Sebut sahaja tentang Bella Dally, pastinya ramai yang ingin memiliki tubuh badan yang menawan sepertinya! Lihat sahaja gambar serta videonya yang dimuat naik oleh pelakon ini, semuanya tentang gaya hidup yang sihat!
Baru-baru ini, menerusi laman Instagramnya, Bella memuat naik videonya yang sedang bersenam. Melihat tahap kecergasan dan kelincahan Bella ketika bersenam membuatkan netizen juga turut sama ingin menjadi ‘fit’ seperti dirinya. Fuh! Hebatnya Bella!
Rata-rata netizen turut memuji Bella yang sentiasa memberi inspirasi kepada netizen untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan kekal aktif. Menurut Bella, dia melakukan ‘weight-lifting’ selama dua hingga ke tiga hari dan turut melakukan senaman kardio untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal!
Tambahnya lagi, dia juga jarang membuat rutin senaman yang memfokuskan kepada ‘abs’ sahaja. Malah, dia melakukan rutin senaman untuk keseluruhan tubuh badan yang membantunya untuk mendapatkan bentuk badan yang diinginkan. Ulasnya lagi, pemakanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat dan dapat memiliki bentuk badan yang ideal.
Sumber gambar: Instagram Bella Dally
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe