Bila ambil gambar, semuanya tak kena! Wajah nampak kusam, kurang berseri dan kulit tidak bermaya menyebabkan rasa malu untuk memuat naik gambar di laman sosial. Mesti kena pakai ‘filter’ baru wajah nampak berseri. Alahai, bila rakan-rakan yang lain bebas tersenyum melihat gambar sendiri di Instagram, rasa kecil pula diri ini! Apakah solusinya?
Tahun baru bakal menjelma, jadi sudah tiba masanya untuk sesuatu yang baru! Selain mahu kekal sihat, resolusi untuk tampil cantik juga harus ada. Lengkapkan rutin penjagaan kecantikan kulit anda sempena tahun baru ini dengan Flavettes Effervescent Glamz! Tak perlu pakai ‘filter’ lagi lepas ini, semuanya hanya dengan Flavettes Effervescent Glamz!
Apakah itu Flavettes Effervescent Glamz?
Nak tahu kenapa produk Flavettes Effervescent Glamz dari Flavettes Nutriskincare ini harus dijadikan rakan baik anda? Sudah pastilah ia dapat menjadikan kulit wajah lebih berseri dan tona yang sekata! Tak perlu pakai ‘filter’ pun, kulit wajah nampak mulus, anjal dan menawan! Orang pun keliru bila melihat gambar anda di Instagram! Flavettes Effervescent Glamz yang terbaru ini mempunyai kandungan tambahan seperti L-Glutathione, Kolagen Peptida dan Vitamin C yang amat penting untuk memberikan kulit lebih cantik, berseri, anjal dan sihat! Hanya dengan pengambilan satu tablet setiap hari, pastinya anda lebih berseri-seri luar dan dalam! Rugi tak cuba!
Kelebihan Flavettes Effervescent Glamz
Sememangnya Flavettes Effervescent Glamz ini untuk seluruh kaum wanita di Malaysia! Produk ini HALAL dan sangat mudah untuk diamalkan setiap hari, kandungan Kolagen Peptida yang 300 kali lebih kecil mampu untuk meresap jauh ke dalam tubuh badan dan memberikan keanjalan kepada kulit. Ini baru betul-betul berkesan sis! Malah kandungan 4 kali ganda L-Glutathione dapat menghalang Eumelanin (Melanin gelap) serta mampu untuk meningkatkan kandungan Pheomelanin (melanin kuning-merah). Ia sekaligus dapat menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah dari sebelumnya. Kelebihan yang ada pada L-Glutathione juga berfungsi sebagai bahan antioksidan yang kuat serta berfungsi untuk meneutralkan patagen. Bukan itu sahaja malah, L-Glutathione menjadi begitu efektif apabila digabungkan dengan sumber Vitamin C yang bertindak untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dan mampu untuk menghalang sintesis melanin, kata lain, gabungan L-Glutathione dengan Vitamin C mencerahkan kulit dengan lebih berkesan.
Eh risau kalau perisanya kurang sedap? Usah risau sis! Flavettes Effervescent Glamz didatangkan khas dengan perisa menarik iaitu oren with a hint of vanila. Jadi, produk terbaru dari Flavettes Nutriskincare harus menjadi kunci rahsia kecantikan baharu anda!
Amalan dan cara pemakanan dalam Islam dikenali sebagai sunnah. Makanan sunnah disebut di dalam Al-Quran, mengikut cara pemakanan dan etika pemakanan Nabi Muhammad SAW.
Rujukan Hadis:
Dari Yousuf bin Abdullah menyatakan “aku terlihat Nabi Muhammad SAW mengambil sebahagian roti barli dan meletakkan kurma di atasnya dan menyatakan bahawasanya ianya adalah sayur kepada roti tersebut (salan).
(Abu Dawood)
Pemakanan mengikut sunnah ialah bagi memastikan kesihatan umat Islam terjaga dengan baik, iaitu secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Sunnah mendorong umat Islam untuk makan dan minum agar menjadi sihat, dan bukan hanya untuk rasa kenyang atau untuk kepuasan semata. Dengan mengikut pemakanan sunnah, umat Islam dapat menjaga kesihatan dengan baik, sekaligus dapat menyembah Allah SWT.
Ciri-Ciri Makanan Sunnah
Makanan sunnah mengandungi khasiat serta serat yang tinggi. Makanan yang dirujuk secara Positif di dalam Al-Quran dan Hadis seperti kurma, anggur, susu, zaitun (termasuk minyak zaitun) dan madu ialah antara makanan yang kerap dikaitkan dengan sunnah dan sering disebutkan di dalam Al-Quran juga Hadis. Antara makanan sunnah yang lain termasuklah labu, cuka, timun, cendawan, tembikai, daging dan biji jintan jitam (Habbatussauda).
Satu-satunya Bijirin Sunnah
Bijirin kegemaran Nabi Muhammad SAW ialah barli. Baginda gemar menjamu barli sebagai roti, bubur, serbuk barli (satto) dan juga sebagai minuman. Walaupun beras dan tepung gandum yang diperbuat daripada gandum merupakan antara bijian pilihan di Malaysia, tetapi barli merupakan alternatif yang lebih sihat.
Secara tempatan, kebanyakan barli diambil di dalam bentuk air, iaitu air barli; walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara lain untuk menggunakan barli di dalam pemakanan harian anda untuk kesihatan dan nilai pemakanannya.
Roti yang biasa dimakan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan roti yang tidak beragi dan mungkin bukan seperti roti yang kebiasaannya dijamu masyarakat kini. Roti barli buatan sendiri atau yang didapati di kedai-kedai mempunyai manfaat pemakanan yang sama, malah merupakan lebih sihat daripada roti putih biasa.
Manfaat pemakanan Barli
Menurut para hadis, barli adalah sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa barli mempunyai nilai pemakanan yang tinggi apabila diambil kesemuanya. Barli sangat kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan bermanfaat yang lain. Barli mutiara yang telah digilap adalah kurang berkhasiat oleh kerana lapisan dedaknya yang telah hilang.
Barli mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa kekacang yang membuatkannya serba boleh dan enak. Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian) kongsikan lapan faktor sains berkaitan nutrisi barli yang menjadikannya bijirin sunnah Nabi Muhammad SAW.
Apabila diambil sebagai gandum penuh, barli secara khususnya kaya dengan serat, molybdenum, mangan dan juga selenium. Ia juga mempunya nilai kuprum, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium dan niasin. Barli secara rendam dan bercambah juga dapat meningkatkan kadar vitamin, mineral, protein dan antioksidan. Barli yang ditaburkan boleh dimasak dan ditambahkan ke dalam makanan atau dikeringkan dan digiling menjadi tepung untuk digunakan dalam proses baking.
2. Membantu dalam Proses Penurunan Berat Badan
Barli mengandungi serat larut yang dapat mengurangkan rasa lapar dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Ia juga dapat membantu dalam penurunan berat badan. Serat larut yang juga dikenali sebagai beta-glukan sangat membantu di mana beta-glukan ini membentukkan bahan seperti gel dalam usus anda berfungsi untuk memperlahankan proses penghadaman dan juga penyerapan nutrient oleh itu mengawal selera anda dan mempercepatkan rasa kenyang. Serat larut juga dapat mensasarkan lemak perut yang boleh berkait dengan masalah penyakit metabolik.
3. Memperbaiki kesihatan usus dan penghadaman
Nilai serat yang tinggi di dalam barli dalam membantu makanan bergerak di dalam usus dan meningkatkan keseimbangan bakteria di dalam usus yang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penghadaman. Nilai serat yang tinggi sekali lagi merupakan punca, khususnya serat yang tidak larut. Penambahannya didalam najis bantu mempercepatkan pergerakan usus dan mengurangkan risiko mengalami sembelit. Serat larut di dalam Barli bantu menyediakan makanan kepada bakteria baik dia dalam usus, oleh itu menghasilkan lemak asid lemak rantai pendek (SCFA). Kajian menunjukkan bahawa SCFA bantu memberikan makanan kepada sel usus, mengurangkan keradangan dan mebaiki gejala-gejala masalah usus seperti sindrom iritasi usus (IBS), penyaking Crohn, dan juga kolitis ulseratif
4. Mencegah Batu Karang Hempedu dan mengurangkan risiko pembedahan hempedu.
Jenis serat yang didapati di dalam barli dapat mencegah pembentukan batu karang dan mengurangkan risiko pembedahan. Batu karang merupakan zarah pepejal yang boleh terbentuk secara spontan di pundi hempedu, sebuah organ kecil yang terletak di bahagian hati.
5. Mengurangkan tahap kolesterol
Beta-glukan, sejenis serat yang dijumpai didalam barli didapati dapat mengurangkan tahap kolesterol dengan cara menghalang pembentukannya dan meningkatkan perkumuhan melalui tinja. Beta-glukan yang terdapat di barli terbukti dapat mengurangkan kolesterol LDL “jahat” dengan mengikat asid hempedu.
6. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Menambahkan barli kedalam pemakanan anda mungkin dapat mengurangkan risiko masalah penyakit jantung seperti darah tinggi dan juga juga kolesterol jahal.
7. Magnesium dan serat larut dapat melindungi dir daripada penyakit Diabetes.
Gandum penuh di dalam barli mungkin dapat memperbaiki pembentukan insulin dan meningkatkan pengeluaran insulin juga mengurangkan kadar gula di dalam darah, di mana kedua-duanya dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit jenis 2 diabetes. Ini juga oleh sebab kekayaan kandungan magnesium di dalam barli – sejenis mineral yang memainkan peranan penting dalam pembentukan insulin dan penggunaan gula di dalam badan anda. Barli juga kaya dengan serat larut, di mana ia mengikat dengan air berama molekul-molekul lain ketika bergerak melalui saluran penghadaman anda, memprelahankan penyerapan gula di dalam saluran darah. Kajian menunjukkan bahawa sarapan barli memberikan kenaikan kadar gula darah dan insulin maksimum yang lebih rendah berbanding sarapan yang terdiri daripada bijirin-bijirn lain, seperti oat.
8. Barli serba boleh dan mudah untuk ditambahkan di dalam pemakanan.
Barli adalah berpatutan dan mudah dimasukkan kedalam pemakanan anda. Contohnya anda boleh makan barli rebus selain daripada nasi, dimasukkan ke dalam sup, rebusan, salad, roti atau dimakan sebagai sarapan bijirin yang panas. Ataupun anda juga boleh membuat atau membeli roti yang mengandungi barli.
Maklumat Nutrisi Barli:
Satu setengah cawan (100 gram) barli belum dimasak dan belum dilapisi mengandungi nutrisi yang berikut:
Kalori: 354
Karbohidrat:5 gra
Serat: 3 gram
Protein: 5 gram
Lemak:3 gram
Tiamin: 43% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RPH)
Riboflavin:17% daripada RPH
Niasin: 23% daripada RPH
Vitamin B6:16% daripada RPH
Folat:5% daripada RPH
Zat Besi: 20% daripada RPH
Magnesium: 33% daripada RPH
Fosforus:26% daripada RPH
Potasium:13% daripada RPH
Zinc: 18% daripada RPH
Copper:25% daripada RPH
Mangan:97% daripada RPH
Selenium:54% daripada RPH
SUMBER: Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai dikalangan kita yang mempunyai stigma bahawa permainan elektronik atau ‘game’ adalah satu perkara yang boleh melalaikan, melekakakan, tidak berfaedah dan hanya membuang masa!
Namun, hijabi pemilik nama Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi atau lebih mesra disapa Aria ini telah membuktikan bahawa persepsi berkenaan adalah salah! Dan tidak benar sama sekali.
Ini demikian kerana beliau yang merupakan, atlet sukan elektronik (e-sukan) yang dikenali sebagai ‘Mobile Legends’ sebenarnya seorang hafizah al-Quran 30 juzuk pada usia 14 tahun dan juga sememangnya individu yang cemerlang dalam pendidikan!
Ikut Jejak Langkah Abang Main ‘Mobile Legend’ Ketika Berusia 16 Tahun Lagi
Hijabista difahamkan bahawa Aria mula berkecimpung dalam dunia ‘gamers’ seawal usianya 16 tahun lagi. Lapor akhbar tempatan, Aria dahulunya adalah bekas pelajar Maahad Tahfiz Alquran Sri Al Amin Bangi itu, mengikuti jejak langkah abangnya yang juga bermain permainan elektronik Mobile Legends.
Lebih menarik lagi, apabila bakat Aria ini mula dihidu, serta mendapat sokongan dan dorongan penuh daripada ahli keluarganya agar dia melebarkan sayapnya dengan menyertai pelbagai kejohanan di dalam sukan e-sport kegemaranya itu.
“Pada mulanya memang takut tapi saya jenis yang suka meneroka perkara baru dan saya mula melibatkan diri dengan menyertai pelbagai kejohanan.
“Selepas beberapa kali masuk kejohanan, saya rasa macam seronok kalau boleh memang setiap minggu nak pergi masuk pertandingan walaupun kalah awal sebab kita nak cari pengalaman,” katanya.
Meskipun Sibuk Bermain ‘Game’, Aria Tidak Abaikan Pelajaran, Cemerlang Setiap Semester!
Sekadar info, selain pencapaian mewakili Malaysia dalam acara Mobile Legends Wanita pada Sukan Sea Phnom Penh Kemboja 2023 dan mengahrumkan nama negara dengan membawa pulang pingat gangsa.
Aria juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang, meski sibuk menyertai kejohanan dan berlatih dengan bermain ‘game’. Aria membuktikan bahawa dia tidak sesekali mengabaikan pelajaranya dan memperolehi keputusan 4.0 bagi lima semester berturut-turut dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Professional Mara, Beranang.
“Pada pendapat saya, walaupun kita beragama dan berpendidikan tak semestinya kita boleh pandang rendah pada esports.
“Sebenarnya banyak manfaat bila kita bermain permainan elektronik seperti meningkatkan fokus, pengendalian masa, critical thinking, dan boleh jadi lebih disiplin.
“Selagi kita berjaya seimbangkan agama dan bermain game, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar. Asalkan, kita masih ingat akan Allah dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” ujar Aria.
Justeru, Aria berharap agar generasi muda dapat mengambil inspirasi dan ikhtibar dari kisahnya. Khususnya golongan wanita dan hijabi di luar sana yang mempunyai minat sama sepertinya agar dapat keluar dari zon selesa dan menceburi bidang e-sports bertujuan untuk memajukan negara.
Pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga pendakwah selebriti, Dr Oki Setiana Dewi berhasrat agar anak keempatnya, Sulaiman Ali Abdullah yang diuji dengan sindrom ‘Prader Willi’ agar menjadi penghafaz kitab suci Al-Quran.
Sebagai seorang ibu, besar harapan Oki agar cahaya matanya yang kini menginjak usia dua tahun itu dapat mengikut jejak langkahnya yang gemar mendalami ilmu agama.
Oki Mahu Sulaiman Mendalami Ilmu Agama
“Saya cuma berdoa semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.
Mengulas berhubung tahap kesihatan Sulaiman, Oki menjelaskan bahawa anaknya itu berada pada fasa aktif, lincah dan sihat sama seperti kanak-kanak lain
Tambah Oki, dek kerana kelincahan anaknya itu, dia terpaksa memberi tumpuan dan perhatian yang lebih agar dia dapat melihat sendiri perkembangan dan pembesaran Sulaiman.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...