Bijirin barli mengandungi banyak khasiat kepada tubuh badan. Ia merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Bukan sahaja bagus untuk menangani penyakit kronik seperti kencing manis malah ia juga dipercayai sebagai salah satu sumber terbaik untuk menurunkan berat badan.

Bijirin Barli Rahsia Terbaik Untuk Kuruskan Badan! Ini 5 Fakta Tentang Kebaikan Bijirin Barli!
Sumber gambar: Fleurrustique

Khas untuk anda yang mengalami masalah berat badan, jadikan bijirin barli sebagai bahan utama anda dalam menu pemakanan anda. Nak tahu lebih lanjut mengenai kebaikan barli? Jom baca fakta di bawah ini

1. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam bijirin barli dikatakan bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Secara tidak langsung, ia dapat mengawal masalah penyakit itu dengan baik.

2. Selain daripada itu juga, bijirin barli mengandungi sumber tokotrienol dan tokoferol (tokol) yang merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Ads
Bijirin Barli Rahsia Terbaik Untuk Kuruskan Badan! Ini 5 Fakta Tentang Kebaikan Bijirin Barli!
Sumber gambar: Rootofscience

3. Bukan itu sahaja, malah biji barli juga mampu utnuk merawat masalah luka akibat dari kecederaan seperti terbakar. Ia dapat dijadikan sebagai ramuan tampal yang efektif untuk merawat masalah luka. 

4. Bagi anda yang mencari sumber terbaik dalam menur diet anda, bijirin barli dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Oleh itu, ia dapat mengawal kuantiti dan kekerapan anda dalam mengambil pemakanan seharian.

Ads
Bijirin Barli Rahsia Terbaik Untuk Kuruskan Badan! Ini 5 Fakta Tentang Kebaikan Bijirin Barli!
Sumber gambar: CNN Indpnesia

5. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ads

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Bijirin Barli Rahsia Terbaik Untuk Kuruskan Badan! Ini 5 Fakta Tentang Kebaikan Bijirin Barli!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI