Adakalanya kita berada dalam situasi yang tertekan. Tidak dapart dinafikan setiap orang punya masalah. Namun kita perlulah bijak mengawal emosi agar tidak memakan diri. Salah satu cara untuk menenangkan hati yang gundah gulana ialah dengan cara mendekatkan diri pada Allah.
Berbaliklah semula dengan cara mendekatkan diri pada Allah. Ambil wuduk, solat dan bacalah Al-Quran. Ini sahaja caranya untuk kita jadi lebih tenang. Berikut dikongsikan surah-surah yang boleh dibaca ketika berada dalam situasi yang mengganggu jiwa.
SURAH KELAPANGAN HATI
Apabila hati tengah berserabut, istighfar banyak-banyak. Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan perlahan-lahan. Ajar hati untuk sentiasa bersikap tenang walau hakikatnya berdepan masalah yang menyerabutkan fikiran.
Kita yang kawal hati kita. Jangan biarkan persekitaran mengawalnya. Tenangkan hati.
Bacalah surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah).
Sesudah itu bacalah “Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli”.
Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku”. (Qs Thaha: 25-28)
Insha Allah, sesulit apa pun kita mampu hadapi dengan tenang. Apabila hati kian lapang,
hidup sempit terasa senang. Walau kesulitan datang, hadapilah dengan tenang.
1 – Tekanan – Surah Ar Raad: 28
2 – Kecewa – Surah Al Imran: 60
3 – Rasa berdosa – Surah Az Zumar: 53
4 – Putus asa – Surah Yusuf: 87
5 – Kesukaran – Surah Al Insyirah: 5
6 – Sedih – Surah Al Israa: 82
Surah-surah ini boleh tenangkan diri kita, bacalah berulang-ulang. Semoga diberi kekuatan.
HIJABISTA: Walau apa jua masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Mengadulah pada Allah. Hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim Top image: Photo by Aliko Sunawang from Unsplash