Amalan dan cara pemakanan dalam Islam dikenali sebagai sunnah. Makanan sunnah disebut di dalam Al-Quran, mengikut cara pemakanan dan etika pemakanan Nabi Muhammad SAW.
Rujukan Hadis:
(Abu Dawood)
Pemakanan mengikut sunnah ialah bagi memastikan kesihatan umat Islam terjaga dengan baik, iaitu secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Sunnah mendorong umat Islam untuk makan dan minum agar menjadi sihat, dan bukan hanya untuk rasa kenyang atau untuk kepuasan semata. Dengan mengikut pemakanan sunnah, umat Islam dapat menjaga kesihatan dengan baik, sekaligus dapat menyembah Allah SWT.
Makanan sunnah mengandungi khasiat serta serat yang tinggi. Makanan yang dirujuk secara Positif di dalam Al-Quran dan Hadis seperti kurma, anggur, susu, zaitun (termasuk minyak zaitun) dan madu ialah antara makanan yang kerap dikaitkan dengan sunnah dan sering disebutkan di dalam Al-Quran juga Hadis. Antara makanan sunnah yang lain termasuklah labu, cuka, timun, cendawan, tembikai, daging dan biji jintan jitam (Habbatussauda).
Bijirin kegemaran Nabi Muhammad SAW ialah barli. Baginda gemar menjamu barli sebagai roti, bubur, serbuk barli (satto) dan juga sebagai minuman. Walaupun beras dan tepung gandum yang diperbuat daripada gandum merupakan antara bijian pilihan di Malaysia, tetapi barli merupakan alternatif yang lebih sihat.
Secara tempatan, kebanyakan barli diambil di dalam bentuk air, iaitu air barli; walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara lain untuk menggunakan barli di dalam pemakanan harian anda untuk kesihatan dan nilai pemakanannya.
Roti yang biasa dimakan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan roti yang tidak beragi dan mungkin bukan seperti roti yang kebiasaannya dijamu masyarakat kini. Roti barli buatan sendiri atau yang didapati di kedai-kedai mempunyai manfaat pemakanan yang sama, malah merupakan lebih sihat daripada roti putih biasa.
Menurut para hadis, barli adalah sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa barli mempunyai nilai pemakanan yang tinggi apabila diambil kesemuanya. Barli sangat kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan bermanfaat yang lain. Barli mutiara yang telah digilap adalah kurang berkhasiat oleh kerana lapisan dedaknya yang telah hilang.
Barli mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa kekacang yang membuatkannya serba boleh dan enak. Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian) kongsikan lapan faktor sains berkaitan nutrisi barli yang menjadikannya bijirin sunnah Nabi Muhammad SAW.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Kurang Rasa Lapar Dan Cepat Kenyang. 3 Resipi Sunnah Nabi Berasaskan Barli, Bantu Sihatkan Badan
Apabila diambil sebagai gandum penuh, barli secara khususnya kaya dengan serat, molybdenum, mangan dan juga selenium. Ia juga mempunya nilai kuprum, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium dan niasin. Barli secara rendam dan bercambah juga dapat meningkatkan kadar vitamin, mineral, protein dan antioksidan. Barli yang ditaburkan boleh dimasak dan ditambahkan ke dalam makanan atau dikeringkan dan digiling menjadi tepung untuk digunakan dalam proses baking.
Barli mengandungi serat larut yang dapat mengurangkan rasa lapar dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Ia juga dapat membantu dalam penurunan berat badan. Serat larut yang juga dikenali sebagai beta-glukan sangat membantu di mana beta-glukan ini membentukkan bahan seperti gel dalam usus anda berfungsi untuk memperlahankan proses penghadaman dan juga penyerapan nutrient oleh itu mengawal selera anda dan mempercepatkan rasa kenyang. Serat larut juga dapat mensasarkan lemak perut yang boleh berkait dengan masalah penyakit metabolik.
Nilai serat yang tinggi di dalam barli dalam membantu makanan bergerak di dalam usus dan meningkatkan keseimbangan bakteria di dalam usus yang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penghadaman. Nilai serat yang tinggi sekali lagi merupakan punca, khususnya serat yang tidak larut. Penambahannya didalam najis bantu mempercepatkan pergerakan usus dan mengurangkan risiko mengalami sembelit. Serat larut di dalam Barli bantu menyediakan makanan kepada bakteria baik dia dalam usus, oleh itu menghasilkan lemak asid lemak rantai pendek (SCFA). Kajian menunjukkan bahawa SCFA bantu memberikan makanan kepada sel usus, mengurangkan keradangan dan mebaiki gejala-gejala masalah usus seperti sindrom iritasi usus (IBS), penyaking Crohn, dan juga kolitis ulseratif
Jenis serat yang didapati di dalam barli dapat mencegah pembentukan batu karang dan mengurangkan risiko pembedahan. Batu karang merupakan zarah pepejal yang boleh terbentuk secara spontan di pundi hempedu, sebuah organ kecil yang terletak di bahagian hati.
Beta-glukan, sejenis serat yang dijumpai didalam barli didapati dapat mengurangkan tahap kolesterol dengan cara menghalang pembentukannya dan meningkatkan perkumuhan melalui tinja. Beta-glukan yang terdapat di barli terbukti dapat mengurangkan kolesterol LDL “jahat” dengan mengikat asid hempedu.
Gandum penuh di dalam barli mungkin dapat memperbaiki pembentukan insulin dan meningkatkan pengeluaran insulin juga mengurangkan kadar gula di dalam darah, di mana kedua-duanya dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit jenis 2 diabetes. Ini juga oleh sebab kekayaan kandungan magnesium di dalam barli – sejenis mineral yang memainkan peranan penting dalam pembentukan insulin dan penggunaan gula di dalam badan anda. Barli juga kaya dengan serat larut, di mana ia mengikat dengan air berama molekul-molekul lain ketika bergerak melalui saluran penghadaman anda, memprelahankan penyerapan gula di dalam saluran darah. Kajian menunjukkan bahawa sarapan barli memberikan kenaikan kadar gula darah dan insulin maksimum yang lebih rendah berbanding sarapan yang terdiri daripada bijirin-bijirn lain, seperti oat.
Barli adalah berpatutan dan mudah dimasukkan kedalam pemakanan anda. Contohnya anda boleh makan barli rebus selain daripada nasi, dimasukkan ke dalam sup, rebusan, salad, roti atau dimakan sebagai sarapan bijirin yang panas. Ataupun anda juga boleh membuat atau membeli roti yang mengandungi barli.
Satu setengah cawan (100 gram) barli belum dimasak dan belum dilapisi mengandungi nutrisi yang berikut:
SUMBER: Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian)