Datin Sri Shahida, isteri tercinta kepada usahawan terkenal iaitu Dato Sri Aliff Syukri ini mendedahkan rupa-rupanya beliau sudah bersahabat baik dengan penyanyi, Bienda sejak dari zaman persekolahan lagi.
Ujarnya, sudah 22 tahun mereka bersahabat baik dan pernah sama-sama menganggotai kumpulan nasyid Solehah suatu ketika dahulu.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Semua masalah kami share, cuma boyfriend je kami tak share!
lama x jumpa kawan saya ni @biendalavienda rasanya last pergi umrah sama2 3 tahun lepas……kami suka makan kuih seri muka…dia suka makan yg bahagian pulut saya pula makan yg hijau je…jadi kita org akan share kuih sama2 hari2
.
Saya kawan dengan bienda ni dah lama dari umur 13 tahun,duduk sebelah2 je dulu…dulu kat sekolah semua org nak kawan dan dekat dgn dia sebab dia cantik…pastu dia famous….hahaha saya pun sama nak kawan dgn dia sebab dia cantik manalah tau kan dapat aura cantik tu sikit😇(gurau je) tapi dia mmg baik,kita org rapat sampai baju sekolah pun kita org boleh share….semua masalah kami share sama2…cuma boyfriend je kita org x share waktu tu….cuma bila dah kahwin masing2 sibuk sebab ada komitmen dan kerjaya masing2..
.
Dulu dia selalu marah saya sebab jarang masuk kelas sebab saya ni mmg sibuk kat sekolah,kejap kang main hoki,pastu bola baling,pastu dikir barat la,lompat jauh la…(macam2 la ko ni da) selalu dia sebut ayat tu…..
.
Alhamdulillah dah 22 tahun kami kawan,gaduh baik,gaduh baik…bila gaduh mesti tukar tempat duduk dlm kelas🤭…Apapun semoga sahabat saya ni diberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan mudahan persahabatan kita kekal sampai ke nafas yg terakhir..❤️❤️❤️
Sewaktu mereka bersama dalam kumpulan Solehah, mereka pernah tampil dengan album Alaf Baru 2000. Ketika itu, Solehah dianggotai Bienda, Wan, Farah dan Shida. Album ini memaparkan imej Solehah sebagai kumpulan nasyid remaja pada waktu itu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Menu ‘Rahmah’ McDonald’s, Tawarkan Hidangan Lengkap Berserta Air, Hanya RM5 Je!
Umum sedia maklum bahawa kerajaan mengagaskan inisiatif ‘Menu Rahmah’ bertujuan untuk membantu golongan B40 yang kurang berkemampuan demi meneruskan keberlangsungan hidup di era inflasi yang melanda dunia kini.
Inisiatif ini ternyata di sambut baik oleh orang ramai, lebih menarik lagi apabila Menu Rahmah kini boleh didapati di rangkaian makanan segera terkemuka McDonald’s (McD)!
Mekdi Tawar Tiga Hidangan Lengkap Di Bawah ‘Menu Rahmah’
Terdapat tiga menu utama yang ditawarkan di bawah insiatif ini agar orang golonhan kurang berkemampuan dan orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan untuk menikmati hidangan lengkap dan mengenyangkan dengan perlu mengeluarkan kos serendah RM5 sahaja, bagi setiap satu hidangan.
Berikut merupakan tiga jenis hidangan yang ditawarkan di bawah Menu Rahmah McD iaitu:
1. Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
2. Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
3. McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
Selain itu, Hijabista difahamkan bahawa Menu Rahmah ini tidak tertakluk kepada sebarang had masa tertentu dan ia boleh didapati sepanjang hari pada bila-bila masa, di semua cawangan restoran makanan segera itu di seluruh Malaysia.
Mengulas isu sama, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata pihaknya komited untuk memastikan setiap warganegara Malaysia dapat menikmati hidangan ‘Menu Rahmah’ ini tanpa perlu mengira latar belakang.
Artikel berkaitan: Mengejutkan! ‘Homestay Rahmah’ Lengkap Kolam Renang Ini Hanya Di Caj RM5, Satu Malam?
“Sebagai jenama yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia dengan sukacitanya menyokong inisiatif yang bermakna ini.
“Dengan pelancaran Menu Rahmah McDonald’s Malaysia, ia membolehkan kami menyediakan hidangan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja,” ujarnya.
Sekadar info, tindakan McDonald’s menyertai insiatif Menu Rahmah yang digagaskan oleh kerajaan, merupakan salah satu bentuk sokongan terhadap usaha murni Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang cakna terhadap bebanan berat ditanggung oleh masyarakat tatkala peningkatan kos sara hidup yang sedang genting dan berada pada paras kritikal.
Tunggu apa lagi, esok cuti hujung minggu boleh la serbu McDonalds ramai-ramai luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan nikmati ‘Menu Rahmah’ murah dan sedap kualiti pun terjamin!
Sumber: Berita Harian & Instagam McDonald’s
Artikel berkaitan: “Siapa Kata Tiada Keuntungan?” – Peniaga Ini Syukur Keluarga B40 Dapat Makan Siang Dan Malam Dengan Menu Rahmah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Rela Jadi ‘Zombie’ Masa Berpantang Semata-Mata Mahu Pastikan ‘Baby’ Aafiyah Dapat Susu Badan Secukupnya
Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ketika majlis pelancaran cawangan butik CreacionBySiti Nurhaliza di Melawati Mall semalam. Nyata penampilannya lebih cantik, menawan dan langsing dari sebelumnya. Rupanya Siti sudah hilang hampir 22 kilogram berbanding berat sebelumnya, iaitu 92 kilogram. Mengamalkan diet secara konsisten sepanjang berpantang punca utama penurunan berat badan yang cukup ketara. Malah beliau juga tidak kisah menjadi ‘zombie’ gara-gara berjaga malam bagi memastikan Siti Aafiyah mendapat susu badan sepenuhnya.
A post shared by Creación by Siti Nurhaliza (@creacionbysitinurhaliza) on
Menurut Siti, beliau memang betul-betul mengamalkan cara pantang sebaik sahaja melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah 1 Rejab lalu.
“Siti memang mengutamakan soal diet dengan mengambil pemakanan secara sihat. Siti tak ambil makanan bergoreng, sebaliknya gantikan dengan rebus dan bakar sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dan kuantiti juga tidak banyak.
“Selain itu, seperti ibu-ibu yang melahirkan anak, Siti turut amalkan proses bertungku, sauna dan juga urut. Dan Siti juga turut memanjangkan tempoh berpantang dari 44 hari kepada 74 hari,” ungkap Siti ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 serta pelancaran pembukaan cawangan butik Creacion By Siti Nurhaliza yang ke lapan di Melawati Mall.
BUAT TUNGKU, SAUNA & URUT
Menurut penyanyi tersohor negara ini juga berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan ibu berpantang dari Natalis yang disediakan sepanjang menjalani tempoh berkenaan.
“Saya memang puas hati dengan perkhidmatan Pakej Penjagaan Berpantang dari Natalismothercare . Hasilnya dari hari pertama hingga kini, Siti dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Daripada 92 kilogram dan kini berat Siti hanya 70 kilogram.
“Insya-Allah Siti kalau boleh nak turunkan lagi hingga mencecah 59 kilogram. Walaupun tahu sukar untuk mendapatkan berat seperti itu, tetapi Siti akan berusaha. Maklum sahaja kerjaya sebagai penyanyi memerlukan kita tampil menarik ketika di atas pentas membuat persembahan,” tambahnya yang mengakui gembira dan bersyukur dengan perubahan dirinya setelah bergelar ibu.
Siti turut berkongsi pengalamannya menjadi ‘zombie’ kerana terpaksa berjaga malam disebabkan baby Siti Aafiyah.
“Siti Aafiyah jenis siang hanya tidur dan berjaga pada waktu malam. Biasanya tiga kali dia akan terjaga untuk minum susu. Walaupun memang memenatkan, tetapi bagi Siti bila setiap kali lihat baby Aafiyah terus hilang penat.
“Rasa puas dapat melihat setiap inci perkembangan tumbesaran Siti Aafiyah depan mata. Alhamdulillah Siti juga dapat memberi penyusuan penuh susu ibu kepada baby Siti,” tambahnya lagi.
TAK BUAT STOK SUSU
Oleh kerana sentiasa memberi susu badan menyebabkan beliau sering rasa lapar, dahaga dan mengantuk.
“Itu memang siptom yang biasa ibu-ibu alami sepanjang tempoh penyusuan. Justeru Siti akan sentiasa sediakan makanan. Bagi memperbanyakkan susu pula, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, salmon dan beberapa makanan bersesuaian.
“Buat masa ini Siti tidaklah buat stok susu, sebaliknya akan beri jika ada permintaan. Oleh kerana Siti Aaafiyah masih kecil, jadi tidak ada momen lucu sepanjang breastfeed, cuma Siti memang tak puas lihat dia senyum dan gelak dalam dunianya tersendiri,” jelas Siti yang turut berdoa agar bulu mata anaknya panjang dan lebat seperti suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika tempoh mengandung.
“Itu memang saya doa ketika mengandung dan alhamdulillah bulu mata Siti Aafiyah seperti ayahnya. Panjang dan tebal. Ramai yang datang tengok kata Siti Aafiyah ikut muka saya dan ada kata ikut muka suami. Saya tak sabar nak tunggu dia berusia 5 bulan ke atas untuk lihat perkembangannya itu,” cerita Siti yang turut mengambil kira pesanan ibunya dalam menjalani fasa baru ini.
Artikel Berkaitan: Langsing lepas 37 Hari Berpantang, Siti Makin Berseri-Seri
“Apa yang Siti alami inilah apa yang emak Siti lalui dulu. Emak Siti pesan, jadi ibu ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Setiap kali ada kesusahan, perlu hadapinya dengan tenang. Memang pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan selagi ada ibu kita perlu hargai mereka,” jelasnya lagi yang turut mengamalkan makan jamu untuk kelihatan kekal sihat dan bertenaga. Siti mengamalkan pengambilan jamu di akhir tempoh berpantang.
Penampilan Siti buat kali pertamanya itu semalam di khalayak nyata mendapat sambutan cukup menggalakkan dari peminatnya. Rata-rata ada yang hadir seawal pagi dan ada juga datang dari luar Kuala Lumpur.
Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Siti dan ternyata biarpun sudah bergelar ibu, persembahan Siti petang itu cukup menghiburkan.
Sempena pembukaan cawangan butik ke lapan, ini, tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen koleksi Syawal terbaru Creation by Siti Nurhaliza yang berkonsepkan blossom.
Koleksi kali ini tampil dengan 39 rekaan menarik yang termasuk 8 rekaan premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’.
A post shared by Creación by Siti Nurhaliza (@creacionbysitinurhaliza) on
Menurut Siti juga, walaupun ketika rekaan ini dihasilkan beliau dalam tempoh hamil tetapi turut mengambil tahu setiap perkembangan koleksi ini.
“Siti cukup puas hati dengan koleksi yang dihasilkan ini. Sebelum ini tidak lihat semua depan mata, tetapi bila lihat hari ini Siti memang puas hati.
“Kali ini kita memilih tema kuntuman-kutuman bunga yang dihasilkan dari fabrik broked sifon plain serta mainan warna yang cukup menarik. Malah rekaan dihasikan ini juga bertujuan mencipta nostalgia indah dan beri pengalaman istimewa penggayaan busana elegan di pagi Syawal nanti,” terang Siti lagi yang membayangkan akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kanak-kanak dan juga baju kasual penyusuan untuk kaum ibu.
Beliau juga teruja pembukaan cawangan ini adalah di lokasi cukup strategik dan sesuai menjadi tempat beli belah untuk warga bandar dan penduduk sekitarnya.
Koleksi Syawal Creacion by Siti Nurhaliza ini akan ada di butik secara berperingkat-peringkat dan boleh didapati pada harga serendah RM199 dan ke atas.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & CREACIONBYSITINURHALIZA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tabiat Harian Ratu Elizabeth Yang Membantunya Hidup 96 Tahun. Tetaplah Sihat Walaupun Bukan Ratu!
Meniru tabiat sihat Ratu Elizabeth mungkin tidak menjadikan anda seorang raja, tetapi ia boleh membantu membawa kepada kehidupan yang lebih lama dan lebih bahagia.
Hidup untuk hampir satu abad bukanlah satu kejayaan yang kecil, namun Elizabeth Alexandra Mary Windsor, atau Ratu Elizabeth II, menambah peristiwa penting itu kepada senarai pencapaiannya yang sangat panjang. Ratu Elizabeth dilahirkan pada 21 April 1926 dan meninggal dunia pada 8 September 2022, menjadikannya usianya 96 tahun dan empat bulan. Seorang wanita yang dilahirkan pada tahun 1926 hanya mempunyai peluang 3.2% untuk mencapai tanda abad.
Ratu Elizabeth bukan sahaja berumur panjang malah menjadikannya raja yang paling lama memerintah dalam sejarah Inggeris dia juga sihat. Selepas suaminya Putera Philip, meninggal dunia pada usia 99 tahun pada 2021, Ratu sendiri mengalami beberapa siri ketakutan kesihatan, termasuk serangan Covid-19. Bagaimanapun, dia cukup sihat untuk secara rasmi melantik Liz Truss sebagai Perdana Menteri yang baru dipilih hanya dua hari sebelum dia meninggal dunia.
Bagaimanakah Ratu Elizabeth hidup begitu lama? Genetik dan peluang yang baik mungkin memainkan peranan mereka, tetapi banyak penghargaan diberikan kepada gaya hidup sihatnya. Ratu Elizabeth mempunyai beberapa tabiat kesihatan yang terkenal. Adakah anda bersedia mengetahui rahsiannya? Mengikuti arahannya mungkin tidak akan menjadikan anda seorang raja, tetapi ia pasti akan menjadikan anda lebih bahagia dan sihat.
1. Makan sarapan pagi
Sarapan pagi Ratu Elizabeth adalah keutamaan rutin, dengan sarapan pagi disajikan pada pukul 8:30 pagi. Makan sarapan pagi yang sihat telah dikaitkan dengan kehidupan yang lebih panjang, mungkin disebabkan oleh pemakan sarapan yang mempunyai risiko penyakit jantung dan diabetes yang lebih rendah.
Apa pula pilihan harian Ratu Elizabeth? Dilaporkan teh dengan biskut (keseluruhan bahan, protein dan gula rendah pistachio dan biskut nipis badam), diikuti dengan semangkuk apa yang dikatakan sebagai bijirin kegemaran Ratu, Special K.
2. Mempunyai haiwan peliharaan
Elizabeth terkenal menumpukan kepada kumpulan anjing-anjing comel, terutamanya corgisnya. Penyelidikan mendapati bahawa memiliki haiwan peliharaan boleh meningkatkan kesihatan anda dengan menurunkan tekanan darah, mengurangkan tekanan, mengurangkan kos penjagaan kesihatan (pemilik haiwan peliharaan melawat doktor kurang kerap berbanding mereka yang tidak mempunyai haiwan), melawan kemurungan dan mengurangkan risiko obesiti, kanser dan kencing manis. Masa untuk berjalan-jalan dengan si comel!
3. Menunggang kuda
Kuda telah menjadi perlawanan dalam kehidupan Ratu Elizabeth dari usia yang sangat muda, kerana dia seorang penunggang kuda yang mahir. Malah, dia sangat menyayangi kuda sehinggakan dia memberikan anak lelakinya Putera Charles broodmare sebagai hadiah perkahwinan.
Menunggang kuda memang menyeronokkan, tetapi ia juga merupakan senaman yang hebat, yang mungkin menyumbang kepada fikirannya yang sangat tajam dan kecerdasan! Senaman yang kerap adalah titik manis dalam mengurangkan penurunan kognitif yang berkaitan dengan penuaan, menurut kajian terkemuka 2022 Alzheimer. Jenis senaman tidak begitu penting, jadi ambil halaman dari buku Ratu dan pilih sesuatu yang anda sukai!
4. Waktu minum petang
Ratu Elizabeth memulakan harinya dengan secawan teh Earl Grey. Seperti kebanyakan orang Inggeris, dia mengambil teh tanpa gula, tetapi tidak kisah sedikit susu.
Minum secawan teh setiap hari menyokong kesihatan organ, mencegah penyakit kronik dan membantu membaiki sel dalam badan. Teh hijau manfaat terbaik dalam kalangan kesihatan hari ini tetapi teh hitam, seperti Earl Grey, mempunyai senarai faedah yang mengagumkan juga. Keistimewaan utama teh hitam? Ia boleh meningkatkan sistem imun anda dan mengurangkan risiko jangkitan, dua faedah pasti dikaitkan dengan kehidupan yang lebih lama.
5. Snek tetapi dalam bahagian kecil
Sandwic jem dihidangkan setiap hari untuk minum petang Elizabeth. Hidangan ini, yang dikenali sebagai “jam sen,” hanyalah sapukan jem pada roti putih mentega dan dipotong menjadi bulatan tanpa kerak.
Bukan tambang yang paling sihat, tetapi telah dilaporkan bahawa Ratu menggemari snek ini. Dan pakar pemakanan mengatakan bahawa kunci kepada gaya hidup sihat bukanlah melarang semua hidangan, tetapi sebaliknya memanjakannya dalam bahagian yang wajar. Ini berkesan untuk Ratu, sebab sandwic kegemarannya dipanggil “sen” adalah kerana setiap sandwic adalah saiz sesen Inggeris lama, kira-kira satu inci!
ARTIKEL BERKAITAN: Diet Tapi Craving Nak Makan Snek, Ini Yang Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti Ketika Pandemik
6. Ketawa
Elizabeth terkenal dengan kecerdasannya yang tajam dan rasa jenaka yang sering difoto ketika sedang ketawa. Rakan rapat dan kenalan telah berkongsi banyak cerita tentang keseronokannya dengan jenaka. Sebagai contoh, apabila seorang pelancong memberitahunya bahawa dia “kelihatan seperti Ratu”, dia membalas “Nah, itu meyakinkan!”
Humor adalah ubat yang ampuh untuk otak dan badan anda malah meningkatkan mood, mengurangkan tekanan, memperbaiki hubungan sosial dan, ya, meningkatkan umur panjang. Lakukan eksperimen ketawa anda sendiri dan lihat bagaimana ia mengubah hidup anda!
7. Hubungan kasih sayang
Pastinya Putera Philip dan Ratu Elizabeth mengalami pasang surut seperti mana-mana pasangan, tetapi mereka kelihatan sangat rapat lagipun, mereka telah berkahwin selama lebih 70 tahun!
Berada dalam perkongsian yang bahagia mempunyai manfaat kesihatan yang lebih daripada sekadar bercinta. Dipanggil “faedah perkahwinan,” penyelidikan telah menunjukkan bahawa pasangan yang stabil lebih cenderung untuk mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam, bercuti dan menikmati kesihatan keseluruhan yang lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Elizabeth II Mentakrifkan Legasi Fesyen Elegannya Sendiri Selama 7 Dekad. Sungguh Mengagumkan!Pandang Muka Suami Dengan Kasih Sayang Bekalan Ke Akhirat, Ini 4 Tip Syurga Untuk Isteri.
8. Keluarga dan kawan rapat
Menjadi sebahagian daripada keluarga berprofil tinggi boleh menjadi rumit. Tetapi di sebalik cabaran berkala, jelas bahawa Ratu Elizabeth mempunyai sekumpulan orang tersayang yang rapat yang berada di sana ketika dia memerlukan mereka.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kesunyian dan pengasingan boleh mengurangkan jangka hayat anda seperti menghisap rokok, sementara mempunyai lingkaran sosial yang kuat menambah tahun kepada hidup anda apatah lagi menambahkan kehidupan kepada tahun-tahun itu!
9. Menikmati alam semula jadi
Berkebun dan berjalan di luar adalah dua hobi kegemaran Elizabeth dan dia sering dirakam menggabungkan cinta itu, berjalan melalui pertunjukan taman. Berita baik untuk pencinta alam semula jadi, kedua-duanya dikaitkan dengan kehidupan yang lebih lama dalam penyelidikan. Bukan hanya senaman yang meningkatkan kesihatan anda. Hanya berada di luar rumah, secara semula jadi, merendahkan hormon tekanan, memperlahankan degupan jantung, mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan perasaan selamat dan kesejahteraan, menurut kajian “mandi hutan.” Selain itu, menyimpan tumbuhan di dalam rumah, seperti yang dilakukan oleh Ratu Elizabeth memperbaiki kesihatan mental anda.
10. Mempunyai kerja yang bertujuan
Ratu Elizabeth mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyat United Kingdom dan Komanwel. Dia menyukai pekerjaannya dan ianya jelas! Dia terkenal dengan “siar-siar”, lawatan di mana dia berhubung dengan orang di seluruh dunia. Keghairahan ini mungkin memainkan peranan dalam umur panjangnya. Orang yang mempunyai keghairahan didapati lebih optimistik dan lebih bahagia secara umum.
Mungkin pelajaran kesihatan dan kehidupan paling penting yang boleh kita ambil daripada 96 tahun Ratu Elizabeth ialah kepentingan daya tahan untuk bangun dan terus mencuba, tidak kira apa pun. Seperti yang dia katakana, “Apabila hidup kelihatan sukar, yang berani tidak berbaring dan menerima kekalahan. Sebaliknya, mereka semakin berazam untuk berjuang demi masa depan yang lebih baik.”
Nah, kalau bukan semua untuk anda mulakan pasti ada dua atau tiga perkara di atas menjentik hati untuk jalani hidup lagi lama. Pastikan teruskan amalan baik yang boleh terkesan di hati orang sekeliling anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI