Melihat kemesraan dan kebahagian pasangan yang sama cantik dan sama padan ini sentiasa bersama bagaikan ‘belangkas’, ramai tertanya-tanya adakah mereka tidak dilanda masalah di dalam rumahtangga.
Menjadi lumrah rumahtanga pasti ada pasang dan surutnya, menjalani kehidupan bersama perlu ada sokongan kedua-dua belah pihak. Aeril Zafrel akui 12 tahun perkahwinan, fasa yang dijalani sekarang hanya untuk anak-anak dan perniagaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Bina Masjid, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Idam Buka Pusat Tahfiz Demi Mengejar Syurga
“Kita hanya fikir untuk besarkan anak bersama, rumah, besarkan perniagaan seperti tambah cawangan di Sabah,” ujar Airel. Tambah Wawa lagi, kesibukan yang mereka lalui tiada ruang untuk mereka bergaduh. Malah, menjaga hubungan rumahtangga ini kunci rezeki mereka mencurah-curah.
Bercakap soal poligami, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu tidak melulu membantah sebaliknya berpendapat bahawa asalkan perkahwinan tersebut direstui oleh individu yang terlibat. Baginya enggan ‘serabut’ untuk memiliki isteri lagi meskipun poligami tidak dilarang dalam agama Islam.
“Saya sebenarnya tak nak pening. kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening. “Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.
“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” kongsinya.
Menurutnya lagi, dia juga mempunyai anak perempuan takut kifarah berbalik kepada keluarganya sedangkan dia juga tidak jamin hubungan bersama akan kekal hanya dengan izinNya semua itu akan terjadi. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 7, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 2.
ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Keluarkan Hijab, 90 Ribu Helai Wawa Scarve Habis Terjual Kurang 24 Jam!
Sebagai wanita pastinya pelakon dan usahawan yang berusia 32 tahun ini terasa bahangnya jika ini terjadi padanya. Namun Wawa Zainal menasihat wanita di luar agar jaga perangai, penampilan dan banyak aspek lagi. Dia juga menasihatkan golongan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga agar tidak ‘terjatuh’ hati terhadap lelaki yang memegang status suami orang. Mereka sepatutnya menghormati hati dan perasaan sesama kaum tanpa menghancurkan kebahagiaan orang lain.
“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’. Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” katanya lagi.
Di majlis yang serba ringkas dan indah, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bersama pempengaruh TikTok Rozyana Roslan telah melancarkan minyak wangi terbaharu. Kolabrasi kedua Lagenda Kembali WAWA X ROZYANA Asmaradana (edisi terhad) dijual dengan harga mampu milik RM39 dalam saiz yang lebih besar juga mempunyai 3 varian iaitu Seri Pagi, Syurga Malam dan Mengundang Cinta.
Kolabrasi bersama pempengaruh adalah satu strategi pemasaran yang dapat membantu melariskan produk disamping dapat mengembangkan idea dengan pelbagaikan promosi tidak bergantung pada penglibatan Wawa Zainal seratu peratus sebagai muka depan untuk menaikkan penjenamaan jenama Wawa Cosmetics. Pada masa akan datang berkemungkinan Wawa Cosmetics akan bekerjasama dengan selebriti tempatan bagi mengembangkan lagi strategi pemasaran perniagaanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.