Hijabi berusia 30 tahun yang kini mencetuskan inspirasi, Nora AlMatrooshi menjadi wanita Arab pertama dipilih sebagai angkasawan wanita yang lulus program latihan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).
Jurutera mekanikal yang pernah bekerja dalam industri minyak ini merupakan salah seorang daripada dua calon angkasawan yang dipilih Agensi Angkasa Emiriah Arab Bersatu (UAESA) pada 2021 untuk mendaftar dalam program latihan dengan NASA.
Menurut Nora yang bersedia untuk dihantar ke angkasa, penyelidik NASA membangunkan produk bagi membolehkannya menutup rambut ketika memakai sut angkasa dan topi keledar agensi itu yang dikenali secara rasmi sebagai Unit Mobiliti Ekstravehikular (EMU).
Katanya, cabaran yang dihadapi adalah untuk menanggalkan tudungnya sebelum memakai topi komunikasi berkenaan.
Tambahan pula, bahan atau jenis kain tertentu yang dibenarkan secara khusus boleh dipakai di dalam EMU.
Ads
“Pereka sut akhirnya menjahit tudung sementara untuk saya dan boleh memakainya sebelum menggunakan topi komunikasi. Walaupun ketika itu topi sudah ditanggalkan tetapi rambut saya tetap terlindung. Saya sangat hargai usaha mereka itu,” kata Nora.
“Untuk menjadi seorang angkasawan memang sukar, tidak kira apa agama atau latar belakang.
“Saya tidak fikir hanya kerana bergelar seorang Muslim akan menjadikan tugas ini lebih sukar. Sebaliknya, ia menyedarkan saya tentang sumbangan insan-insan terdahulu termasuk ulama dan saintis Islam.
“Peranan saya hanyalah meneruskan tugas dan misi yang sudah mereka mulakan sejak beribu-ribu tahun lalu,” tutur Nora.
Ads
Nora bersama 10 lagi individu yang dipilih kini rasmi menjadi angkasawan yang memenuhi syarat.
Mereka yang dikenali sebagai The Flies kini memenuhi syarat untuk misi NASA ke Stesen Luar Angkasa Antarabangsa (ISS).
Kumpulan ini bakal meluncurkan Artemis ke bulan. Jika segalanya berjalan lancar ia berkemungkinan bakal terbang ke Marikh.
9 Fakta Menarik Nora Almatrooshi
Ads
1. Dilahirkan pada 1993 dan berasal dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).
2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, United Arab Emirates University dan menjalani latihan di Vaasa University of Applied Sciences di Finland.
3. Sebelum bergelar angkasawan wanita Arab pertama, Nora merupakan jurutera di The National Petroleum Construction Company.
4. Ahli Persatuan Jurutera Mekanikal Amerika.
5. Keluarga sebelah ibunya berasal daripada keturunan pelayar.
6. Diumumkan sebagai angkasawan wanita pertama UAE pada April 2021 dan terpilih untuk menjalani latihan dengan Kumpulan Angkasawan NASA 23 bersama rakan sekerja Mohammad AlMulla. Mereka mengikut jejak langkah dua angkawasan terdahulu UAE, Sultan Al Neyadi dan Hazzaa Al Mansoori.
7. Pernah gagal menyertai Program Angkasa Negara UAE pada 2018. Permohonannya berjaya ketika percubaan kali kedua.
8. Memenangi tempat pertama Olimpik Matematik Antarabangsa 2011 UAE.
9. Mewakili negaranya ke Persidangan Belia Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2018 dan 2019.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berhijab merupakan satu kewajipan bagi setiap wanita Islam. Dalam melakukan suruhan Allah, pastinya ada sahaja masalah yang berlaku. Normallah jika manusia dilanda masalah kan?
Masalah-masalah ini juga boleh menyebabkan hijabi moody sepanjang hari. Antara semua masalah ini, mana satu yang selalu anda hadapi?
1. Sisa Makanan Melekat Pada Tudung
Ini antara masalah yang selalu terjadi pada hijabi. Bila tengah makan, pasti ada sahaja makanan yang melekat atau terkena pada tudung terutamanya jika anda makan makanan yang berkuah. Tentunya ada sedikit percikan yang akan terkena pada tudung. Bila tudung kotor, secara tidak langsung mood anda pun terus hilang.
2. Kehadiran Tetamu
Ketika anda sedang seronok bersantai dan menonton televisyen di rumah, tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah dan anda perlu menutup kepala anda dengan kadar segera. Makanya, anda hanya menarik apa sahaja kain yang ada berhampiran anda untuk menutup kepala. Ahh, terganggu sungguh rasanya.
3. Kemeja Putih
Ketika sibuk membeli-belah, anda terjumpa kemeja putih yang sangat cantik. Lalu anda pun terus membelinya. Ketika tiba di rumah, baru anda sedar yang kemeja tersebut jarang. Boleh sahaja dipakai, tetapi perlu sarung inner baju terlebih dahulu. Pastinya lebih panas. Aduh, dilema sungguh.
4. Diganggu Lelaki
Siapa kata gadis berhijab terlepas daripada gangguan dan mata-mata nakal lelaki? Pasti ada sahaja lelaki yang mengganggu tidak kira anda berhijab atau tidak. Contohnya diganggu lelaki dengan memberi salam. Memang wajib menjawab salam tetapi kalau niatnya untuk mengacau, bagaimana pula ya?
5. Lupa Berwuduk Setelah Memakai Makeup
Baru sahaja siap pakai makeup tiba-tiba azan pun berkumandang. Aduhai, penat betul rasanya nak buang semula makeup yang dah dipakai tu. Jadi, jangan lupa untuk berwuduk dahulu sebelum anda memakai makeup kalau anda tidak mahu buat kerja dua kali.
6. Rekaan Baju Ditutup Oleh Tudung
Rekaan baju dah cukup cantik dah tetapi ada rekaannya terletak terlalu atas hingga tertutup oleh tudung. Alahai, ruginya rasa. Design dah cantik tetapi tak nampak pula.
Apa pun, sebaiknya anda perlu memakai pakaian yang menutup aurat sesuai dengan imej anda sebagai seorang wanita Islam.
Pelbagai ragam rakyat yang dapat kita lihat sewaktu menanti pengumuman siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Ada juga yang meraikan pentauliahan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perlantikan itu dengan keadaan yang berbeza dari rata-rata orang.
Begitulah kisah kedua pasangan ini yang meraikan perlantikan DSAI sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam penerbangan. Cara mereka terima maklumat juga unik dan meraih perhatian orang ramai atas perkongsian mereka itu.
Tahu keputusan Perdana Menteri ke-10 dengan cara yang unik!
Berlainan buat Nur Hazreen Mohd Ramzi meraikan detik bersejarah bersama suami tercinta, Muhammad Afiq Faisal Shamsuri sewaktu penerbangan mereka dari India balik ke Malaysia.
Ditemu bual oleh mStar, mereka menjelaskan ketika itu masih lagi samar mengenai keputusan PM10 yang menjadi tanda tanya orang ramai. Mereka yang berada di India juga dapat rasakan debaran itu meski pun berjauhan di sana.
“Suami saya ada night stopi tiga hari dekat Delhi jadi dia ajak ikut bersama. Biasanya jarang saya ikut tambah-tambah lagi kalau penerbangan ke luar negara. Tapi kali ini saya ikut suami ke India,
“Masa itu Malaysia tiada PM lagi. Jadi suami masih tak senang duduk selagi belum tahu siapa PM baharu,
“Sehinggakan masa dalam perjalanan balik masih tak ada keputusan. Saya minta supaya dia bersabar.” katanya.
Penantian mereka berakhir apabila DSAI kini menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Apa yang uniknya, mesej yang mereka terima mengenai berita itu disampaikan melalui sistem pautan data digital dalam bentuk mesej ringkas antara pesawat.
Khabar berita itu cukup menggembirakan Reen bersama suaminya yang merupakan salah seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan serta anak kapal yang lain di dalam pesawat ketika mereka sedang melintasi ruang udara Andaman Sea, Myanmar.
“Kami tak jangka pula akan dapat keputusan masa dalam flight. Suami ada bertanya beberapa controllers Pusat Dispatch Operasi (ODC) yang jaga laluan udara menggunakan ACARS (alat komunikasi dan sistem pelaporan tenatng kondisi pesawat),
“Salah seorang daripada mereka membalas dengan PM10-DSAI,
“Waktu itu suami saya tengah rehat untuk ke tandas, dia setkan mod auto pilot. Lepas itu, dapat tahu sahaja terus dia beritahu saya. Dia tunjuk video rakaman yang dia tanya ODC itu,
“Kami pun sambut kegembiraan itu dengan makan sate dalam flight. Saya tenfok muka suami ceria betul sampai tak boleh sorok.” katanya lagi.
Alhamdulillah, meski pun berjauhan dari Malaysia, Reen dan suami dapat mengetahui juga mengenai perkembangan yang berlaku di dalam negara. Semoga Malaysia lebih maju dalam masa akan datang!
Pasti ada dalam kalangan orang terdekat anda yang mengalami masalah gastrik. Mereka ini pantang lepas waktu makan dan perut kosong, pasti akan sakit perut dan ganggu kesihatan mereka.
Baru-baru ini tular mengenai kes seorang individu di Twitter memaklumkan kakaknya telah meninggal dunia akibat gastrik sehingga sesak nafas. Begitu serius masalah ini jika tidak di ambil endah.
Gastrik sehingga sesak nafas! Bahaya jika endah
Kondisi di mana gastrik sehingga sesak nafas ini jarang sekali buat kita dengar. Sering kali kita ketahui gastrik hanya menyerang perut penghidap penyakit ini dan mereka akan bergelut dengan sakit perut sahaja.
Namun, sangkaan kita bukanlah tepat, gastrik juga boleh menganggu seseorang itu untuk sukar bernafas. Ia juga dianggap sebagai salah satu petanda seseorang itu bakal di serang gastrik.
Adakah fakta ini betul? Menurut Hellodoktor, gastrik merujuk kepada masalah apabila berlaku keradangan pada lapisan dalam perut disebabkan kurang perlindungan di kawasan itu. Ia sering berlaku jika seseorang itu tidak makan atau terlepas waktu yang sepatutnya yang membuatkan mereka rasa tidak selesa seperti masuk angin.
Bukan sahaja terlepas waktu makan menjadi punca utama seseorang itu menghidap gastrik, malah ada juga beberapa faktor lain yang boleh merisiko kepada kondisi ini, antaranya:
Jangkitan bakteria Helicobacter pylori
Tahap tekanan yang tinggi pada badan
Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
Pengambilan alkohol dan nikotin yang berlebihan
Tetapi apa kaitan dengan sesak nafas? Di sebabkan oleh tekanan darah yang meningkat, seseorang itu boleh gastrik sehingga sesak nafas. Ia berlaku di sebabkan oleh kegelisahan yang di alami oleh seseorang itu sewaktu mengalami serangan gastrik.
Tekanan darah ini boleh meningkatkan kadar degupan jantung sehingga mencapai 100 BPM. Keadaan ini boleh mencemaskan anda, tetapi jika ia mulai reda, segera dapatkan rawatan dengan doktor untuk periksa dengan lebih lanjut.
Ada juga kondisi kesihatan yang lain berkait rapat dengan gejala-gekala lain terutama sekali yang melibatkan organ perut. Antaranya:
1. Ketidakhadaman
Rasa sakit di sebabkan ketidakhadaman ini akan mulai menyerang pada bahagian atas perut. Secara lazimnya, masalah ini berpunca selepas sahaja anda makan atau minum. Masalah ini berlaku akibat asid dalam perut yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut sekaligus membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.
2. Pedih ulu hati
Kondisi ini terjadi apabila kandungan asid di dalam perut mulai masuk semula ke saluran pemakanan bersama makanan yang di makan. Sensasi sakit akan terasa pada bahagian dada atau tekak seakan-akan seperti terbakar dan sering terjadi selepas makan dalam kuantiti yang banyak.
3. Hilang selera makan
Masalah gastrik angin juga akan membuatkan seseorang itu hilang selera makan. Namun, itu tidak bermakna anda tidak perlu untuk makan, pengambilan makanan perlu meskipun sedikit sahaja kerana apa yang lebih penting untuk elakkan dari serangan gastrik.
4. Badan lemah dan lesu
Sejurus anda di serang gastrik, badan akan mula untuk berasa lemah dan lesu. Ini sering berlaku kepada penghidap gastrik kerana anda terpaksa menahan rasa sakit yang di sebabkan ketidakselesaan pada perut anda.
Amat penting buat anda untuk kekal berjaga-jaga dengan kesihatan anda. Jangan lengahkan masa atau mengendahkan kondisi kesihatan anda jika tidak mahu ia lebih mudarat.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...