dua kali sehari untuk membersihkan wajah agar kulit lebih sihat, dan kekal muda. Sesuai untuk hijabi yang padat dengan jadual aktiviti harian.
4. GHD Air Professional Performance Hairdryer – Elak rambut leper setelah buka hijab
Pengering rambut Profesional ini membawa pengalaman salun ke rumah melalui reka bentuk yang canggih dan prestasi yang hebat. Dibangunkan dengan kerjasama stylists, GHD Air menyediakan sehingga dua kali lebih cepat pengeringan dengan keriting dikurangkan untuk blowout salun yang sempurna. Ia mempunyai teknologi ionik maju yang membolehkan penjana perindustrian mengunci kelembapan, dan dikuasakan oleh kekuatan profesional, motor 1600-watt AC yang dibina untuk bertahan lama.
Reka bentuk yang anggun dan ergonomik menjadikannya mudah untuk digunakan sama ada anda pengguna tangan kanan atau kiri. Ia mempunyai tetapan haba yang berubah-ubah, dua kelajuan untuk kawalan disesuaikan untuk setiap jenis rambut, dan butang pukulan sejuk untuk menetapkan gaya. Jaring pengering yang halus, berkilauan, hasilnya tahan lama dengan kurang kesan rambut keriting.Hijabi boleh Merapi rambut dan mengayakannya dengan sentuhan wow walaupun berhijab, rambut tidak kelihatan leper ketika hijab di buka. Wow bukan!
Sigma Beauty 2X Sigma Spa Brush Cleaning Glove direka bentuk sebagai peningkatan daripada sarung tangan asal yang memaparkan bukan sahaja satu, tetapi DUA JUTA untuk keselesaan tambahan dan peralihan mudah dari mata ke muka.
Bersihkan berus solekan anda lebih cepat dengan sarung tangan asal dengan 8 tekstur pembersihan yang canggih termasuk 2 tekstur baru – Refined Plus Eyes & Refined Plus Face. Semua tekstur yang dinaik taraf mempunyai prestasi tinggi, peningkatan silikon untuk lebih berkesan dan lebih bersih.
6. Scholl Velvet Smooth Express Pedi – Tiada lagi rekahan dan kematu pada kaki
Gajet elektronik penjagaan kecantikan yang perlahan-lahan menyingkirkan kulit keras pada kaki dengan mudah dan serta-merta. Kulit keras itu adalah kalus, penebalan kulit di dasar kaki. Ramai orang tidak suka kaki kematu dengan kesan rekahan yang boleh mencacatkan apabila menyarungkan sandal. Walau bagaimanapun, terlalu banyak juga boleh menyakitkan. Jika kematu kaki menjadi terlalu besar atau retak, anda boleh menjadi tidak selesa dan terdedah kepada jangkitan.
Oleh itu, Scholl Velvet Smooth Express Pedi berperanan untuk menarik keseimbangan. Sekiranya gaya hidup anda memerlukan membuat aktiviti lebih mudah, pastikan ia tetapi trim jika terlalu tebal dan menyebabkan kesakitan.
Scholl Velvet Smooth Express Pedi mempunyai kepala roller yang unik dengan kristal berlian, yang perlahan-lahan menghilangkan kulit keras dan membuat kaki terasa licin. Dilengkapi dengan ciri keselamatan yang kunci penggelek di kaki yang terlalu banyak tekanan dikenakan juga mencegah sebarang kecederaan. Untuk mengekalkan kelembapan kulit kaki disarankan mengguna losyen kaki atau badan.
7. GingerChi Chi Roller Anti Aging Jade Therapy – Batu terapi menganjalkan kulit wajah.
Penggelek Jade bukanlah baharu, sebenarnya roller jed ini telah digunakan selama berabad-abad dahulu untuk meningkatkan keanjalan kulit dan anti-penuaan. Batu berharga ini mempunyai sifat yang membolehkannya menjadi sejuk pada sentuhan, yang menutup liang-liang yang besar, mengencangkan kulit dan bahkan meningkatkan kesesakan sinus. Apabila suhu itu benar-benar panas dan melekit, simpan roller di dalam peti sejuk dan boleh juga untuk mengurangkan lagi bengkak mata. Gajet ini pasti tidak akan mengecewakan pada hijabi yang memiliki.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kagum dengan pentas peragaan baru-baru ini di MITEC, Kuala Lumpur, Dato Jovian Dato’ Jovian Mandagie sebagai Pengarah Kreatif, Cheetah Malaysia mengetengahkan gaya-gaya terpilih dari tahun 90-an. Cheetah Malaysia memperkenalkan koleksi terbaharu berinspirasikan sukan tenis, “Summer/ Spring 2022” (S/S 22’).
Koleksi ini menandakan permulaan baharu dalam arah reka bentuk jenama ini dalam usaha syarikat ini memperbaharui koleksi pakaian yang berkonsepkan lebih ‘segar’, sesuai dengan trend “fast fashion” terkini. Ini juga merupakan pertunjukan fesyen Cheetah yang pertama sejak tahun 1989 dan dijangka menjadi salah satu pertunjukan fesyen terbesar di Malaysia.
Dengan 70 orang model di pentas peragaan, koleksi ini menampilkan ciri-ciri berinspirasikan daripada gaya dan suasana dari Kejohanan Wimbledon. Dihasilkan khas oleh Dato’ Jovian sendiri, koleksi ini menunjukkan minat Cheetah dalam menumpukan usaha mendekati golongan bandar dan terus menarik minat pelanggan sedia ada dan segmen pasaran yang berpotensi. Pada masa yang sama, Cheetah juga mengukuhkan kedudukan di dalam dan luar negara dalam arena fesyen.
Imbau kenangan 28 tahun
Di acara tersebut, Dato’ Jovian mengenang kembali memori zaman kanak-kanak beliau memakai pakaian Cheetah untuk aktiviti sekolah yang seterusnya menjadi inspirasi beliau dalam menghasilkan koleksi ini. “Koleksi pertama Cheetah saya sangat sentimental. Ia mengimbau kembali kenangan 28 tahun yang lalu, di mana ibu saya telah membelikan pakaian Cheetah saya yang pertama untuk kelas Pendidikan Jasmani (PJ). Saya berasa sangat seronok memakai pakaian berjenama buat kali pertama dan saya masih ingat lagi saya berasa sangat bangga memakai Cheetah pada ketika itu,” dedah Dato’ Jovian Mandagie.
“Peluang yang diberikan untuk mereka seluruh koleksi pakaian ini bersama Cheetah merupakan satu penghormatan buat saya. Kami bekerja keras dalam menghasilkan koleksi ini demi memastikan ia mencapai tahap kesempurnaan yang disasarkan, terutamanya buat golongan ‘millennial’. Melalui koleksi ini juga, kami ingin meningkatkan semangat ‘menyokong jenama tempatan’ supaya lebih ramai orang menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai banyak jenama yang hebat di negara ini untuk dibanggakan,” kata Dato’ Jovian Mandagie lagi.
Koleksi relevan dengan gaya hidup sekarang
Fesyen 90-an menyaksikan kemunculan daripada era ‘glamazon’ yang menampilkan ciri-ciri sederhana dan jenama pakaian mampu milik yang menjadi ikutan ramai golongan, terutamanya anak-anak muda. Para konsumer menggemari kombinasi fesyen pakaian sukan dan jalanan di mana ia telah berubah menjadi gaya ‘athleisure’ pada hari ini. Dengan kepercayaan yang kuat bahawa pendekatan ini malar dan sentiasa relevan dengan gaya hidup semasa, Cheetah merealisasikan idea ini serta menterjemahkannya dalam koleksi ini.
Koleksi S/S 22’ ialah kombinasi sukan dan gaya hidup yang menggabungkan fesyen dan keselesaan serta lengkap dihasilkan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dengan pemilihan material yang dilakukan penuh teliti dan sentuhan palet warna campuran yang ‘fusion’, rekaan koleksi ini menggambarkan pendekatan yang lebih menyegarkan oleh Cheetah.
Pada masa yang akan datang, Cheetah dan Dato’ Jovian Mandagie akan terus bekerjasama untuk menyediakan koleksi baharu, serta mempertingkatkan kualiti barangan Cheetah agar lebih relevan dan lebih selaras dengan keperluan pengguna muda, yang mewakili pasaran sasaran utama.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...