Apabila akaun twitter Tunku Permaisuri Agong ditutup (tidak lagi aktif) sejak malam tadi, ramai warga twitter berasa sedih. Rata-rata warga twitter mengungkapkan rasa rindu dengan caption serta gelagat baginda di laman sosial itu.
Netizen melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter Iskandar@cheminahsayang kelmarin. Rata-rata netizen memohon ampun perkenan baginda supaya kembali aktif dalam laman sosial twitter.
Difahamkan, baginda menutup akaun twitternya berikutan komen negatif dari seorang pemilik akaun twitter yang dikatakan mengeluarkan kenyataan kurang sopan pada ruangan komen akaun baginda.
Kerana kerinduan netizen dengan ‘celoteh’ baginda, sampai ‘diwujudkan’ hashtag #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong. Hastag ini juga menjadi trending di akaun twitter.
BANGUN PAGI BACA TWEET TUANKU PERMAISURI AGUNG DEACTIVATE TWITTER
KEMBALILAH KE TWITTER
PENYERI TWITTER
PLATFORM PALING DEKAT
DAH TAK BOLEH STALK TUANKU PERMAISURI LAGI
Baginda yang terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat agar hubungan raja dan rakyat lebih dekat.
Malah baginda sering berkongsi momen-momen indah dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong. Sememangnya netizen menyukai pendekatan yang dilakukan Permaisuri Agong malah menggemari telatah baginda berdua terutama di majlis keramaian.
Ternyata memang ramai di kalangan rakyat yang ‘sayangkan’ baginda. Sikap baginda yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja membuatkan baginda cukup disenangi ramai.
Sumber kredit: Twitter Sinar Harian Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia