Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Tinggalkan Zaman ‘Kegemilangan’, Demi Dalami Agama!
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
“Betul la, bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
Ads
“Masa tu tak berhijab lagi, tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
“Love Your Hijrah Journey Babe,” – Netizen
HIJABISTA sempat menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istiqamah dalam hijrahnya.
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
Ads
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Teknik solekan yang betul amat penting untuk dilakukan agar solekan menjadi lebih kemas dan flawless tanpa sebarang cela! Tanpa kaedah solekan yang betul, agak sukar bagi anda untuk mendapatkan kesan flawless yang diinginkan.
Oleh itu, team Hijabista kongsikan beberapa tip solekan untuk anda mencapai efek ‘picture perfect!
1. Aplikasi tatarias perlulah lembut. Sayangi wajah anda, sapuan dan olesan yang dilakukan tidak perlu diikuti dengan memek wajah yang tidak sepatutnya.
2. Hasilkan endless look menggunakan lima rona untuk efek flawless dan natural. Manakala intensiti wet look untuk efek lebih dramatik.
3. Sapuan bagi menyamar noda disarankan pada bahagian tertentu sahaja. So, there are no embarassing lines on skin. Sapuan berlapis tidak akan tahan lama.
4. Beri definisi buat mata lebih galak. Untuk tidak cepat kering, gariskan eye liner pada korner mata, bukan di tengah-tengah. Dengan tiga layer warna berbeza, anda tampil lebih istimewa.
5. Pipi memberi efek 3D, maka cubalah rona beige pada tulang rahang disusuli ton merah jambu di apple of the cheeks untuk hasil sofistikated dan girly.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, semalam telah berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan Dan Terengganu.
Lebih menarik lagi, apabila Penyanyi RAP tersohor, Altimet buat pertama kalinya berjaya memperoleh mandat rakyat untuk menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya serta terus menjalankan tugas bermula hari ini dengan mengekalkan rutin menunaikan ibadah Subuh di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pagi tadi.
Altimet Mula Tugas Degan Imarahkan Masjid!
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Altimet sendiri menerusi beberapa ciapan di laman Twitter miliknya.
Menerusi ciapan sama, Altimet turut menyeru masyarakat di bawah naunganya agar turut serta bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dan menunaikan solat pada setiap waktu sebagai langkah permulaan yang baharu.
“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!,” tulisnya.
Perbanyakkan Program Agama Di Masa Hadapan
Mengulas lanjut, Altimet juga turut mendedahkan beberapa perancangan masa hadapanya dalam mentadbir warga Lembah Jaya dan berbakti kepada mereka dengan menjadikan masjid ke arah yang lebih menarik serta menganjurkan lebih banyak program-program ilmiah melibatkan agama dan kerohaniah.
“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” ujar Altimet lagi.
Tambah Altimet, menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat bukanlah satu perkara mudah, jadi dia tiada masa untuk berlengah ataupun berehat kerana kini menyelesaikan segalan permasalahan rakyat merupakan satu keutamaan baginya.
“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut
“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.
Sekadar info, Altimet yang mewakili Pakatan Harapan telah berjaya mengenepikan calin Perikatan Nasional (PN) iaitu Sharifah Haslziah Syed Ariffin.
Dengan mengutip undian sebanyak 26,172, beliau berjaya menewaskan calon PN dengan majoriti 6,320 undian.
Malam tadi menyaksikan penyanyi bersuara unik, Kaka Azraf atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 29 tahun, selamat diijab kabulkan bersama pasangannya Adam Azriff di kediaman sebelah perempuan di Klang. Apa yang menariknya pada majlis akad nikah itu, telah mengangkat tema Melayu Klasik apabila penyanyi ini tidak memilih dress moden sebaliknya mengenakan baju kebaya klasik yang cukup cantik dan menyerlahkan lagi aura pengantin baru.
Menyarung baju kebaya klasik dari rona putih krim ini digayakan bersama aksesori seperti cucuk sanggul dan juga gelang tangan serta kaki dari Tangsitujuh serta solekan cukup sempurna yang menyerlahkan lagi kejelitaan Kaka Azraff.
Malah netizen turut memuji penampilan Kaka Azraff malam itu hasil sentuhan jurusolek Juliana Nazar seperti seorang Perempuan Melayu Terakhir.
Sementara itu pasangannya Adam Azriff juga turut mengenakan baju Melayu rona sama lengkap bersamping dan juga songkok.
Dalam majlis berkenaan Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka pada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu serta ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka.
Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, Kaka memberitahu dia mengenali rapat jejaka berasal dari Kuala Lumpur itu sejak setahun lalu dan mula menjalin hubungan cinta kira-kira tiga bulan lalu.
Malah Kaka turut mendedahkan dia yang melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.
Hijabista ucapkan tahniah dengan perkahwinan ini dan moga keduanya kekal bahagia till jannah.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...